Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, April 28, 2009

Jiwa aku kacau lagi

Bulan ni rasa macam aku kurang merapu dalam rumah Aku Punya Kamu ni..
Mungkin kerana terlalu banyak konflik dalaman..

Terlalu banyak kutuk bos hingga hilang ilham barangkali..

Terlalu banyak berfikir tentang kehidupan, kerana ini tidur aku sering bermimpi aneh.. (Baru² ini aku karate kaka dalam tidur, mimpi berlawan raksasa mungkin.. ☻)

Rasanya sekarang aku dalam mode "terlalu"!

Terlalu mengharap, terlalu terbeban!

Amat payah untuk diceritakan.. (mengeluh..)
Tapi aku berjaya merasai dua perasaan serentak hari ini..
[Sedih + kecewa] berlawan dengan [gembira + terharu]

Balance la jadinya!

Gua sekarang memang KACIP!


Gua nak start baca dah ni, jangan kacau!
Adah, ko punya ni aku simpan. Nak kasi lebih kacip dari biasa. ☻

Friday, April 24, 2009

Cooking Battle - and the winner is..

Mantap, semalam ada perlawanan masak megi paling sedap.
Peserta: Aku & Kaka

Bahan²:
i) Maggi (Kari)
ii) Bawang untuk menumis
iii) Telur
iv) Kobis
v) Ayam
vi) Cabai hidup

Pemenang: Kaka (huwwaa!! sebulat suara beb!)

Hadiah: Dapat berbangga dengan hasil masakan beserta perasaan kenyang tak terhingga.

Serius, dia punya lagi sedap..
Bahan2 semua sama, cuma beza bawang dia tumbuk aku hiris. Telur aku guna sebijik dia guna 2 bijik..

Takkan sebab telur dia banyak aku kalah pertandingan kot.. Kena buat re-match neh!!!

Tuesday, April 21, 2009

Kerja oh kerja!

Kalau mood malas datang..

Badan tiba2 sakit sana sini..
Tiba2 sakit perut, sakit kepala, sakit otak..
Kepala ligat fikirkan alasan taknak datang kerja..

Bila dah dengan jayanya tak datang kerja, senyum sampai ke telinga..
Badan tiba2 kuat, rasa macam bisa berlari marathon tanpa henti..
Selepas sarapan, mata berat. Betul, perut kenyang senang hati..

Layan cerita di tv sambil main game di laptop.. Sungguh asyik!
Mula masak hanya pada jam 3 petang, mesti siapkan sebelum suami balik..
Gila, rasa seperti suasana bulan puasa.. Seronok!
Yang tak sama, makanan boleh dirasa.. ☻

Pendek kata, hati membuak-buak ingin apply kerja baru..
Jawatan: Suri Rumah Sepenuh Masa.

Nota kaki: Tapi kalau kerja ni pon boring juga, senang nak resign tak? ☻☻

Monday, April 13, 2009

Essence of chicken? Yarrkk!!

Skarang ni aku selalu pening kepala..

Dah buat eksperimen dah, punca utama skrin komputer..
Aku rasa la.. Sbb kalau time cuti kat umah dan tak main game, kepala hotak aku ok je..

Tiba2 teringat iklan Dafi, yang ambik kunci guna kayu lekat chewing gum tu..
Kalau minum tu boleh hilang pening tak? hehehe
Siap google tu, cari apa dia punya khasiat..

The BRAND’S® Essence of Chicken full of wholesome, nourishing goodness. When taken regularly, this all natural health food supplement sustains your health, through all stages of your life.

By increasing your metabolic rate, it helps to relieve fatigue and to restore both your mental alertness and physical energy (within 15 to 30 mins!). It has even been proven to help your body absorb and use vital nutrients like iron.

Wah, macam best.. Tapi rasa dia macam kicap cair dol! Aku dah penah rasa setitik dua, aduh..
Tak sanggup nak telan.. Takpe la kalau tak bijak macam Dafi pon! ☻

Jawapan yang sesuai utk soalan cepu tembaga

Aku tak stress sangat, cuma pening nak fikirkan jawapan.
Kalau jawab macam artis bole? -- NO KOMEN!

Ok, semua bermula dengan soalan bertubi-tubi dari manusia sekeliling yang memang tak larat aku nak jawab -- BILA NAK PREGNANT??

Kat office ni, mmg dah berapa ramai ingat aku bunting. Wei, aku tau la perut aku buncit skarang ni, tapi bukan la! huwaaa!!!
Nak buat sit-up malas, cane nak kasi kurus balik ni??? hahahah!!
Kawan² pon sama, semua tak sabar nak dukung anak aku. Aku lagi tak sabar tau tak? Pening kepala makcik macam ni..

Ingat aku taknak ke? Tapi dah tak menjadi lagi nak buat macam mana..

Yang bestnya, aku baru dapat petua baeekk punya dari member kaka. Hahaha, macam banyak pengalaman je ko neh along!

1) Jangan makan nenas.
2) Jangan lompat².

Nota kaki: Baiklah!! ☻☻☻☻

Wednesday, April 8, 2009

Mana mahu lari??

Semua kedengaran lebih kuat dari biasa..
Aku tak dapat lari lagi..

Selalunya aku menyelamatkan diri gunakan pelekap telinga itu..
Aku lari dari persekitaran, diganti dengan bunyi2 merdu yang aku minati..

Tapi hari ini, pelekap telinga itu juga kedengaran lebih bingit dari biasa!

Aku risau kalau aku tak lagi dapat tahan dan menjerit pada mereka semua!

Aduh..

Monday, April 6, 2009

Ya, aku ada perempuan simpanan!


Secara rasminya, aku sudah ada. Yeeehhaa!!!
Thanks ili..

Thursday, April 2, 2009

Selepas selesai perang..

Jam 8.34 pagi. Sampai ke stesen Putra Bangsar.
Di kejauhan, sayup² sudah nampak kawasan perang tersebut.
Cuak.

Disebabkan ada kawan, aku gagahkan.
Kalau seorang diri, confirm aku patah balik ajak kaka breakfast je.

Kami berjalan.
Dalam hati memang cuak, rasa macam nyawa akan melayang tak lama lagi. (Imaginasi tak terkawal)

Masuk, register hanya RM 1.

Benda murah, biasanya tak berkualiti.
Contoh: beli handbag di Uptown harga RM30 dengan jenama yang sama RM300 di KLCC.
Mesti RM300 lagi tahan lama.
Adakah dengan RM1 anda akan dapat layan first class? Mungkin tidak.
Macam mana kalau dia main jolok mulut aku sesuka hati? (Imaginasi liar lagi)

Aku mula sakit perut. Dapat nombor giliran keramat. 15.
Duduk saja dah nombor 10. Oh no!!

Terpaksa ke tandas. Kena keluarkan nervous tu secepat mungkin!

-------------------------------------------------------------------------------

Akhirnya, setelah puas baca doa dalam hati tatkala sedang baring, gigi tersebut berjaya diselamatkan. Tak perlu cabut dan tak sakit langsung. Harap maklum.

Bayaran servis hanya RM2. Hari² tampal pon tak apa.. (Berani dah wei!)

Cuma aku nak cerita perbezaan klinik swasta (DentalPro) dgn kerajaan:

1) Klinik swasta:
- Dapat layan tip top, dekorasi klinik gile cantik, tak macam klinik pon.
- Doktor sangat peramah.
- Peralatan canggih, siap boleh tangkap gambar gigi sebelum dan selepas.
- Consultation fee saja mahal nak mampos. ☻
- Masa untuk proses gigi agak lama, jadi end result lebih kemas.

2) Klinik kerajaan:
- Layanan ok, dekorasi sendiri mau ingat.
- Doktor ok.
- Peralatan ok. Cuma ada partition sahaja, kalau orang sebelah menjerit tentu orang sebelah lagi cuak punya.
- Murah dan senang kira.
- Proses repair gigi cepat, mungkin sebab ramai yang queue. End result agak kurang kemas.

Sudahnya, skarang aku terpaksa makan sambil kepala senget ke kanan.
Risau makanan kacau jiran sebelah sana. Adoi.. seksa!!

*Semua hanyalah pendapat saya hamba yang hina*
*Tidak ada kena mengena dengan mana² doktor gigi seluruh dunia*

Wednesday, April 1, 2009

Orang cakap gosok gigi 5 kali sehari takmo dengar..

5 kali mungkin melampau..
Mungkin akan menghasilkan gigi putih melampau macam Ross dalam salah satu episod Friends..
Malangnya, dengan gosok gigi 2 kali sehari aku masih dapat masalah..
Masalah gigi yang dah lama aku ignore ni semakin tak dapat dielakkan..
Aku selalu sakit kepala hotak..
Belah kiri, di mana gigi tersebut berada.. (aku syak itu la puncanya..)
Lubang yang ada mengalahkan lubang yang terbentuk akibat jatuhan meteor..
Setiap kali makan memang maha tidak selesa..

Tapi kena tangguh?

a) Aku takut klinik gigi kerajaan kerana reputasi buruk mereka satu masa dahulu. (flashback ketakutan yang teramat di zaman sekolah, ngeri!!) Walaupun dapat confirmation ramai pihak, tak sakit, depa ok dan sebagainya aku masih ragu²..

b) Klinik yang aku penah pegi ni ok dan mahal. Tapi dek kerana terlalu mahal, aku lebih sayangkan duit dari gigi sendiri.. (adakah pilihan aku tepat????)

Walaubagaimanapun, aku dan eja dah berjanji untuk sama² berjuang ke medan perang esok. Akan aku gagahkan diri ke KLINIK KERAJAAN untuk menyelesaikan masalah ini!!

*Tengah semangat!! takut malam ni tak bole tido!!*


Gambar: Dah berapa tengkuk manusia dah digigit neh?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...