Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Monday, March 30, 2009

Tak gelap pon..

Kitorang dengan bersemangat ikut jalan langat..
Bapak jauh nak sampai destinasi -- kajang.
Semata-mata nak tengok kegelapan Kuala Lumpur dek kerana Earth Hour.

Nota kaki: Sumpah, haram tak gelap pon!

Friday, March 27, 2009

Benda tak senonoh?

Kaka hantar sampai opis pagi ni walaupun dia tak gheja dan penat sebab baru balik dari outstation. (sebut dalam satu nafas, semput)

Salam cium tangan..

Tapi kaka mintak cium pipi skali..

Kalau dalam kete takpe, tapi ni moto!

Jadi?
Adakah salah cium pp suami?
Tapi di tempat awam?
Tapi dia memang suami, tak salah kau tau, tak salah!
Tapi apa orang kata, aku ni tak nampak macam bini orang..
Orang ingat kitorang remaja bermasalah camana??
Lu pikir la sendiri!

Nota kaki: Aku cium jugak! weee!!

Nota kaki 2: Saksi kejadian hanyalah pak guard yang lepas tu pandang aku dengan muka ketat.

Nota kaki 3: Dah bonus wei, mana mau joli???

Tuesday, March 24, 2009

Aku happy

Banyak sebab kenapa aku happy..

1) Ingat pasal kawan yang diboikot dengan jayanya tu? Baru sebentar tadi sembang di ym. Alhamdulillah, aku berjaya buang semua ke-ego-an aku dan borak seperti biasa.. Hati perempuan kan lembut.. kui kui kui!

2) Kaka mungkin balik awal sikit.. hem.. harapan, tak perlu tido sorang lama sangat.. yay!!!

3) Ayah: Kaklong nak makan apa ni.. Nasik kandaq mau? (nota: balik rumah mak, sangat malas masak. rasa macam jadi anak dara balik okay!)
Aku: Mau mau mau!!
Ayah: Ayah beli nasik kandaq line clear lah..
Aku: Wuih, ok la tu.. Ayah beli lauk ayam dengan teloq ikan kalau ada..
Ayah: Kuah banyak ka sikit?
Aku: Sedang-sedang saja.. :)

Nota kaki: Hantu nasik kandaq menyerang lagi!!

Monday, March 23, 2009

Tajuk tak penting

Ungkapan "Rumahku Syurgaku" tu baru sekarang aku dapat faham betul2 maksud dan nikmatnya..
Sekarang, dimana orang lain di pejabat melayan karenah duniawi, aku pula melepak dengan erti kata sebenar di rumah..
Memang payah nak gambarkan, betapa best sampai tak ingat dunia.. :)

Setelah proses catching up dibuat, aku dapat kumpul fakta2 berikut:

* Ayah - Akan banyak trip melancong lagi tahun ini.. mahu ikut? siapkan saja duitnya..
* Mak - Demam af kan, dia minat Hafiz si afro dan Akim.. Ok la tew!
* Abangah - Sedang menjalani kehidupan yang mencabar. Kerja dia sikit lagi boleh tandingi Rambo.. Gempak gile..
* Maie - Dah makin nampak bakat seni dia tu.. tahun depan maybe nak paksa dia p audition af.. hahahaha.. tetibe.. main gitar pon boleh tahan..
* Nana - Macam biasa.. pantang ada can mesti mau pegi kl, tapi bahaya asyik kena ngorat ngan pendi.. Jangan harap nak jadi adik ipar aku woi!! hahaha
* Aiman - Si bongsu ni bukan main.. pandai shuffle woo!!!

Lagi satu, aku mula fikirkan apa maksud sebenar ungkapan "Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan".. hahahahaha

So testing la seminggu kena tinggal ni apa hasilnya..

Akibat dari banyak sangat masa lapang, banyak jugak la aku tgk dan download video En Glemer dalam youtube, sampai termimpi-mimpi la semalam.. adoi..

Dan mula la membina keinginan untuk beli t-shirt Superman lagi 8. Nak kaut semua kaler yang ada plus yang ada blink2 tu..
Mahal siot, bagi aku kurang masuk akal.. Tapi berbelah bagi antara minat dan adakah aku membazir kalau beli.. Kang takde duit nak makan, gigit baju tu boley ke? hahaha

Tapi, kaka kan outstation, claim mesti manthopp.. well?? pujuk jangan tak pujuk..

Layan je la aksi terbang2 ni.. :)

video

Beautiful Girl - Hallmark

Aku sanggup tengok cite ni sampai habis hanya kerana gigi mamat ini..



Nota kaki: Isk isk isk.. bile la nak berubah.. :)

Bencinta

Sudah dapat didengar jika buka Hot FM..
Memang menangkap, memang mathopp..
Sudah boleh dicari dalam youtube segala..
Tapi, kerana aku minat, aku kipas yang paling susah mati..
Akan aku tunggu hingga yang keluar albumnya atau single nya..

"Ingatkah lagi waktu kau bersamaku..
Kaku aku melihat mu..
Lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu..
Aku cinta padamu, aku benci padamu..
Aku cinta, aku benci padamu.."

Sunday, March 22, 2009

Kat KL tak dapat macam ni..

Bangun - 8 pagi
Tujuan: Hantar mak ke pejabat
Keadaan: Smooth and silky.. Kalau dibilang kereta atas jalan mungkin hanya 20 bijik sahaja
Sarapan pagi: Roti jala + peknga (lempeng kelapa bahasa KL) + kari daging
Harga: Murah sahaja!

Apa yang nak aku cerita ni?
1) Betapa nyamannya kalau balik kampung, tiada kesesakan..
2) Udara juga aku rasa 100% lebih nyaman.. (aku rasa la..)
3) Jarak dari rumah ke pejabat juga hanya 10 minit. Rasanya kalau terdesak sangat pon jalan kaki boleh lagi tu..

Masa sedang makan, kami jumpa sekumpulan pasukan penyelamat + penjaga keamanan negara.. Juga sedang layan sarapan pagi..

Kata kaka, agaknya sapa yg jaga keselamatan skarang ek?
Mungkin perompak akan cakap.. "Ok geng, kita start rompak masa depa tengah makan. Depa makan lama.."
Kumpulan yang tengah syok makan tu juga akan cakap, "Takpa, tak lari pi mana aih peghompak tu.. lagipun bomoh kan ada.." (kui kui kui!)

Pendek kata, kalau diberi pilihan mmg aku mau transfer balik Kedah..

Nota kaki: Dialog di atas hanya imaginasi liar kami. Tidak bermaksud menyinggung sesiapa. Ampunkan kami penunggu gua, ampunkan kami penunggu gua..

Thursday, March 19, 2009

Qada dan qadar ketentuanNya..

Sungguhpun hari ini aku amat tidak produktif..
Selepas terbaca berita hari ni, membuatkan aku terfikir..
Terfikir tentang kehidupan..

Kenduri air mata

Kangar: Majlis akad nikah dijadualkan esok, manakala kenduri pada Sabtu ini sudah diatur, tetapi kini hanya tinggal kenangan. Ini kerana bakal pengantin lelaki terbunuh selepas motosikal ditungganginya bergesel dengan sebuah motosikal lain sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Kampung Sungai Padang, dekat sini, petang kelmarin.

Bagaimana jika kebahagian direntap begini..
Aku tak dapat bayangkan bagaimana perasaan pasangan mangsa..
Sebelum kawin dulu, aku juga selalu terfikir hal-hal begini..
Bagaimana jika terjadi sesuatu pada aku atau kaka?
Atau jika pengantin lelaki yg ditunggu tidak tiba?
Perkara begini sungguh terjadi.. maka membuatkan aku takut..
Apa lagi yang perlu dikatakan, kita perlu redha..
Tuhan telah menentukan kehidupan kita, bagaimana coraknya..

Selain kisah sedih begini, ada kalanya juga manusia akan dapat apa yang paling dia inginkan..
Contohnya cahayamata yang dinanti sekian lama, atau pertemuan jejak kasih antara ibu dengan anak yang terpisah 30 tahun lamanya..

Semalam aku baru tonton siri Ghost Whisperer kegemaran aku..
Yang mana Melinda dapat kembali suaminya.. Suaminya yang telah meninggal dunia!!
Memang cerita hanya cerita..
Tapi bagi mereka yang kehilangan, tentunya ada sedikit harapan..
Harapan untuk memperolehi kembali kebahagiaan..

T.I.D.U.R (5 huruf yang disambungkan, membentuk nikmat paling dasyat)


Nak terlentang macam ni sekarang jugak!! ☻☻

Random saja..

Sungguh tiada idea, mood asyik berubah, jiwa kacau sikit. Jadi, gua mau tulis 6 fakta rawak. Suka hati gua saja!

1) Last week gua dera adik² sendiri, bukan adik orang lain, berdiri tengah hujan. Apa punya kakak! Nak tgk final drama sebabak punya pasal. Gua rasa Din Beramboi rawk!

2) Esok malam mao balik kampung naik bas.. hoyeah! Dah lama tak naik kenderaan awam tersebut, maklum la wanita berkerjaya skarang.. ahak!

3) Akan di-sayangkan-isteri-tinggal-tinggalkan oleh kaka next week. (Pening?) Jadi gua akan stay kampung lama sikit.. Dan juga akan dengan selamba tak akan menghadirkan diri ke kursus yang gua tak sure kena hukum sembah derkaha ke tak kalau ponteng.. ☻

4) Skarang gua takde keje. Ajaib gile semua keje siap.. Sampai skarang gua tak dapat cari penjelasan logik.. Efficient ke gua neh sebenarnya?

5) Benda yang dah lama gila gua tangguh akhirnya siap! Susah nak mampos buat ayat BM baku sebenarnya.. hadoi!!

6) Agenda gua petang ni - surf internet cari resipi termanthop dan main game wordsearch sampai habis kot. Serius ni, gua takde keje! balik boleh tak??

Monday, March 16, 2009

Sejauh mana pengorbanan anda?

Tajuk mungkin agak gempak..
Tapi gua dalam dilema skarang ni..

Adik-adik nan terchenta ada di rumah..
Gua selaku kakak sulung yang berkaliber, tak berapa sampai hati nak tinggal diorang kat rumah..
Tapi di atas tuntutan tugas, terpaksa keje jugak hari ni dan esok sementelah mereka ada disini..
Weekend hari tu ok la.. bole bawak pusing² KL..
Hari ni, kerisauan melanda la jugak memikirkan soal pemakanan dan keselamatan mereke itew..
Bukan itu dilemanya..
Rasanya tiada masalah tentang itu, makanan sudah dimasak dari jam 5.45 pagi..
Cukup la kiranya untuk tambah 2,3 kali hatta 6 kali sekalipun..
Pintu rumah juga sudah dikunci..
Telefon juga sudah 3 kali setakat ini..

Insyaallah, semua ok..

Tapi, yang gua pening, ini malam sudah janji mau pergi nonton wayang..
Semalam sudah khatam Race to Witch Mountain..
Hari ni pulak?

GENG: PENGEMBARAAN BERMULA - dah tgk dah..
THE CURIOUS CASE OF BENJAMIN BUTTON - nak kasi pening adik gua keh?
DRAGONBALL EVOLUTION - tak layan ar.. Goku mat saleh? macam tak best..
JIN HUTAN - isk.. cerita tahyul tak baik untuk kesihatan..
JONAS BROTHERS: THE 3D CONCERT EXPERIENCE - ni movie ke konsert?

Pendek kata.. kalau disenaraikan semua movie pon, semua tak menarik..
Tapi kalau tak tengok wayang, mana lagi nak bawak diorang jalan?

Kalau tanya Nana, dia akan ajak tgk ni!!!! --> SAYANG YOU CAN DANCE
Ini la dilema gua!
Sanggupkah mau nonton cerita yang gitu², hanya untuk orang tersayang anda??
Aduhhh.. sanggupkah?? sanggupkah??!!!

Sunday, March 8, 2009

Tada!!!

Nota kaki: Tabik spring sama puan pelukis.. Memang berbaloi!!
Nota kaki 2: Selamat Hari Lahir Sayang!!

Friday, March 6, 2009

Hari istimewa dia, tapi hari bodoh saya encik..

Hari ni kaka genap 26 tahun..
Masih muda trang tang tang.. kan? ☻

Saya sudah ada hadiah istimewa untuk dia..

Tapi semalam memang hari bodoh saya!!!!!!!!

Nak tau kenapa?
Sudah lama saya plan hadiah utk dia..
Dia mahukan suprise, jadi saya mesti bagi suprise..
Kalau berjaya sampai tahap tergezut monyet lebih baik.. hem..
Tapi nak jadi cerita, kejutan itu ter-kantoi sehari sebelum hari penting itu!
Plan sekian lama musnah!! Oh!!

Macam mana kantoi?
Saya deal dengan brader bikin hadiah senyap²..
Nasib baik semua sms yg saya terima waktu pejabat, jadi kaka tidak tahu menahu..
Sepatutnya takde masalah..
Tapi disebabkan hari tu hari bodoh saya.. Saya pulang ke rumah tanpa men-delete sms tersebut..
Mmg sudu! Malah mungkin sudip skali!
Saya lupa yg kadang² enset saya akan di-spot-check oleh beliau..
Maka, kantoi la besar-besaran..

Hadiah apa saya kasi?
Lepas saya bagi pada dia petang ni, baru akan di-upload gambarnya ke sini.. ☻☻

Nota kaki:

Kepada semua, jangan tiru macam saya..

Thursday, March 5, 2009

Monday, March 2, 2009

Mari mari call saya!

Di sini gua ingin meluahkan rasa tak puas hati dan bebal gua kepada syarikat talian handphone tuuttt..
Kenapa list Call Me Tones korang tak hapdet?
Marah betul, semua tah apa²..
Takde taste langsung la! adoiyai!!

Kenapa gua tiba² mengamuk?

Tadi gua dapat panggilan beserta dengan pujian..
Mamat ni India, dia call atas urusan kerja..
Bila nak letak tu dia cakap, suka call gua sbb dapat dengar lagu sedap..
Lagu apa gua letak? Call la.. ☻
Bila dah kena puji tu, mau la taruk lagi lagu lain yang menyentuh kalbu..
Supaya kalo org call gua tak angkat (atau sengaja tak angkat) tak la dorang hangin sangat.. Hehe..

Tapi, yg tak puas hati tu kenapa list² lagu abg Superman gua tu dia dah buang?
Sebelum ni ada.. Tapi sbb takut bil tinggi tak la ambik semua sekaligus..
Tup² cari balik takde.. Adus.. Kat mana nak komplen ek?

Pantai memang mendamaikan..

Macam² terjadi minggu lepas..
Jika diingat, mmg hati panas..
Tarik nafas... hembuss... ok, sudah bisa tenang..

Jadi, aku upload gambar ini utk ingat moment itu..
Seteruk mana ujian, ingat saja saat melepak di tepi pantai bersama suami..
Marilah bersantai di PD jika ada kelapangan..


Nota kaki: Gambar tak cover cun ini diambil ketika subjek dengan laparnya melantak char kueh tiaw. Dengan angin sepoi².. Fuh!! Layan woo!!

Cekgu oh cekgu!!

Pengalaman ngeri itu telah berakhir..
Dengan adanya pengalaman ini, aku lebih menghargai apa yg aku ada sekarang..

Kalau la.. Ikut cakap mak, yg nak aku jadi cikgu..
Taktau la macam mana jadinya..

Dengan kelas 2 hari saja, dah jumpa macam2 orang..

Tiba² teringat semua para guru dan lecturer yg mengajar aku dulu..
Harap semua baik² saja..

Nota kaki:

Berapa banyak cikgu yang sakit kepala disebabkan kita ye?

Sunday, March 1, 2009

Setinggi-tinggi penghargaan..

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada cik Nursuhada Ya'acob kerana telah bersusah payah menemani saya sepanjang trip ke Melaka.
Jika tiada anda, terbongek la saya..

Nota kaki 1:
Kalau ko nak ke mana2 nanti, kalau diizinkan aku ikut ko plak ek?

Nota kaki 2:
Jasamu gua kenang beb! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...