Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Friday, May 29, 2009

Kalau tak nak jumpa boleh tak?

Jumaat penuh dengan blues..

11.34 pagi, handphone berbunyi. SMS.

"230pm jumpa saya".

Salam tak bagi apa tak bagi.. Huh!!

Kalau kau kena jumpa dengan makhluk tak mesra alam ni, apa perasaan?

Wednesday, May 27, 2009

Kalau suka, tengok la..

Aku baru saja tonton cerita ini.
Cerita lama, tahun 2001.
Untuk rating, aku bagi full sama ini movie.
One of the best.



Sinopsis:

Sam Dawson has the mental capacity of a 7-year-old. He works at a Starbucks and is obsessed with the Beatles. He has a daughter with a homeless woman; she abandons them as soon as they leave the hospital. He names his daughter Lucy Diamond (after the Beatles song), and raises her. But as she reaches age 7 herself, Sam's limitations start to become a problem at school; she's intentionally holding back to avoid looking smarter than him. The authorities take her away, and Sam shames high-priced lawyer Rita Harrison into taking his case pro bono. In the process, he teaches her a great deal about love, and whether it's really all you need.

Ops, lupa..
Tajuknya - I AM SAM.

Tuesday, May 26, 2009

Selamat Hari Lahir Dik..

Muhammad Zharif dan Muhammad Aiman Syahmi..
Selamat Hari Lahir yang ke-24 dan ke-10..
Kaklong takdak hadiah nak bagi..
Mungkin kat Surabaya nanti hangpa boleh pow kaklong lebey sket. ☻
Jaga diri elok2, jangan buat mak ayah pening kepala ok..
Hehehe..

[+]

Monday, May 25, 2009

Jom pekena nasi kandaq! (takde kena mengena)

Seingat aku dulu, Kuala Lumpur semestinya tempat paling menarik dalam Malaysia..
Dengan KLCC, Mid Valley, malah Jalan TAR pon cukup menarik..
Tapi sekarang semua seronok dah hilang rasanya..
Pernah aku cakap dulu, sampai kami taktau lagi nak keluar ke mana..
Isk mungkin sebab dah tua..

Seperti sabtu lalu, seharian dirumah.. Keluar ke pagar pon tidak..
Ahad, rasa ingin keluar..
Sempat singgah di KLCC, tapi hanya untuk ke bank dan beli buku di Kinokuniya..
Sungguh tak ingat, dan tak paham mana pegi bestnya KLCC tu..

Kalau nak tau mana tempat yg aku suka di KL sekarang..

1) Jalan berdekatan Plaza Phoenix, tempat paling banyak oksigen bagi aku! Hahaha..
Maklum la hanya hutan batu yang banyak disini, bukan senang nak dapat udara segar.
Aku naik moto hari², tau la.. Dengan asap pusing² keluar dari moto, belum lagi asap mengalahkan jerebu dari lori atau bas.. Memang pening beb..
Jadi, bila lalu je kawasan tu, hidung akan dikembangkan sebesar-besarnya..
Rasa best lain macam tak tau kenapa! ☻☻

2) Dah berapa lama jugak aku dok cari, kedai bikin tosai paling sedap..
Akhirnya sudah jumpa! Kalau nak cuba, pegi ke Restoran Ali Maju..
Jangan salah faham, aku tak ada kena mengena dengan En. Ali @ En. Maju okey..
Memang roti tosai semua rasanya sama, tapi kuah yang berbeza..
Ada yang cicah sardin, kari, dal, tapi kuah yang tu jugak sedap..
Aku taktau apa namanya, tapi kaler kuning, ada ubi kentang.. Terbaek wok!

Thursday, May 21, 2009

Kau tak rasa iklan ni comel tahap tertinggi?


Aku crop gambar binatang comel ini saja..

Wednesday, May 20, 2009

Masa kita akan tiba juga..

Hari bekerja, bila waktu dah pukul 5 petang, mesti seronok macam apa..
Ibarat budak baru belajar berpuasa dengar azan..
Ataupun menang hadiah power root tempat pertama..
Seronok gila nak balik, boleh tengok Matahari kat tv3, boleh sambung main Sim kat rumah dan sebagainya..

Petang semalam balik kerja, dengan harapan boleh sampai cepat..
Baring depan tv sambil peluk kaka, best gile tu..
Tapi dekat nak sampai tu first time aku nampak real, bukan dalam tv atau suratkhabar, manusia berada betul2 bawah tayar lori..
Kemalangan baru berlaku waktu tu.. Patut la sesak luar biasa..

Aku mula fikir tidak mahu lagi naik moto dan sebagainya..
Tapi, tengah tunggu bas juga boleh dilanggar..
Naik kereta, kapal terbang atau apa saja juga bahaya..
Walau sekuat mana kita lari, masanya pasti akan tiba juga..
Kita semua pasti akan dijemput, hanya kita tidak tahu bila..

Tuesday, May 19, 2009

Tak sabar pegi Surabaya, tapi takut kena H1N1.. Macam mana?

Bekerja sebagai aku, waktu begini biasanya kurang sibuk..
Hanya menanti tengahari untuk ke Cyber petang ni, ada urusan negara dengan SKMM.. Macho gile..

Jadi aku ambik keputusan untuk clearkan sikit space PC yang semakin membiak..
Banyak sangat movie pon tak baik untuk kesihatan.. ☻
Folder yang paling besar saiznya, folder gambar..
Tapi bila tengok balik, gambar aku tak la banyak, gambar orang lain je bersepah ni..

Klik sana, klik sini, nampak folder gambar waktu ke Bukit Tinggi tahun lepas..
Best juga pegi sana.. Especially dengan ayah dan adik aku sorang ni..
Orangnya misteri, tak banyak cakap dan paling banyak mengeluarkan perkataan "TAKPA" dari mulut dia..
Dulu pegi skolah stokin dah berlubang sampai boleh mengeluarkan semua jari kaki pon, orang nak beli baru dia kata "takpa la.."
Rindu pulak dengan dia.. ☻


3 beranak di Indonesia, dalam otak dok pikir duit balance shopping nak tukar balik ke matawang Malaysia bape sen je tinggal agaknya..


Ini gambar tong sampah ya kawan²..


Koboi merenung masa depan..


Meriah gile kan bas ni.. Eh, bas ke lori ni?


Binatang yang paling hebat, mampu berada dalam keadaan statik untuk jangkamasa yang lama..


Cantik gile wa cakap lu...

Tunggu gambar dari Surabaya pulak ek..

Orang tamak selalu untung

Ini bukan peribahasa baru..

Tapi..

Macam ada sesetangah situasi yang boleh pakai..

Bila saham nampak macam menaik, kita mesti tamak dan tunggu lagi naik..
Tapi aku dah jual..
Maknanya aku bukan orang yang tamak.. Dan aku dah rugi la sekarang..
Betul tak?

Monday, May 18, 2009

Bila dahi rasa nak pecah..

Apa akan anda buat jika situasi tersebut berlaku?

Subjeknya adalah aku..
Sungguh, sakit seperti urat² di dahi mahu putus.. (mungkin ditokok tambah sedikit, ☻)
Emosi mula mengganas, keinginan untuk marah objek @ manusia lain makin meningkat..
Perlu minum air sejuk barangkali untuk dinginkan emosi..

Punca tak pasti kenapa, tapi bila fikir balik mungkin sebab..

Datang kerja hari ni kerana terpaksa..
Patutnya cuti, tapi disebabkan satu perkara terpaksa hadir juga..
Bila kedamaian hari isnin yang dicari tak terjadi, mula la jadi macam ni..
Ubat juga tertinggal di rumah.. adus..
Dah la jeles dengan kaka, hari ni dia cuti dan dapat tengok movie dan main game kat umah..
Semalam beli otak2 kempas punya la banyak tapi tak sempat bakar, teringin ni!
Dah tu, semalam demam tiba2.. Tak teruk tapi kalau demam skarang ni kan bahaya..
Sebelum tu jumpa maksu yang baru sampai dari Sudan..
Imaginasi liar aku seperti biasa.. Kalau orang dalam flight dia tu ada penyakit yang glemer skarang tu macam mana?
Kalau tetiba aku kena kuarantin nanti?
Best jugak, tak payah kerja tapi kalau tahap bahaya maacam mana??

Ok, aku kena berenti sekarang sebelum banyak lagi alasan keluar kena aku sakit kepala/dahi yang teramat ni..
Imaginasi ni perlu dikawal juga.. Kalau tidak makin menjadi..

Tapi setidak-tidaknya kurang sikit beban bila terluah disini..
☻☻

Friday, May 15, 2009

Kes ni macam mana kira?


Gambar dapat dari email. Email pulak, adah yang kasi. ☻

Thursday, May 14, 2009

Oversea?? Takde hal la beb!

Nak kata gua ni koman, boleh la jugak..
Baru je buat passport tadi.. Hihi..

Pujian kepada pegawai imigresen, anda memang mesra pelanggan..
Nasib baik kau mesra, kalo tak memang nak kena..
Ada ke patut, bila gua cakap tinggi 150cm dia gelak!
Dia cakap budak kecik pon lagi tinggi.. Sudu betul..
Takpe, mood gua baik ini hari..
Lagipun, gua memang mini, kalo tak orang tak kata gua budak skolah la..

Ok, Surabaya here i come..
Mana lagi destinasi nak ajak, tarak hal punya!!

Monday, May 11, 2009

Aku ada nakalnya juga..

Sudah lama tak menulis rasanya.. rindu..

Seperti selalu, mood/ilham hanya akan datang jika graf perasaan menaik atau menurun.
Kalau biasa² tak akan ada idea..

Hari ini graf macam zig-zag.
Kerja banyak masalah.
Mungkin sebab kerja bulan 5, kene fokus pada bulan April lalu atau 4 yang sangat tak ong..
Mungkin, otak aku punya penjelasan, terima saja.

Lagi satu, hati agak memberontak bila terpaksa melayan orang skema.

Terlalu skema susah ok!
Aku tak dapat bayangkan macam mana zaman skolah kau.
Mesti selalu kena ejek, kan?

Aku jenis yang kadang2 melanggar 'peraturan'.
Tapi kalau dah terkongkong dengan orang yang skema, lurus macam pembaris ni, macam mana nak tahan???? Arggghhhhhh!!!!!!

Sunday, May 3, 2009

Kotak rokok - menginsafkan.

Aku rasa terganggu, tak lalu ok!
Aku yang tak merokok ni pon rasa macam nak berenti!
Takkan hangpa langsung tak effect??

Friday, May 1, 2009

Duit bisa merubah manusia..

Malam ni final One In A Million..
Gua tengok dengan kusyuk dengan family kat kampung..
Sambil bersorak untuk peserta pilihan kami..
Semangat gile neh!

Sebelum ni langsung tak penah tengok, hari ape ditayangkan pon gua tak ambik kisah..
Sebelum ni jugak, gua agak sinikal..
Gua ingat kata-kata gua sendiri..
"Ha? Tomok pegi audition, confirm tak dapat punya.."

Lepas tu, gua dengar Tomok dapat imuniti.. Uih, dasat gile..
Jadi untuk menyaksikan dengan mata sendiri, gua tengok kat youtobe persembahan dia..
Pergh.. bole tahan.. Tak sengau langsung ar!
Jadi gua mula rasa bersalah sebab kutuk2 dia.. hihi..

Dan malam ni, kalau nak tahu sapa peserta pilihan kami, sudah tentu En. Tomok/Shah Indrawan..
Gua berniat dalam hati, kalau dia nyanyi sedap gua nak undi..
Memang sedap beb.. Yang lain hampeh je gua tengok..

Yang buat hati gua tersentuh dan semangat nak undi tu, masa dia cerita sikit2 kisah dia dulu..
Penah masa show kena baling botol semua.. Kalau diingatkan mmg gua la paling anti budak2 Newboyz tu dulu..
Dia cite sambil sebak beb.. Gua pon sebak skali la..

Gua undi dengan penuh dedikasi, tanpa memikirkan bil gua bulan depan..
Bukan sebab sebak tadi tu, tp gua nampak dia memang layak kalau nak banding dengan yang lain tu..
Siap dapat sokongan dari mak gua lagi..
" P ambik telepon mak cepat!!!"

Jadi, tahniah Tomok..
Lu dah dapat satu juta ni, bayar bil telefon gua bulan depan key..
Guna la duit tu untuk tujuan yang suci murni..
Tolong jangan sesekali menyanyi sengau lagi!

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...