Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, November 30, 2008

Filem melayu, filem melayu..

Ari tu gua cakap nak tgk Antoo Fighter kan..
Tadi dah tgk.. adusss.. tu je la komen gua.. sekian..

Friday, November 28, 2008

Yang penting ikhtiar..

Dan yang menariknya anda...
* Tidak perlu menggunakan produk ini lagi setelah berjaya berhenti merokok/arak/pil khayal
* Tidak akan ketagih lagi, malahan anda akan terus membenci dengan bau rokok
* Tidak perlu lain-lain ubat atau terapi tambahan untuk berhenti merokok/ketagihan
Cara pengambilan:
1 sudu setiap waktu pagi sebelum sarapan dan 1 sudu setiap malam sebelum tidur.
Setiap kali rasa ingin merokok titiskan 5 titis ke dalam mulut.
Sertakan doa contohnya (Ya Allah hentikanlah rokok dari hidupku)
Nota kaki: Saya beli, sebagai ikhtiar untuk kamu. Demi sayang saya pada kamu.. ♥♥

Thursday, November 27, 2008

Apa sudah jadi??

Dalam perbincangan santai dengan teman², aku sendiri mengkategorikan diri - umpama peminat mawi..
Aku bukan minat pada mawi, tp persis peminat mawi..??
Anda faham?
Sindromnya, walau hujan ribut, petir melanda aku tetap jadi pengikutnya.. *sigh*

Aku sudah muak, jemu utk bersesak-sesak..
Hampir sebulan barangkali itu menjadi rutin aku..
Aku tau, aku tidak layak utk merungut atau mempersoalkan..
Tapi........

Wednesday, November 26, 2008

Penyakit alaf baru..

Penah dengar tak penyakit "Karpal Sindrom"?

Semalam dapat email pasal tu.. tetiba cuak lak, maklum la keje hari² mengadap PC, mouse mmg tak lepas.. kalo lepas pon time makan, p toilet, solat ngan masa menaip je..

Kiranya mouse dengan tangan ni mmg tak bole dipisahkan..


Nak letak gambar dier, tp geli + ngeri la tunjuk dia bedah tu.. ayo..
tapi katanya punca sbb kesalahan penggunaan mouse.. betul ke?

Saya akan baca betul2 maksudnya di wikipedia dan huraikan di sini nanti.. ☻

Monday, November 24, 2008

ok, malam ni tido awal..

Sesungguhnya sekarang kami banyak habiskan masa di rumah..
Macam dalam KL ni dah takde tempat lepak/merendek yg best la..
Walaupun kadang2 rasa nak sangat ajak kaka kuar.. tp masalahnya takde idea nak ke mana..
isk isk isk..
Asyik² Tesco, asyik² Tesco.. ☻☻
Masalah Tesco ni bukan jenis boleh window shopping..
Kitorang ni lak jenis suka memenuhkan troli.. mmg ngam la tu!!

Gua ada tanya kaka, dulu² kita selalu pg mana ek?
Bole kata tiap² malam kuar..
Dia kata, dulu kita kuar makan..
A'ah la.. skang dah makan gua masak, abeh apa kejadahnya nak lepak makan lagi..
Maka kami sering kebuntuan kerana masalah ini..

Semalam ahad, kitorang macam biasa pegi Tesco, shopping sakan..
Dalam otak ligat pikir mana nak pegi ari ni..
Takkan nak p jenjalan kat taman bunga kot.. nak tgk menatang kat zoo?? tak ngam dgn personaliti gua.. nak tgk wayang?? baru je berkobar nak ajak kaka tgk cite Antoo Fighter tengok² lom kuar lagi.. abeh camno??

Akhirnya malam gile baru kitorang dapat ilham mana nak pegi.. tu pon dah kol 10 lebey kot..
Destinasi: News KTV (betul ke bang?)

Kat situ jumpa si Julia Hana.. seksi gak ar..
Pastu bila tgk pengkarok-pengkarok yg lain berpakaian ala² dia..
Tetiba rasa macam tak in.. mcm makcik je gua rasa.. tapi takpe.. aurat mesti dijaga.. hahaha
Pegi karok pon ngan husband, dibenarkan dengar suara lemak merdu berkrim gua neh..
Kiranya mlm tu gua rasa sgt happening.. Dapat layan lagu2 yg gua ske, sbb agak update pilihan² lagunya..
Samp abeh sora jugak la hentam lagu Elyana.. mcm senang je lagu dia, tp nyanyi tgk.. adus..
Lagu ♥Faizal Tahir♥ dgn lagu Letto pon gua dendangkan jugak..
Juga macam tak in.. sbb lelaki biasa guna low note byk.. hahaha

Nota kaki: Sudahnya semalam tido lambat, pastu mimpi budak kiut cite "KAMI" tu berlatar belakangkan lagu Letto.. Apekah............

Thursday, November 20, 2008

Mesti menang salah satu, caya la cakap gua..

Sebagai peminat fanatik, gua mesti tulis entri ni.. kalo tak, tak fanatik namanya.. haha!!

CATEGORY BALADA (9 malam, Jumaat 5 Disember)

Sampai Syurga (Faizal Tahir)
Bila Nak Saksi (Spider)
Dingin (Ziana Zain)
Sejauh Ini (Dina)
Teman Terulung (Anuar Zain)
Hanya Di Mercu (Ayu)
Ada Untukmu (Nubhan)
Tanpa (6ixth Sense)
Bila Terasa Rindu (Dafi)
Cinta Terhalang (Bob)
Cuba (Faizal Tahir)
Lagu Kita (Aizat)

Yang kaler merah tu, salah satu tu mesti Juara Lagu beb!! :) :)

Nota kaki: SAYA JELES SAMA KAMU NAZIRAH.. JELESSSS DALAM ERTI KATA SEBENAR!!!

Kehilangan..

Episod 7 season 4 -- Ghost Whisperer (cite peberet aku skarang ni..)

I can't believe that her husband is gone..
Sedih gile.. tgk kat ofis tu, kalo kat umah sure nangis habis tisu sekotak..
Selalunya dia tolong roh orang, tp kali ni roh husband sendiri ada depan mata..
Kena tembak dan tak dapat diselamatkan.. so sad.................!!


Selalunyakan dia tolong roh orang utk 'cross over', tp husband sendiri macam mana?
Kalau dah pegi dia takkan dapat jumpa Jim lagi, dan kalau suruh stay macam against apa yg dia usahakan selama ni..
Complicated sungguh..
Jim sendiri pon taknak tinggal Melinda..
Cane tu?? Kiranya 2-2 takkan move on la..
Masih banyak episod akan datang, maybe ada can hidup balik kot sbb watak utama kan..

* Bukannya aku terbawa-bawa sangat cite tahyul ni..
Tapi cuba bayangkan kalau org yang kite sayang tinggalkan kite..
Macam mana keadaannya..
I can't imagine.. huwaaaa!!!

Tuesday, November 18, 2008

Esok balik!!!!

Esok akan berakhirnya kesengsaraan minda yg menjadi penyebab jerawat besar gile kat dahi aku ni.. (alasan!)
Tapi disebalik kegembiraan utk pulang ke rumah, ke dalam dakapan suami (hahaha), masih ada rasa pening2 lalat memikirkan keje yg taktau macam mana nak catch up bila masok ofis nanti.. (mati la aku..)
Masihkah ada sinar utk aku dapatkan kerja yg seronok?
Yg boleh buat aku tak sabar nak pegi keje?
Yg akan buatkan aku keje dengan seikhlas hati dan se-efficient mungkin??

Monday, November 17, 2008

Nota jiwang (hihihi)

Penah baca blog anna, dia ada buat nota sayang utk suami dia..

So aku pikir, tak salah kalo aku pon nak buat jugak.. ahak!!
Bukan nak tiru, tp ni mungkin cara terbaik nak luahkan rasa yg terpendam.. ewah!
Maklum la, nak cakap depan2 macam malu dan tah ape2 je..

Kiranya aku meluahkan rasa kat public ni menunjukkan betapa sayang aku kat dia.. huhu!!

Dan, kalo ada yg meluat ke apa.. alah, jeles la tu!!
Macam biasa, blog aku, suka ati sape?? aku....

Dah berjauhan ni, apa lagi..

Nak balik!!! Huwaaaaa...

Rindu la kat awak..
Ingatkan cam rilek je tapi mana bole.. tak biasa tido sorang key!!! huhuhu..
Just nak bagitau, awak suami terbaik!!
Sorry kalo kadang2 kite malas sikit, tinggal umah sepah2..
Kadang2 je malas.. kirenya malu la kalo awak tegur/berkias kata umah sepah..
Saya jugak terharu tgk awak rajin basuh baju..
Thanks sangat2!! Kadang2 samp bape trip awak tunggu mesin tu..
Siap sidai skali..
Rasanya tak semua para suami luar sana nak buat kot.. agaknya la..
So kite ni bertuah la!!
Sorry jugak kadang2 buat trick picit kepala atau badan kejap je macam biasa tu..
Bukan apa, lenguh la.. ehheheheh

Tak sabar nak balik ni..
Tunggu kite tau!! :) :)
*nota kaki: kalo geli jangan baca ye..*

I'm tortured!!!!!!

Kalo ko memang nak torture aku, ko memang berjaya..
Ingat aku nak sangat pegi ke? adui..
Dah la rasa macam bodoh!
It's not fair!!

Sunday, November 16, 2008

Weekend yg best!!

Setelah asyik tension kat opis.. (benda biasa.. tak penahnya seronok!!)
Weekend ni gua betol2 hepi..!!
Family terchenta datang KL, tido umah gua, majlis pertunangan pakcik dah selesai, sempat p Genting bawak mak walaupun dia takut, dan pendek kata terlepas rindu gua kat dorg..
Tapi adik gua lagi sorang takde.. (abangah, tak best la tak mai.. tak cukup korum..)

Bila dorg balik, gua sgt syahdu.. rasa cam nak nangis.. adoi.. (mmg dah nangis sket tp control.. huhu!!)

Dah tu 3 hari akan dtg gua akan berada di PD..
Nanti mesti rindu kat kaka.. huwaaaaaaaa!!!!!!!!!!!
Training ape tah, harap2 tak bosan sbb dlm tentative ada tulis aktiviti samp malam.. aduhh..
Harap2 tensen pala hotak dapat release dan gua dapat tido malam.. (maklum la kan.. bantal pelok takdak..) kwang3x..

Thursday, November 13, 2008

Mual?? Muntah??

Ada orang tu bagitau dia mual dan asyik nak muntah..
Aku rilek je..

Tebalik kuang plak??

Jangan2 harapan palsu lagi..

Betul ke??? Tiiidakkkkk!!!!

Terdengar kisah benar dari seorang kawan..
Katanya pegi tengok wayang, dan jumpa artis kegemaran saya..
Dapat bergambar bersama..

Saya: Ohhh tidakkkkk!!! jelesnyaaaa!!! (dengan muka sayu)

Dia dengan sorang artis ni..

Saya: Tak berapa kisah sgt, yg penting artis kegemaran saya saja!

Tapi mereka berdua, dan katanya artis kegemaran kamu itu dah bercerai..

Saya: (Mata agak terbeliak) Xtau ponnnn!!! Bila!!! Betul ke?? Tak caya laaaaaaa.....

*Memang teruk aku ni.. Mcm budak2 minat artis..*
*Tapi tulisan ini adalah versi dramatik.. Situasi sebenar, saya kool saja.. apadehal?? Ahak!*

Wednesday, November 12, 2008

Makan gaji buta aja!!!!

Ex bos kata.. "Bila la kita nak dapat bos baru"..
Bos lagi sorang kata.. "A'ah, sebelum meeting ni aku dah tau.. mesti punya.."

Aku: Ingat aku sorang je ingat bos kepada bos ni tak reti apa.. Bos pon dah kata macam tu.. Memang betul la.. Yang dia tau tido masa meeting, pastu suruh kuli batak dia ni la buat seme.. (isk, agak kasar bunyinya.. tapi geram ni!!!).. Bila orang tanya semua taktau.. Kalo la kitorang ni takde, tak petak dia jadinya?

Macam mana nak memimpin kalo pemimpin mmg tak reti berfungsi sebagai pemimpin??
Hai.. sindrom yg tak dapat dihapuskan..

Tuesday, November 11, 2008

Mari ubah persepsi..

Hari ni aku ambik keputusan utk tulis tentang isu yg agak kontroversi.. (yeke??)
"Pemandu Wanita"

Aku juga wanita.. mungkin tergolong dalam golongan "itu" kalau kaka bagi stereng kereta..
hahaha.. penakut masalahnya.. skarang dah lama tak bawak kereta - sbb sejak lesen P mati, belom renew lagi..

Walaupun aku tak cekap, tp sakit hati kalo tgk org lain bwk cenggitu.. bole tak?
Lebih kurang tak sedar diri la jugak..
Tapi aku dah terbiasa dgn kaka, dlm kereta mulut asyik bising kalo tak puas ati dgn kete lain.. Tp bising antara kami je la..

Antara cenggitu yg aku maksudkan tu:

1) Dok lane kanan sekali, tp lembap!! Penah skali aku jumpa, ada makcik ni bawak slow gile pastu bila org high-beam ke hon ke dia marah org tu balik.. adoi..
2) Teori kaka, kalo nampak kete yg bagi signal lama gila tp tak masuk2.. pompuan la maknanya tu.. aku rasa ni mesti disebabkan dia berhemah.. nak masuk simpang 1km sebelum dah bg signal kot..
3) Main tukar lane suka ati.. aku pon bengkek gak.. biasanya kalo kitorang atas moto, tgh agak laju tu tetiba je kete masuk.. hai.. mmg hangin!!
4) Ni kejadian depan mata, tengah nak belok tetiba kete depan naik divider.. (bila tgk driver, "patutla...."). Tp ni aku pon penah.. kwang3x..

Bukan nak mengutuk kaum sendiri atau apa, dan aku pon mengaku lebih kurang je macam tu.. tapi.. membahayakan sebenarnya.. ramai ke macam tu ek?

Aku penah je naik kete dgn kawan2 pompuan, dorang drive cekap je.. dalam hati aku kagum.. maknanya lebih ramai yg cekap dari tidak.. disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga..

Dan, bukan takde lelaki yg juga loqlaq macam tu.. setiap kali jumpa aku akan cakap pada kaka "alah.. lelaki pon sama la..."

Kesimpulannya cuma 1, berhati-hati di jalan raya.. Anda mampu mengubahnya..

Monday, November 10, 2008

Sedutan menarik minggu lepas..

Saya amat tidak keruan sepanjang minggu lepas.. Banyak perkara yg memeningkan dan meningkatkan kadar ke-tension-an maka tiada entri @ lebih tepat buntu utk update cerita terbaru..

Maka, saya akan coretkan ringkasan peristiwa² yg berlaku utk tatapan diri sendiri dikala boring.. (apekah??)

*Bukan mengikut turutan, yg mana ingat je ni*

a) Dapat email mengenai event ini.. maka tersenyum sendiri mengenangkan kenangan indah kami bertempiaran di sekitar kota Kuala Lumpur dulu.. Race sakan ditengah matahari terik, smp muka jadi merah macam lobster di-BBQ dan tidak lupa menang tmpt ke-4!! Kemenangan yg amat diluar jangkaan, namun.. Terubok Rock!!

*Gambar kami meraikan kemenangan*

b) Aku berjaya menahan diri dari memaki sepenuh hati mamat mana tah yg begitu menduga kesabaran aku.. (Kisah sebenar mungkin akan diceritakan sepenuhnya di masa hadapan jika identiti sebenar mangkuk tu dapat dikenalpasti)

c) Dapat pekena naan cheese yg lazat setelah frust beberapa kali.. (bukan mengidam okeh??).. Lepas tu tetiba rasa pening dan mual.. adoi.. (bukan juga berbadan dua, dijangka berpunca dari naan cheese tersebut).. :)

d) Berjaya meng-iron baju kaka utk seminggu.. Wah, saya amat bangga dgn diri sendiri kerana amat rajin minggu ini.. (tepuk tangan sendiri..)

e) Layan cite "Game Plan" kat star movies semalam.. Best gile!! CD dia dah lama beli tp tak tgk² lagi.. Ensem ek The Rock tu?? hehehe

f) Ada sedikit masalah berkenaan kerja dan mungkin akan menjejaskan prestasi tahun ini.. (mati gue...). Harap dah setel dan akan bertahan lebih lama dari 2 hari.. "Allah dah tetapkan rezeki, kalau tak dapat kali ini mungkin Dia janjikan lebih lagi nanti.."

Tak dapat recall dah perkara lain lagi..

*Lega, lepas tulih entri ni.. Macam beban dah dicampak jauh²..*

*Betapa hebat penangan blog..*

Thursday, November 6, 2008

Ngigau..

Perkara memalukan kalo bila bgn tido ada org bgtau aku ngigau malam tu..
Adus.. kena gelak tak berenti.. asyik sebut je pasal tu selagi dia ingat..
Tahan je la..

Baru je semalam kejadian terbaru..
Adoi.. mana gua sedar beb..
Tah ape2 aku cakap..
Pastu apa lagi, Kaka sedap ar mengutuk..

Aku rasa mesti sbb dia ni..
Dulu mana ada aku ngigau sgt..
Skarang je kerap jadi..
Mmg takde reason lain la ni..

*ahak!!*

Tuesday, November 4, 2008

Apa lagi penyakit orang kawin neh??

Isnin, hari yang seswai skali kalo nak E.L @ MC..
Kan kan kan??

Dah beberapa hari aku ada 1 masalah..
Tetiba makin teruk, smp menangis takleh tido malam ahad hari tu..

Maka bila tiba hari isnin, aku pon ke klinik..
Takot batu karang di tengah lautan ke apa ke..
Dalam hati, kompom aku MC ari ni.. hooorayy!! (padahal sakit tu..)

Check air kencing seme.. Last2 aku disahkan ada penyakit org baru kawin..
ahhahahahaha.. tah ape2 la..
Doktor kata "air kencing awak kotor gile"..
Ada kaitan jugak dengan hubungan **** katanya..
Sbb awal2 lagi dia dah tanya dah kawin ke belum..
Aku pon dengan tersipu-sipu malu angguk je..
Kwang3x..

So kesimpulannya.. Minum air 8 gelas sehari.. NO EXCUSE!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...