Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, December 24, 2008

Tangan macam makin kronik.. cane ni..

Samp click mouse guna ibu jari.. apa cita ni..
Pastu terasa denyut samp lengan..
Hadoi.....

*mungkin cuti lama ni akan memulihkan mental dan fizikal*
*tapi kalo balik kampong pon buat keje??*

tag saya yang pertama

saya telah di tag oleh ayumi.

tag ini bertajuk, 16 perkara rawak.

syarat dan peraturannya adalah;

1. apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.
2. silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.
4. ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

.........................................................................

1. saya kipas susah mati faizal tahir. harap maklum.

2. walaupun saya tau husband saya pening dengan sifat fanatik itu, saya tidak peduli!! hihihi..

3. dulu saya tak suka Star LRT. sangat confusing!! tapi sekarang tidak lagi..

4. sangat gemar makan nasi kandaq. (oghang utagha kanz..) bila sebut saja sudah lapar tiba², oh no!!

5. kegemaran lain, karoke!! pantang dengar ada pertandingan sangat gedik nak masuk. pernah menang dulu. sudah lama. tapi kini saya menurut perintah suami. suara aurat. ☻

6. ratu air mata.

7. sangat seram + takut dengar lagu dari penjara, yg femes dlm youtube tu.. tak tau kenapa..

8. kalau tak jumpa faizal tahir, cakap pong pang pong pang. tapi bila ada depan mata terus jadi gagap, malu, pilu! bila dah berlalu, baru menyesal tak sudah. sangat hampeh!

9. sangat buta arah. jangan tanya jalan pada saya.. sungguh tidak ingat!

10. tak reti bawak kete manual. auto pon loqlaq, manual apatah lagi..

11. anak pertama dalam keluarga. sedih skarang sbb tinggal jauh dari keluarga.

12. tidak suka (ke takut sebenarnya..) dengan cerita² tahyul/seram/ganaz tahap gaban. sebab saya pencinta keamanan.

13. perangai tak senonoh saya - liat/malas mandi.. huhu!! air perlu dijimatkan..

14. ingin lihat britney spears jadi 'orang' semula dan lindsay lohan keluar dari kancah lesbonisme..

15. dah lama tak tgk cite hindustan.. hem.. kena tgk segera neh. bila tonton adegan menari-nari atas gunung tu rasa seperti dalam dunia khayalan saya.

16. teringin nak pakai contact lens kaler kali.. tp tidak mendapat keizinan.. huhu!

.........................................................................

16 orang yg dihasut:

1. adah
2. adah
3. adah
4. adah
5. zati
6. zati
7. zati
8. zati
9. kak ayu
10. kak ayu
11. kak ayu
12. kak ayu
13. nazirah
14. mommyloveu
15. liepan
16. kelambu

Nota kaki: Cukup, 16 dah! ☻

Rasa dilamun cinta? v2

Ini semua adah punya angkara.. hahahaha..
Aku ceritakan pada kaka tentang coklat ceri..
Yg aku terima -- ketawa tahap dewa!
Yg bestnya aku dapat ciuman di pipi dan dahi..
Katanya.. alahai... tak cukup kasih sayang ke..

Maka, aku kasi sebiji utk dirasa..

Aku tanya, betul tak? rasa tak??
Katanya, tak rasa in love, tapi rasa mao make love..

Hahahahhahahahahaha

Lelaki..

Tuesday, December 23, 2008

Rasa dilamun cinta?

Baru rasa coklat yg tak pernah dirasa sebelum ini..

Sedap!

Sebab utama haruslah kerana free, orang kasi (adah, thanks..)

Tak tahan tu, adah kata.. "Sedapnya.. rasa dilamun cinta.."

Aku pon apa lagi, nak rasa.. nak rasa..

Akhirnya aku setuju.. ♥♥♥

Kawan², rasa cherry sama dengan rasa dilamun cinta.. Sungguh!!!

Mood rajin.. mood rajin.. jangan lari..

Yatta!!!
(Sambil mengangkat tangan ke udara, cuma dengan mata yang tidak sepet dan tangan digawangkan mengikut rentak lagu Don't Stop The Music...)

Idea mencurah-curah ibarat empangan pecah..
Saya dengan yakin dan positifnya.. K-Bank udah siap!!!!!!!!

Sangat gembira.. *wink* *wink*
Sangat jarang saya siapkan kerja jika tidak dihambat deadline..

Hoyehhh!!!

Perihal filem..

Di-ambang cuti.. memang gua jadi malas.. mmg patut bos mengaruk..

Macam ulasan pro kelambu terhadap Cicakman 2 dan Histeria..

i)saya setuju pendapat anda ttg cite Yusry tu (sambil angkat tangan)

ii)oleh kerana anda kata Histeria best dan ganaz dan berbaloi menonton di panggung, gua amik keputusan utk tidak pergi mononton. Terus terang gua mmg "berani" sangat kalo bab2 ganaz dan seram ni.. so baik takyah.. sesapa yg dah tgk, cite kat gua pleaseeee...

Semalam kol 9 baru balik dari ofis.. menunggu kaka habis kerja, dan menjadi sangat penyabar hendaknya..

Jadi habislah sehelai filem ditonton iaitu MADE.OF.HONOR. "Deliciously romantic, a wonderful funny date movie that is both irresistible and charming". (quote - Paul Fisher, Dark Horizons)



Mmg cite ni menepati ciri² "filem pompuan" la.. jenis yg kompom kaka boring kalo tengok, sampai berdengkur-dengkur tidonya..

Jalan cerita mudah, seorang lelaki yg playboy akhirnya sedar, best pren depan mata yg dia cinta.. Yg buat complicated tu, time sedar tu awek tersebut sedang plan mao kawin sudeh dan mao mamat ni jadi dia punya made of honor.

Menarik:

1) Mamat ni bersungguh nak dapatkan awek ni. Belajar dengan maha tekun, ilmu² sebagai made of honor dgn visi nan satu -- steal the bride!

2) Mendapat sokongan padu rakan² bliau.. siap tolong bungkuskan wedding gift sampai ada sorang kawan tu dia kata dia punya sperm sedang mati satu persatu sbb buat benda yg terlalu girly.. ahhaha..

3) Siap teman masa awek tu nak beli baju tido utk first night.. Gila!!

Tapi mmg dari awal tau last² akan dapat.. Klise.. hadiah yg dia dapat sbb curi pengantin pompuan, seketul penumbuk dari pengantin lelaki yg melepas.. apadehal.. janji last² dapat.. ☻☻

Monday, December 22, 2008

Carpal Tunnel Syndrome (akhirnya..)

Ada entri dulu² aku kata nak tulis entri pasal Karpal Sindrom ni.. Tapi biasa la malas nak baca benda yg bukan hiburan.. hahaha.. standed..

Skarang ni rajin tetiba sbb buhsan tunggu kaka..Kompom lambat balik ari ni.. Biasa la, aku lebih rela tulis blog dari buat keje.. (K-bank la apa lagi..)

Jari aku mmg sakit sejak tak ingat bila..
Jari telunjuk.. yg selalu guna utk click mouse..
Dah urut² sendiri, suruh kaka urut.. tapi still sakit.. atau lebih tepat.. lenguh..
So macam risau la skarang.. Apa yg tak kena ni..Sampai kena tukar guna jari tengah pulak nak tekan mouse tu..

Carpal tunnel syndrome (CTS);

It’s the result of overworking your hands performing repetitive (motion) task all day long. Eventually, the stress and strain of constantly doing the same thing with your hands causes the (9) tendons that run through the carpal tunnel your wrist into your hand to become swollen.

Swelling of tendons (swollen tenosynovium) from overuse puts pressure on the median nerve resulting in tingling and numbness in your thumb, index and middle fingers.

Symptoms:

Many people that have carpal tunnel syndrome have gradually increasing symptoms over time. The first symptoms of CTS may appear when sleeping and typically include numbness and paresthesia (a burning and tingling sensation) in the thumb, index, and middle fingers, although some patients may experience symptoms in the palm as well.

These symptoms appear at night because we tend to bend our wrists when we sleep, which further compresses the carpal tunnel.

Patients may note that they "drop things". It is unclear if carpal tunnel syndrome creates problems holding things, but it does increase sweating, which decreases friction between an object and the skin.

In early stages of CTS individuals often mistakenly blame the tingling and numbness on restricted blood circulation. They may also be at ease and accepting of the symptoms and believe their hands are simply “falling asleep”. In chronic cases, there may be wasting of the thenar muscles (the body of muscles which are connected to the thumb), weakness of palmar abduction of the thumb (difficulty bringing the thumb away from the hand).

Unless numbness or paresthesia are among the predominant symptoms, it is unlikely the symptoms are primarily caused by carpal tunnel syndrome. In effect, pain of any type, location, or severity with the absence of significant numbness or paresthesia is not likely to fall under this diagnosis.

Prevention:

Current best evidence suggests that carpal tunnel syndrome is an inherent, structural disease determined primarily by one's genes. Therefore, carpal tunnel syndrome is probably not preventable.

Take frequent breaks from repetitive movement such as computer keyboard usage or use of browser based games that encourage the user for excessive finger movement.

Reduce your force and relax your grip. Most people use more force than needed to perform many tasks involving the hands. If your work involves a cash register, for instance, hit the keys softly. For prolonged handwriting, use a big pen with an oversized, soft grip adapter and free-flowing ink. This way you won't have to grip the pen tightly or press as hard on the paper.

Take frequent breaks. Every 15 to 20 minutes give your hands and wrists a break by gently stretching and bending them. Alternate tasks when possible. If you use equipment that vibrates or that requires you to exert a great amount of force, taking breaks is even more important.

Watch your form. Avoid bending your wrist all the way up or down. A relaxed middle position is best. If you use a keyboard, keep it at elbow height or slightly lower.

Improve your posture. Incorrect posture can cause your shoulders to roll forward. When your shoulders are in this position, your neck and shoulder muscles are shortened, compressing nerves in your neck. This can affect your wrists, fingers and hands.

Keep your hands warm. You're more likely to develop hand pain and stiffness if you work in a cold environment. If you can't control the temperature at work, put on fingerless gloves that keep your hands and wrists warm.

Nota kaki:

Adus.. takut pulak baca ni.. sebelum ni nampak mcm sgt teknikal artikel ni.. tapi sbb rasa macam ada simptom² tu tetiba jadi paham semua..

Huwaaaaaaaaaaaaaa.............

Menunggu pulang..

Sudah jam berapa.. kaka belum bagi signal mau pulang..
Pulang nanti, seperti biasa geng Tesco akan memulakan operasi..
Apa lagi barang dah habeh kat umah ni.. (sambil membayangkan isi perut peti sejuk yg sangat sejuk itew)

Apa nak buat ni?

Keje tinggal 2 hari sebelum cuti gile lama best tak terhingga..

Dokumen K-Bank baru siap seketul, yg group belum.. (aduh.. malas.. bile tarikh tutup ek?)

Malam ni nak ajak kaka karok lagi.. (gile la, kalo beli karoke jamban tu seketul letak kat umah layan gak.. mahal tak?)

Budak shomel..


Gara² layan Transformers kat HBO semalam la neh..
Sikit info pasal dier.. (mmg sah gua takde keje..)

Date of Birth: 11 June 1986, Los Angeles, California, USA
Birth Name: Shia Saide LaBeouf
Height: 5' 9¼" (1.76 m)


Trivia
Named after his grandfather who is also a comedian.
His first name rhymes with "hiya."

Last name is pronounced "La-buff".
Wears a size-11 shoe.

Wears contact lenses.

Is an only child.

Parents are Shayna & Jeffrey (divorced).

Had only two days off between finishing the shooting of Disturbia (2007) and beginning that of Transformers (2007).

Was ranked #7 on Yahoo! List of 10 Most Popular Stars of 2007 on Yahoo! Movies.(2007).

Ranked #4 on interview magazines Hollywood faces to watch "future stars of tomorrow".

Was ranked #24 on Entertainment Weekly's '30 Under 30' the actors list. (2008).

Was ranked #6 on Moviefone's 'The 25 Hottest Actors Under 25'(2008).

Was arrested for driving under the influence after being involved in a car accident. [July 2008]

His car crash at the end of July 2008 left him with a damaged hand. He had to undergo extensive surgery that lasted for at least 4 hours. His injury will be written into Transformers: Revenge of the Fallen (2009) from which he had to take some time off after the crash.

[when asked about what type of girls he likes] I like the dark, mysterious, maybe even gothic type girls. They have to have a good personality, too. I'm very picky.

Filem² dia yg terkini:

Transformers (best gile tak hengat)
Disturbia (best jugak)
Indiana Jones (tak tgk pon)
Eagle Eye (pon tak tgk lagi.. akan cari..)



Kesimpulan: Budak ni shomel.. sekian..

Friday, December 19, 2008

Bebelan ku.. vol 2

Nampaknya lepas karangan berjela sebelum ni, masih ada yg tak kena..
Kan biasa, kalau membebel mesti panjang dan tah ape² kan..

Masih ttg dia..
Pagi tadi, perasaan bersalah datang..
Sampai dia terpaksa hantar aku ke pejabat gara² lambat..
Bukan apa.. Ku pikirkan pukul 7 masih sempat utk aku seterika pakaian, mandi dan sediakan sarapan..
Kadang² aku fikirkan, aku hanya selalu menyusahkan..

Lagi, selalu aku rasa terharu dan terfikir apakah perkara baik yg telah aku lakukan sehingga dapat aku seorang lelaki sebaik dia..

Apakan tidak, terpaksa menahan karenah aku yg gilakan artis pujaan..
Yg masih kurang dgn ilmu² rumahtangga..
Dan pendek kata segala serba kekurangan..

Memang.. aku sangat moody sehari dua ini..
Cemburu dengan apa yg orang lain ada dan aku tidak ada..
Dem!

Sedangkan, aku tidak terkena tragedi tanah runtuh itu..
Jauh sekali terlibat dengan peperangan..
Aku bukannya artis, yg sentiasa terdedah dgn gosip yg tidak²..
Ahli keluarga semua sihat sejahtera..
Masih cukup makan dan pakai..

Jadi apa masalah sebenarnya?????

Bebelan ku..

Jumaat.. standed, mmg hanya akan menunggu jam 5..

Sepagi ini, aku hanya habiskan masa membaca blog..
Memang aku tau.. aku bukan pekerja yg rajin, dah la baru, tak sedar diri, malas..
Adakalanya rajin juga, tp betul2 tiada mood hari ni..
Ada data baru, mau dibikin seperti apa yg diminta, tapi tidak mau jadi..
Ada lagi masalahnya.. tidak pandai + malas mau pikir..

Dalam otak ada macam2.. serabut.. sangat serabut..

Setelah sekian lama agak sibuk, tak sempat mau baca blog² kegemaran..
Hari ni aku habiskan baca cerita fynn..
Sungguh, dia mmg berbakat.. tapi entrinya panjaaaangg...... amat..
Penat juga mata, tapi meh aku puji lagi.. berbakat, titik.
Baca cerita²nya buat aku berfikir.. betul² berfikir..

Dalam kekecewaan ini, dengan kata² orang tua.. kehendak diri sendiri..
Otak mula kalut memikirkan hikmah² yg tersedia..
Walaupun hanya utk sedapkan hati.. asal tidak menangis di sini..

Betapa aku kalut memikirkan aku akan ditinggalkan keseorangan dirumah nanti..
Walau dikata tidak pandai berdikari, peduli apa??
Siapa yg tahu hidup aku??
Sekian lama hidup di negeri orang, jauh dari perlindungan ibu-bapa.. aku hanya mengharap jagaan dia..
Dan bila dengar ura² itu menjadi kenyataan, aku jadi kalut, kalut amat!
Pernah aku menangis di depannya.. seingat aku juga, tangisan itu tak diendahkan..
Sungguh, aku takut..
Bagaimana utk pergi-pulang kerja sendiri mungkin boleh walaupun mesti penat..
Bagaimana utk memaksa mata terpejam bila sedar hanya aku seorang dirumah itu..
Bagaimana nanti bila aku rindu untuk jamu makan dia, utk perkara² lain juga..

Tapi, bila dibaca semula seperti tiada ada yg perlu ditakutkan..
Entah..

Bila serabut, mmg semua susah..

Bila fynn cerita ttg suami dia.. Aku juga teringat suami aku..
Comel.. kadang² dia buat perkara comel.. geram!!
Bila balik kerja, bila lambat buka pagar juga dibebelnya..
Bebel manja, aku tau.. layankan aja..
Dia sering kata, aku kalau diganggu ketika tidur buat perkara pelik..
Kalu dia cium pipi aku, akan aku lapkan, dah kalihkan badan.. ye ke??
Mana sedar..
Dia juga, selalu tidur menghadap dinding.. macam nak dipeluknya dinding tu..
Mana aci.. Tapi katanya dinding sejuk.. sbb kipas siling berat ke arah aku..
Alasan jugakkan tu.. sama la kita..

Jika kamu² pening apa yg aku ingin sampaikan..
Aku juga.. kerana dalam kepala sekarang ada macam² cerita..
Semuanya bercampur dan tidak tahu mana nak ditayangkan dahulu..

Sungguh, aku kusut!

Thursday, December 18, 2008

Mendung lagi..

Permulaan hari sudah kurang baik..
Sedih + rasa ingin menangis, menjerit!!..
Perlukah aku pejam mata, supaya berita baik utk mereka itu aku tidak nampak..
Agar berita buruk aku hilang dari ingatan..

Aku perlukan sesuatu utk memulihkan rasa..
Tapi apa??

Sunday, December 14, 2008

Cicakman pulak..


Rajin sungguh kami tgk wayang semenjak 2 menjak ni..
Cicakman pulak kali ni..

Komen Kaka senang je: "I expect more.." dengan "Cantik kan costume Tamara@Rrama.."

Gua:

Asyik mengingatkan diri bahawa, "bayangkan cerita ini seperti cerita komik". Macam kata Yusry dalam rancangan Ria Sentral tu..
Perhatian gua agak kureng pada permulaan cerita kerana distracted dengan bau makanan orang sebelah. adoi.. ganggu sehh!

Lagi observation ttg Cicakman II:

- Masa part Tamara lawan tu nampak sgt stuntman lelaki yg ganti.. Nampk sgt.. (Ke mmg sengaja nak kasi nampak?)
- Dialog AC jugak yg meng-gelak-kan aku. Best.
- Bangga gak dengan Yusry kerana hasilkan super hero Malaysia yg beriman. Nak mati mengucap dulu ok. (Tak mati beb, kalo tak, tak hero la namanya)

Yang lain? orait ar.. 3 1/2 bintang gua kasi..
Cicakman 1 lagi best..

Geram siot..

Penah tak nampak rambut gatal orang tercacak dan mintak ditarik??
Uban lak tu..

Nota kaki: Apa akan jadi kalo dengan selamba tolong cabutkan?

Monday, December 8, 2008

Los dan Faun


Kami memang penyokong filem Malaysia..
Maka Malaysia harus bangga sama kami..

Los dan Faun menarik kawan2..
Saya rekemen anda utk pegi menuntun.. Dijamin puas hati..

Lakonan Ahmad Faun bin Dollah dan Carlos Rodrigo Goonting memang manthop!
Bagi gua, cite ni lebey kurang mcm cite Detektif Conan.. Menarik..

Nota kaki: Mungkin filem arahan Afdlin dgn Yusry KRU je yg gua akan nonton dilain kali.. Untuk mengelakkan makian yg tak terbendung ketika keluar panggung..

Sunday, December 7, 2008

Aku dah cakap dah!!

Ramalanku benar belaka..
2-2 lagu masuk, terlalu obvious.. Mmg sangat layak!! huhu!!

Bile tgk balik siaran malam tu, malu gua beb! sangat over!! hahahaha
Sorry la, terlupa daratan kejap.. Terlalu happy.. The best day ever.. :)

Perasaan tgk kat tv dengan kat tempat kejadian mmg berbeza gila..

Let me recap..

-- Ada sikit masalah teknikal, samp agak awal, tunggu tiket + tunggu pintu bukak sangat lama.. Tapi last2 dapat tempat agak depan, duduk bersama rakyat RC yg lain..
-- Kamera yg kitorang bawak rupanya kekurangan bateri.. mmg hampeh! tp nasib baik ada jugak gambar boleh amik..
-- Kesian kaka, but thanks a lot sayang sbb tahan teman kite sepanjang malam. Dia punya la malu, takut kawan2 nampak.. hahaha.. hilang macho katanya tgk muzik-muzik.. tp dah bini dia pujuk kan.. nak buat cane..

Tunggu punya tunggu.. last2 dapat gambar ni.. yayyy!!
Ni seme geng2 RC
Walaupun gambar tak clear.. Sentimental value tinggi woooo..

Wednesday, December 3, 2008

Jumaat, jangan jam pleaseee....

yehaa.. gua dapat tiket ke semi-final balada..
abeh keje kol 5, pastu nak rempit ke shah alam..
tapi rempit pakai kete takleh laju.. sbb dijangka byk halangan di jalan raya..

aku perlukan sayap.. ☻☻

Tuesday, December 2, 2008

Lega hati sket beb..

Adui, ahad itu hari ada sesi bbq bersama keluarga di Klang..
Tgh sedap layan ikan, ayam, potato salad yg best dan segala macam..
Tetiba mak mertua gua tegur.. biasa, statement yg menggerunkan gua iaitu gua dah gemok!!
Mmg berat pon dah sampai ke paras siling..
Takmo turun² dah.. Seluar yg dulunya longgar pon dah padat.. So kompom gua sudah gemok..
Huwaaaa..

Semalam ptg kebetulan balik awal, tetiba kaka bagi cadangan p jogging..
Yeah!! that's what i need bebeh..
So apa lagi, kami bersenam ok..
Tapi dalam 20 minit je pg taman sbb dah hampir maghrib..
Kira ok la dari melepak, makan tido kan..

Tetiba tadi jumpa ex-bos gua..
"Eh, lama tak jumpa.. kenapa u makin kurus??"

Huaaaaaaaaa... Ni plak statement yg bisa mengembangkan idong gua..
Takkan jogging skali dah kurus..?? hihihi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...