Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, October 27, 2009

hujung tahun mmg waktu mengawan kot.. hehe




Berikut adalah semua jemputan perkahwinan yang kitorang dapat.
Semua kawan2 rapat, seboleh mungkin kena pegi. (lagipon kenduri kitorang semua datang ☺)

Dilema yang dihadapi:

1) kalau hari ni kenduri kat keramat, esok pula di kangar dan kuantan. macam mana? adakah gua masih boleh naik flight? atau inilah peluang keemasan utk gua dapat tiket penerbangan seumur hidup dengan syarikat berkenaan?

2) di kala perut sudah mencapai tahap 8 bulan, baju kurung sure dah tak muat. nampaknya gua kena borong banyak lagi baju maternity yang vouge. kenduri beb, kena la lawa2.

3) jika 6 minggu berturut-turut gua pekena nasi minyak, berapa kilo berat kah akan naik? tak pasal2 kena darah tinggi ke, kencing manis ke.. gua takmo beranak tak cukup bulan!!

Apa2 pon.. selamat pengantin baru kawan2.. Tahun depan mari sama2 kita kendong anak.. ☺☺

Monday, October 26, 2009

100 hari = 14 minggu 2 hari



100 hari je tinggal? Alamak!!

Friday, October 23, 2009

bola itu bulat

gua tak minat bola..

tapi kadang2 tengok jugak, walaupun pandangan memang tembus keluar skrin tv tu..
kalau kaka jerit gol atau frust pasukan lawan yang gol..
time tu je gua concentrate.. ooo... dah gol ek.. hhehehe

kalau kat berita announce result perlawanan, kaka paling hangin kalau diorang kata M.U menang tipis..
kalau 1-0 tu menang tipis ek..
kalau 3-2 tak tipis pulak kata dia..

gua rasa, menang is menang la..
tipis ke, nipis, tebal ke.. memang dah menang pon.. ye tak??

Wednesday, October 21, 2009

pengalaman pertama, mmg segala benda rasa nak share dengan dunia

di ambang alam ibu ni, at least ada sorang best friend lama yang boleh berkongsi cerita..
tapi antara kitorang, dia yang akan beranak dulu..
nasib baik dia dulu.. hehehe..
sama macam zaman skolah la, masa nak cucuk BCG tu tengah beratur pon boleh main tolak2..
hang la dulu, hang la dulu..

aku masih rilek ayam, barang baby ape pon tak beli..
rasa macam lama lagi, tp bila pikir balik pejam celik dah nak masuk tahun baru..
EL dah pilih hospital mana nak pergi, siap bayar deposit..
aku hospital pon tak sure lagi..

dalam SMS, aku pesan dia belajar push dari sekarang..
tapi katanya taknak pikir, sebab terbawa-bawa dalam mimpi..
siap nak pegi berak pon konfius, sakit perut ke sakit nak beranak..
takut lain teran lain yang keluar.. hehehe..
aku pon takot wehh..

hari tu baru tengok video dalam fb, pasal perkembangan bayi dalam perut..
katanya lebih kurang aku skarang, baby dah boleh mendengar dari luar..
jadi aku pon letak headphone kat perut, pasang ayat2 suci..
malu orang kata aku tak betul, siap tutup perut dengan bantal..
tapi mmg rasa tindak balas la.. dia dengar rasanya ni..
kaka kata, tak boleh dengar sangat dah lagu Faizal Tahir.. hehehehe

Anak kawan aku tu boy, sama la.. boleh lawan gusti nanti..
EL, kalo hang dah masuk hospital bagitau aku..
Kalo free nak pi melawat..
Tapi tak best, anak kita tak sama tahun..
Kalo tak boleh skolah sama-sama.. hehehe

Monday, October 19, 2009

rezeki masing2..

semalam berita kat tv gua tak tengok sangat..
ada cerita pasal student cemerlang ke ape tah..
tapi yang gua paling ingat bila orang tanya pasal tips kejayaan..
semua standard je..

"saya belajar secara konsisten"
"saya selalu berjumpa dengan pensyarah"
"saya sentiasa kekalkan hubungan baik dengan pensyarah"

boring la..
betul ke weh?
cuba la bagi jawapan yang cool sikit..

"saya tak belajar sangat pon, sebab saya memang pandai"

amacam? agak2 tv siarkan tak?

sekarang gua dah balik ke rumahku syurgaku..

tak kenal maka tak cinta..
mmg betul pon, tapi jangan tiba-tiba nak kenal suami gua pulak..
dengan dia orang lain tak boleh cinta.. hahaha..

bukan apa, sekarang gua mmg dah officially keluar dari rumah sewa..
dengan hanya 3 minggu gua dapat menambah koleksi kawan..
yang langsung tak kenal sebelum ni, dapat jadi agak rapat juga..
diorang mmg cool gua rasa, walaupun pada hari pertama gua malu kucing gila punya..
sampai hari last tu sedih pulak rasanya..

jadi, kena kenal dulu baru boleh tau orang tu macam mana..
meleset sama sekali pendapat gua masa mula2..
sebabnya, dalam telefon cakap sama mimi dengar macam jenis orang tak friendly..
sepatah gua tanya sepatah dia jawab..
last2 kitorang nak bayar duit sewa pon dia tak mau..
tapi kami sebagai manusia yg mengenang budi, bayar juga la..

ok, habis cerita pasal tu..
gua tak perlu lagi menapak ke pejabat.. maka terhenti la exercise hari2..
kena pikir cara lain utk bersenam ringan.. kasi baby senang keluar..

nota kaki: dengar radio pagi tadi, katanya ada seorang nenek pecah rekod berdengkur paling kuat. bunyi macam pesawat. rumah dia mesti bergegar ek.. ☺

Thursday, October 15, 2009

masa gua kecik dulu takde pon..



comel gile.. nanti ummi beli okay.. hihihi...

pegi open house takkan nak minum air je..

semalam gua pegi check-up..
baby semua ok.. tekanan darah ok.. tapi..
berat gua TAK OK!!!
doktor kata berat naik banyak sangat.. bahaya ni..
huwaaaaa!!!

bulan puasa hari tu berat turun, gua dah risau baby tak cukup zat..
tup2 lepas raya naik sampai 4.5 kg!!
kenaikan berat yang selamat hanya 2 kg aje..

so nak salahkan lemang dan open house ke ape?
hari ni ada makan2 kat ofis, esok kat menara..
takkan gua nak tgk je.. lapaq tau tak?
ada jugak cakap sbb obimin yg gua makan..
ada kena mengena ke?

Wednesday, October 14, 2009

Ish, tak serabai aihh..

gua kawin dengan orang kl..
kalau bawak balik kedah, mmg banyak perkataan yang buat dia gelak..
tapi gua mmg tabik, kaka mmg pandai speaking utara..
walaupun kadang2 terlebih ulu.. hahaha..

hari ni satu lagi benda lawak dia jumpa..



korang penah makan kuih serabai ni?
gua tak la minat sangat.. tapi wujud ok..
kata kaka, takdak nama elok sikit nak letak? hahaha
wallahualam.. asal usul dia mai dari mana gua tak tau la pulak..

nota kaki: silakan cuba, gerenti tak serabai punya!

Monday, October 12, 2009

nama indah untuk dia..

gua sekarang tengah berangan, pikir nak letak nama apa pada the unborn..
sbb kemungkinan besar kena beli baju biru, jadi namanya mesti mula dengan Muhammad..
tapi taknak nama yg bombastik sangat..
3 suku kata pon takmau sbb nama abahnya dah panjang..
esok penat nak isi borang okay..
kalau boleh mau nama yang tak boleh dipendekkan.. hehe..
bukan apa.. ramai kawan2.. nama punya la sedap, tapi panggilnya tah apa2..
sampai tak bunyi langsung nama asal pon mmg banyak..
penat mak ngan ayah dia pilih nama dulu..

jadi.. bila nak beli buku nama utk baby neh??!!

Mari ramai2.. penuhkan panggung..



Tengok la kawan2.. semalam kitorang dah layan..
Memang gua gelak sampai nangis campur nangis lagi..
Betul2 buat kitorang berfikir tentang pengorbanan ibu-bapa..
Macam mana nak jadi ibu dan bapa lepas ni..

Nota kaki: seriyes gua teringin nak makan papadom tu.. nak!!!

Sunday, October 11, 2009

Rumahku memang syurgaku!

Ahad, santai di rumah..
Masak makan tengahari..
Basuh, sidai dan lipat kain yang menimbun..
Kemas2 apa yang patut..
Golek2 atas tilam depan tv dengan kaka seharian..

Fuh!!!! Memang heaven!

Nota kaki: taknak balik umah sewa dah!!!

Thursday, October 8, 2009

Ting! mentol atas kepala..

sindrom terlebih tido ni mmg mempunyai effect yang susah digambarkan..
dulu gua penggemar bantal terkemuka..
tapi skarang teringat bantal pon dah bikin gua menyumpah!

kalau dah tau tido terlebih, yg pegi tido awal tu kenapa..
ha..
tu soalan yang pandai..

rumah gua duduk skarang ni selalu takde orang..
gua malas nak soal siasat diorang pegi mana atau tiba2 cakap nak ikut..
nanti diorang ingat gua ni buang tebiat..

dok sorang2, apa nak buat..
channel tv walaupun ada yang berbayar tu, bukan best sangat..
nak baca majalah, dah bape hari belek yang sama.. letih..
laptop takde.. nak main game handset dah muak..
abeh, tido la apa lagi..

tiba2 hari ni dapat idea..
kalau bagitau kaka mungkin dia kurang setuju..
gua mmg biasa hangat2 taik ayam ni..

kepada kekanda yang dirindui,
weekend ni teman saya pegi kedai, beli set cross stitch baru ek..
dulu mmg penah buat tp separuh jalan, simpan kat mana pon dah tak ingat..
tolong la.. saya janji, sebaik kekanda habis outstation nanti cross stitch tu mesti siap!
pleeeaaaasssseeeeeeeeeeeeeeee....

Wednesday, October 7, 2009

kisah malim bosan..

kisah 1.

hidup gua skarang mmg tak happening..
menumpang rumah orang (tapi bayar sewa okay..)
lampu bilik air sejak aku masuk hari tu terbakar..
asyik meraba-raba je kalau malam nak membuang..

nasib baik housemate semua okay walaupun baru berkenalan..

balik umah, jam baru pukul 8 gua dah terbongek..
tiba2 jadi mengantok walaupun teramatlah awal..
hasilnya.. gua terlebih tidur setiap hari..

kisah 2.

kaka ada di Penang..
jauh pon gua tak risau.. tapi tetiba rasa hangin pulak hari ni..
sila baca:

tapi at least mmg laki gua normal.. ☺
hehehe..
kisah 3.
hari2 gua datang kerja jalan kaki..
exercise.. bagus jugak untuk beranak nanti ye tak?
tapi yang menghanginkan gua selalu..
kebanyakan umat2 syarikat tempat gua keje ni mmg buta undang2!
kalau nampak garisan tmpt melintas, ala.. zebra crossing tu..
lagi dia tekan minyak!
naik minyak la gua jadinya..
kebanyakan pompuan lak tu.. alahai.. makcik oi.. lesen beli ke..
nasib baik ada pak guard sebagai penyelamat..
dia prittt skali.. tak berenti jugak taktau la nak cakap apa..

dulu countdown nak periksa je, skarang..



pergh, 119 days to go.. ngeri lak rasanya..
tak lama lagi tinggal 100..
tak lama lagi tinggal.. huwaaa.. takott!!

Thursday, October 1, 2009

hasil pelanggaran



remuk kereta, remuk lagi hati ini.. Oh!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...