Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, February 26, 2009

Hari Pertama - Kelas Pagi

Bangun murid2..

"Selamat pagi cekgu!"
Semua duduk serentak..

--------------------------------------------------------------------
Kalau ajar budak skolah rendah mungkin situasi di atas akan berlaku.
Aku hanya perlu tulis sesuatu di papan hitam, suruh baca sorang demi sorang.
"Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola"
Aku boleh tido.
--------------------------------------------------------------------

Murid-murid aku, kelas pagi ni tahun lahir dalam lingkungan 1950 - 1962..
Yg muda ada la jugak, tapi kita fokuskan pada yg agak tak muda tu..

Aku mula, kekok jugak..
Suara ala2 lemak merdu..
Slow la lebih tepat lagi..
Jadi anak murid komplen tak dengar..
Nasib baik ada mic.. Selamat, takyah jerit2..

Semua ok, takde masalah sbb topik memang dalam genggaman aku..

Cuma:

Apa kes, function Shift dgn Ctrl kat keyboard pon taktau!!

Nota kaki:

Macam mana nak ilangkan sakit tekak akibat bercakap terlalu banyak?

Wednesday, February 25, 2009

25 Febuari - Untuk ayah..

Ayah dah cukup 51 tahun hari ini..

Untuk mengelakkan emosi sedih, aku hanya hantar sms berbaur ceria..
Kalau call nnt mungkin tak dapat cover air mata..
Ego lagi.. ☻

"Ayah, selamat hari lahir.. harap sihat2 selalu.. dok pikiaq ni nak bg hadiah apa.."
Sesantai mungkin dah ni.. ceria.. ceria..

"Terima kasih atas ingatan, Anakku! Ingatan itu adalah hadiah maha berharga".

Nota kaki:

Jatuh juga setitik dua..

Tuesday, February 24, 2009

Ego -- boleh tahan tinggi jugak la..

Serius, aku rileks bangat sekarang..
So.. layankan saja.. Kalau bz nanti sure tak cukup tangan kaki..
layan... layan...

Pasal nak jadi 'cikgu' ni.. Aku dah prepare dah..

Material - ada
CD Installer - ada (bukan game ek, nak ajar pasal benda ni la..)
Knowledge - ada (dah 2 tahun lebih buat benda ni, tu yg confident..)
Lagi - tinggal nak pegi je la!

Tadi bosan², tgk dalam list Favourites --> masuk la Flickr kawan aku ni.

Sungguh, dah lama aku ignore dia.
Penah dia call, aku hello pastu diammmmmm saja.. Last2 letak.
Dia YM aku buat dekk je.
Dia call lagi, aku cakap tak kenal dia. Letak.

Aku kejam?
Rasanya pon macam tu.. tapi tu tanda merajuk dan protes aku..
Sungguh, putuskan talian persaudaraan berdosa..
Tapi aku kecik ati. Kecik sangat!

Sebabnya?
Dia kawan baik aku.
Satu-satunya kawan lelaki yg baik dengan aku. Dari dulu...
Dia kawan baik aku dari sekolah rendah. Kelas semua sama.
Sama² di zaman berhingus, sama² membesar..
Walaupun kami dalam sekolah yg sama sampai tingkatan 3 saja. (dia masuk sekolah teknik)
Kami masih rapat.
Aku ke UNIMAS, dia ke UiTM Shah Alam.
Kami masih rapat.
Sesekali pasti akan bergayut di telefon bertukar-tukar khabar..

Mana ada kami suka lain dari kawan, takde!

Kalau berbual di telefon, kami sembang kasar..
Dah memang macam tu dari dulu. Hehe..

Punca aku marah+merajuk+bebal sama dia --> DIA TAK DATANG MASA AKU KAWIN!

Silly?
Memang, tapi sebagai kawan serapat itu, aku kecil hati!
Jika betul ada hal penting, bagitau. Aku takkan marah.
Pagi tu, waktu tengah tunggu di masjid nak akad nikah.
Aku sempat call dia. "Wei, aku kat masjid ni. Cuak dowh!!"
Aku sempat dapat kutukan biasa dari dia. Dah memang paham sangat.
Aku juga sempat pesan. "Hang mai tau! Lewat sikit pon takpa.."
Dia cakap "Ok, aku p punya!"
Dan dah banyak kali dia cakap nak jadi papparazi masa kenduri tu..

Tapi sampai kesudah tak ada. Aku dapat msg, cakap sorry tak datang.
Ada penjelasan, tapi tah apa²! Aku tak ingat, malas nak ingat!!

Maka, bila aku tgk Flickr dia, rasa bersalah pon ada..
Sebenarnya aku dah tak marah.. Dah lama, marah pon dah reda..
Boleh aja mau call dia atau YM dia..
Tapi ego!

Nota kaki:

Stador, aku dah okey! Kalo hang call aku lagi, aku jawab key!
Tapi hang kena tahan maki aku plak!

Monday, February 23, 2009

Yay, aku nampak pelangi!

Murung sudah hilang..
Aku dah ok.. kan dah cakap.. kejap je..

Hari ni banyak rileks..
Hanya perlu prepare mental dan fizikal utk pegi mengajar nanti..

Sesungguhnya aku mmg tabik pada mereka-mereka para guru..
Kerana aku surrender, jiwa aku mmg tidak boleh!
Tidak mampu utk aku jadi seperti mereka..

Tapi kali ni.. terpaksa..
Lagipon hanya sekali sekala.. Layan saja..

Preparation paling penting:
Install game SIM2 dalam laptop..

Kelas habiskan awal, balik hotel boleh layan game.

Nota kaki:

Nasib baik ajar orang tua.. kalo budak² --> ROSAK!!

Pasang surut kehidupan..

Ini entri yg agak murung..

Bagi aku, tika ini ada hujan sedang melanda hati..
Jika sentiasa panas, akan jadi kemarau..
Dan jika begitu lama kemarau, kita tidak akan bisa menikmati pelangi..

Emosi begini, aku biarkan saja melanda hati..
Jika sesekali melepaskan tangisan yang terpendam ini, bisa melegakan..

Ketika terkenangkan kejadian² di sekeliling, aku terfikir sendiri..
Kes remaja dipukul hingga koma, lalu meninggal dunia.. - Aku ada adik baya² begitu, jika satu hari berita begitu sampai pada aku bagaimana?

Kes kemalangan hingga badan hancur - Mangsa itu pasti seorang ayah. Jika satu hari berita
begitu sampai pada aku, dan mangsanya ayahku sendiri?

Adakah aku cukup kuat untuk terima?

Bila terfikir begitu, aku mula rindukan keluarga.
Rindu amat!!
Tapi, tiada ubat bisa mengubat rindu ini..
Aku jauh, sampai bila² juga aku masih jauh..
Aku mula teringatkan zaman kanak-kanak, zaman remaja satu masa dulu..
Jika ada resah, gundah dalam hati tak perlu risau..
Ada ayah, ada mak depan mata..
Tak perlu ceritakan masalah itu pada mereka, dengan adanya keluarga, tidak lama pasti ceria semula..

Kemudian, aku mula meragui.. Adakah aku anak dan kakak yang baik bagi keluarga?
Ingin sekali aku undurkan masa..
Jika aku tau sudah dewasa akan berjauhan dari mereka..
Pasti aku akan jadi anak yang lebih taat dan kakak yang lebih penyayang..
Aku tau, dari jauh juga aku masih boleh jadi begitu..
Tapi tidak sama!!
Adakalanya rasa seperti seorang diri di sini.. Dikalangan orang² asing yang tidak memahami..

Ya, memang aku agak murung sekarang ini..

Tapi pasti akan kembali mengejar pelangi tidak lama lagi..
Lumrah biasa, realiti bagaikan roda kan?

Cuma satu ini, dalam fantasi aku..
Aku masih anak manja ayah, anak sulung kesayangan mak seperti kanak² dulu..
Aku masih kakak kepada adik-adik yang nakal itu..
Aku masih di rumah, melayari kehidupan di depan mata mereka..
Masih..

Melaka!!!!! Aku cabar kauuuu!!!!

Salam Sejahtera,

Pn. Siti Sabrina Abdul Rahim
BSQM NO, TM Wholesale

Puan,

PENSYARAH JEMPUTAN

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami ingin menjemput puan untuk memberi syarahan berhubung dengan kursus seperti di bawah:

TAJUK KURSUS : TD5158 - Kursus PAM Cognos dan PowerPlay

TARIKH : 26 Feb 2009 & 27 Feb 2009 (2 sesi)

MASA : 0830 pagi hingga 1730 petang

TEMPAT : Tuuttt... (dirahsiakan atas sebab2 keselamatan)

Sehubungan dengan itu, puan akan dibayar elaun oleh pihak MMC Selatan. Lain-lain tuntutan boleh dicaj ke kos center tuutt Selatan tuutt

Kerjasama puan sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih

Nota kaki:

Baiklah!! Jaga semua anak murid aku.. korang kena blanja aku ikan bakaQ!!! ☻☻

Friday, February 20, 2009

Tag berfoto

Kena lagi satu kali, tag yg lebih kurang sama --> dari orang yang ayu dan chomelz.. ☻

I am

I really want to go to

My favourite place



My favourite thing

My favourite drink


My favourite food

My favourite color

I live in

I was born in

I attended

My favourite story

My hobby

I wish for


Cuba teka sapa yg kena: Zati & Adah ☻

Penyakit lama sudah kembali..

Penyakit main game sampai lebam.. mesti semua org penah ada..
Aku rasa, penyakit tu dah nak menyerang aku semula..
Abeh la pinggan tak basuh, baju tak lipat ni kang! kui kui kui..

Papa pendapat aku, ada 2 kategori game:
1) Game perempuan: selalunya game yg mudah dan berwarna-warni.. hehe..
Contoh: Diner Dash, Dynomite, Bejeweled, Hangaroo dan lain2..

2) Game lelaki: aku mmg tak reti dan tak minat..
Contoh: Fifa, Need for Speed, game perang² tu.. isk.. ada byk tapi mesti la aku taktau sbb aku bukan lelaki.. ☻

Semalam baru je nak main balik game ni. Sangat addicted, masa kat U dulu mmg tak tido malam angkara khusyuk terlampau.. Bukan sbb study ok.. ahaha.. Memang teruk..

Tapi semalam dah install tapi takleh main.. Maybe ada crack kot..
Akan dicuba lagi malam ni.. tak sabar!! Mari membina keluarga!! Hoyeaahhh..


Thursday, February 19, 2009

Tag: 5ive Factor

Saya telah berjaya di tag oleh seseorang yang memang ayu sentiasa.. :)

Nota: Jawapan saya semua ada kena mengena dengan kaka.. Dia ialah dream guy saya.. Awww!

5 Characteristics of your dream guy/girl
1) Pak Lawak! (Punca utama kadar awet muda saya tinggi )
2) Sifat kepimpinan dan kewibawaan yg tinggi! (ewah!)
3) Penyayang.. (Tapi kaka, sayang jenis tak tunjuk..)
4) Caring
5) Lelaki melayu terakhir.. (statement kontroversi!!)

5 Characteristics that you have never like in a guy/girl
1) Kurang hormon lelaki
2) Tak boleh bertolak ansur
3) Ego tinggi melangit (sekiranya kadar biasa saya faham..)
4) Tidak setia (Spesis buaya tembaga la..)
5) Terlalu ke-barat-an (ciri2 timur itu penting bah..!)

5 feelings that you have when you're out with the one you admire
1) Perasaan gatal tak terhingga (mata ada bling2..)
2) Terasa seperti terapung-apung di udara..
3) Malu2 kucing sudah tentu..
4) Rasa mau ikut dia pulang (hihi!)
5) Ingin masa terhenti. Stop! Biar lama... dapat tgk muka dia..

5 places that you want to travel with your loved one
1) Pulau Redang (repeat semula)
2) Oman (tgk dalam tivi macam best!)
3) Jepun (spesifik lokasi: di bawah pohon sakura)
4) Sungai Petani, rumah keluarga saya (travel naik keretapi, mesti best!)
5) Tanah Suci

5 special things that you would give to your loved one
1) Kesetiaan + kasih sayang (aww!!)
2) Omnia seperti yg diingininya..
3) Tiket perlawanan bola Manchester United
4) 10 orang anak (sorang pon payah neh! ehe..)
5) Makanan yang lazat dan berkhasiat setiap hari.. hahahha

5 songs that you will sing to your partner
1) I want to spend my lifetime loving you (Marc Anthony & Tina Arena)
2) Sampai Syurga (Faizal Tahir saya..)
3) Laskar Pelangi (Nidji) -- hepi gile dengar lagu ni
4) Aku Cinta Padamu (Sheila Majid)
5) Dangerously in Love - Beyonce Knowles

5 friends that you want to tag
Tapi aku nak tag (5-1 orang)
1) Zati
2) Adah
3) Nazirah
4) Fiza (chomelz)
5) ....

Siapa pembaca anda?

Aku, sekarang mmg addicted dengan dunia blog ni..Bila masa² sibuk, banyak gila kerja di pejabat dan tak sempat nak baca blog..Rasa macam nakkk jugak klik sebenarnya, tp terpaksa punya ketahanan diri yg kuat..Pendek kata mmg menguji daya tahan melawan nafsu la..

Aku mula menceburkan diri dalam bidang ni pon sbb adah & zati.. Bila dah berjangkit, bermulalah episod Aku Punya Kami ni pada May 2008.

Sejak tu aku mula mengenali sesetengah selebriti blog..
Mula kagum dengan mereka² yg aku minat..
Tapi selalunya hanya sebagai "silent reader".. hanya sesekali terpanggil utk meninggalkan komen jika mahu..

Sejak bila tah, aku mula tambah aksesori dalam page aku supaya lebih sedap mata memandang..
Rasanya setelah baca blog pjoe, aku cuba utk tambah ini:

Dengan benda ni, kita boleh tau siapa yg baca hasil contengan kita..
Sejak adanya benda ni jugak.. aku makin galak dan teruja..
Especially bila nampak blogger2 yg femes masuk ke situ..
Huih.. kembang idong akakk..

Nak suruh aku tulis pakai air liur ke??

Adoi..
Mana pegi semua pen aku neh??
Toyol skarang curi pen lak ek?
Kalo nak, mintak.. aku kasi la!!..

Nota kaki:

Kalo pen hilang boleh mintak bomoh tolong cari tak?

Wednesday, February 18, 2009

Sentimental rasanya..

Bila dapat panggilan dari orang istimewa..
Tiba² muncul mood sentimental dalam jiwa..
Harapannya dia akan sentiasa bahagia dan sihat selalu..
Aku tidak lagi bisa bermanja dengannya seperti dulu²..
Kerana aku sudah dewasa, dan sudah punya keluarga..

Ayah, ke Jakarta jaga diri okay?
Semoga selamat pulang hari sabtu nanti..
Jgn lupa ole² juga.. ☻

Dari anakmu..

Nota kaki:

-Kelam kabut cari tisu, nasib baik ada!-

Monday, February 16, 2009

Entri wajib..

Serangan Upin & Ipin di pawagam memanggil² jari ini utk taip sesuatu..
Semalam baru tgk..

Aku bukan nak cite kat korang.. Rileks..
Kalo aku cite pon confirm takkan jadi semenarik ceritanya..
Maka anda perlu menonton sendiri..
Ingat -- MESTI TONTON ok?

Aku hanya nak menceritakan pengalaman..
Serius, aku selaku org dewasa yg masih kelihatan seperti kanak-kanak..
Lebih excited dari kanak-kanak yg betul² kanak-kanak..
Hahahaha!!

Riang sungguh aku bila keluar panggung..
Aku kasi tabik spring sama mereka² yg membikinnya..
Bayangkan, cerita kartun kita yg bikin aku gelak tak ingat dunia..
Ingat ape ke.. baca Ujang dulu pon aku tak gelak..
Ada part sedih tu.. air mata aku dengan taktau malunya nak keluar jugak..
Adoi.. tak macho la tgk cite kartun nangis.. Tak pasal kena gelak dgn kaka kang!

Pendek kata..

Sapa takmo tonton cite "GENG" di panggung (termasuk orang² yg hanya tunggu VCD cetak rompak) mmg sudu!

Sabah darul hujan.. siri 2

Dah lama nak tulis caption utk gambar yg dah diupload sebelum ni..
Tapi tak sempat².. Bz gile.. adui..
So walaupun dah lambat nak tulis jugak..
Mana tau.. Ada orang yg tak penah pegi sabah..
Boleh belajar dari kesilapan kitorang ni.. hehehe..

Gambar 1:
Memang kitorang salah tarikh..
Hujan memanjang..
Sampaikan kami terpaksa pusing² One Borneo je walaupun kalo nak pegi shopping Complex kat KL je melambak..

Gambar 2:
Disebabkan hujan juga, kami telah "terpaksa" melawat muzium..
Apa nama muzium pon aku taktau.. (geleng kepala sendiri)
Budak muda zaman sekarang.. Tak pandai hargai sejarah langsung!
Gambar muncung tu mmg sbb boring.. (geleng kepala lagi..) haha!!

Gambar 3:
Kedai souvenir berdekatan muzium tersebut..
Hanya sekadar posing tanpa membeli..

Gambar 4:
Tiada motif sebenarnya upload gambar ini..
Saja.. Superman nak menyelit..
(Juga hujan lebat ketika ini.. Tempias.. Belakang baju basah sebenarnya..)

Gambar 5:
Lokasi: Pasar Malam
Gile banyak jual segala mak nenek mutiara..
Bling-bling mata dibuatnya..

Gambar 6:
Lokasi: Pasar Filipina
Rumpai yg baru pertama kali aku jumpai..
Bila gigit rasa geli di dalam mulut..

Gambar 7:
Lokasi: Pasar Filipina jugak
Ini adalah reaksi jakun bila nampak sangat banyak makanan laut besar² dan murah²..
Sedap sedap sedap..

Gambar 8:
Udang pada jarak dekat..
Murah je ni beb! Kat KL tak dapat ni..

Gambar 9:
Spesis lain selain udang juga ada..
Ish.. mmg jakun aku..
Banyak gile, murah murah murah..
Boleh tawar² lagi..

Gambar 10:
Baru sedar aku banyak ambik gambar udang..

Gambar 11:
Pemandangan air laut..
Diambil semasa perjalanan ke Pulau Sapi..
Maaf kawan², saya tak rekemen anda ke sana..
Biasa saja bagi aku.. Pangkor, Redang lagi mengkagumkan..
Mungkin disebabkan faktor hujan? Tapi di kala pemergian kami ke sana, panas terik..
Tidak lupa souvenir yg dibawa pulang -- sunburn..
Lagi sbb aku tak suka pulau ni:
Toilet tmpt membersihkan diri lps mandi laut -- takde air!!!!!
Hangin aku!! Sori, aku takkan ke sana lagi..
Mengecewakan.. Hanya pengalaman naik bot yg menceriakan..

Sekian..

Thursday, February 12, 2009

Aku mesti diet!

Kata aku dengan penuh semangat dalam hati..
Siap genggam penumbuk lagi..
Aku mesti diet!! huhu!!

Kenapa aku tiba² datang semangat pejuang ni?

Bahana orang kawin..
Bukan bahana sangat la..
Tapi bisa menggemukkan anda sekalian..
Terutama yg jenis metabolisme rendah macam aku..

Kejadian: Lokasi (surau)

Ada sorang akak ni tegur, "nampak berisi la" sambil tangan pegang perut aku..
"Ada isi dah ke?" tanya dia lagi tersengih-sengih..

Nota kaki:

"Isi nasik ada la!!"

Sabah darul hujan..



















Apa cite?

Aku busy..
.
.
Sibuk la skarang ni..
.
.
Banyak keje nak buat awal² taon ni..
.
.
.
.
.
Baiklah!

Tuesday, February 3, 2009

Destinasi bajet

Penah tgk rancangan Destinasi Bajet kat tv? tak ingat la channel mana..
Ok, ni ulasan destinasi percutian dari aku pulak..

Dekat je kalo nak pegi --> Genting Highland.


Tempat tidur, kami pilih Theme Park Hotel.
Room Rate = RM130
Bilik ok, agak besar..
Sejukk... (Almaklum aku ni jenis tak tahan aircond, aircond semulajadi lagi tak tahan.. takleh off woi!!!)

Aktiviti:

Selain dari main permainan indoor atau outdoor.. (aktiviti berjudi tak termasuk ekk.. bahaya..)
Anda boleh cuba menghabiskan duit dalam shopping complex yg ada disitu (apa nama tah..)
Selain shopping, yg mana barang² rasanya lebih mahal dari tempat biasa..
Anda boleh cuba masuk ke Snow World.

Rate per person: RM17 (Termasuk jaket, boot dan glove)
Perasaan:
Best la jugak, orang jakun tak penah main salji ori kan..
Tempat dia tak bape besar, pusing² situ la jugak..

Peringatan:
Pakai boot yg disediakan tu kena kuat mental dan fizikal..
Basah dan berbau.. (standed la kan, kena ais pastu dah berapa banyak kaki sarung benda tu)
Macam pijak katak pon ada rasanya..
Ewwww..

Kalo nak naik permainan gelongsor ais tu, sayangilah bontot anda..
Jangan naik kalo takmo rasa sakit..
Abeh tulang bontot aku.. taktau la ok ke tak ni..
Sakit gile!!

Anda boleh menggunakan khidmat jurugambar yg disediakan.
Mana tau nak buat poskad ke, hantar kat sedara mara mengatakan anda baru melancong ke Paris..
Dorang bukan tau.. ye dakk..
Gambar yg siap dicetak boleh dibeli dengan harga RM16 sekeping.

Semua ada 3 keping, boleh posing maut utk poskad anda.
Asalnya berharga RM 46 tapi bila kami reject dengan keras dengan berkata "Mahal!!" sambil buat muka bengis, dia kasi 3-3 keping RM38 sahaja.. ☻

Disebabkan kami bengis, pakai kamera phone dapat je ambik gambar.. (walaupun amaran keras kerajaan..)

Lihatlah gambar comel kami:



Hidung pon dah sama merah macam En. Snow tu..


Kami juga menghabiskan masa ber-karaoke.
Utk karaoke kotak, sama je mcm tempat lain RM1 satu lagu..
Kena pandai2 pilih kotak sbb ada yg mic tercabut, tak bunyi langsung dan sebagainya..
Utk memuaskan nafsu perut, kami makan Marrybrown.
Sungguh sedap sekali kerana lapar.. hehe..
Di sana juga ada tempat bowling, rumah hantu, galeri Ripley's Believe It Or Not dan banyak lagi..
Akhir sekali, disebabkan dah lewat malam, kami nak balik bilik.. (lagi best!) ☻☻
Lain kali boleh try benda² lain tu.. amacam??

Sunday, February 1, 2009

Sampai syurga.. hanya kamu

Sudah jam 2, masih belum tidur..
Saya suka begini2, kerna ada internet, ada masa utk habiskan masa baca cerita2 kamu..
Macam2 ragam, macam2 gaya..
Saya suka!

Terjumpa satu ini, katanya dia juga jatuh cinta sama lagu yang memang saya gila..
Bukan hanya kerana penyanyinya..
Tetapi kerana melodi dan puitisnya..
Bisa lena bila mendengarnya.. sungguh!

Saya tujukan khas buat suami saya:

Ku membenarkan jiwaku ‘tuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku ‘tuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah ku merasai begitu
Semua itu telah berlalu harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu terus ku tertunggu
Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus menunggu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingiku
Aku fahami aku bukan terbaik ‘tuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya satu
Hanya kamu
Ku membiarkan hatiku ‘tuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku ‘tuk tatapan kamu
Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku
Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja
Ku mahu dirimu
Bahagia ‘tuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna
Namun aku tetap aku
Yang terbaik ‘tuk diriku
Hanya satu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingiku
Aku fahami aku bukan terbaik ‘tuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingiku
Aku fahami aku bukan terbaik ‘tuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu...

video

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...