Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sunday, May 30, 2010

Contest "Tidur Paling Comel"



Nak join jugak la contest ni..
Gambar budak bucuk ni tido memang banyak.. hihi..

Nama: Muhammad Irfan bin Muhamad Khairul Amir
Tarikh Lahir: 4 February 2010
Warna kesukaan: Disebabkan Irfan tak boleh cakap, ummi dia decide dia suka kaler biru.. ehehe..

Saturday, May 29, 2010

pilih gambar kesukaan anda..

jenuh bertekak dengan kaka, gambar 1 ke gambar 2 lagi comel..





nota kaki: tengah tengok drama tv3 pasal anak kena culik.. uihh seramm!!

nota kaki 2: macam mana agaknya keadaan baby auf.. semoga cepat sihat..

ummi, tengok saya!!

ummi, saya dah pandai meniarap la!





ok, penat.. rehat jap ek..

Thursday, May 20, 2010

komen, no komen..

ada banyak komen gua dapat selepas dapat title baru ni..

1) pakcik jaga parking tanya kaka, aku ni adik ke anak..

2) kakak pejabat cakap aku nampak cam budak2, tak macam mak orang..

3) aku nampak pucat lepas bersalin..

4) cakap telefon dulu garang, sekarang baik..

hahaha..

part maintain muda tu gua suka, padahal 3 kali langkah tahun dah masuk angka 3..

pucat biasa la, pakai bedak ngan lipstik pon jarang2.. malas..

skarang baik ek? ek? ☺☺

Wednesday, May 19, 2010

bos, kasi saya mengular 3 kali sehari ek..

manusia memang tak pernah puas hati kan?
bagi kes aku ni, taktau la tergolong dalam golongan itu atau tak..

dah 3 bulan setengah, performance masih baik..
setiap hari cukup untuk dia..
cuma, penah satu hari cakap sama kakak pejabat, katanya dulu kalau pam boleh dapat 2 botol satu sesi..
maka dengan sendirinya terus banding sama diri sendiri..

cukup, memang cukup untuk irfan..
tapi tak pernah dapat sebanyak tu..
kalau pam 3 kali di pejabat, paling banyak dapat 5oz utk 1 sesi..
itu pun tak selalu..
bukan mengeluh atau tak bersyukur ye dengan rezeki Allah kasi..
sangat bersyukur!!

cuma, rasa macam nak ikhtiar..
kalau dapat lebih, alhamdulillah.. boleh simpan kasi penuh peti ais umah opah..
hehehe..

hari tu ada beli milkmaid tea.. trial pack je, dan ada cuma 4 uncang..
hari ni hari ke 3 minum, tapi macam tak rasa perubahan..
maybe belum lagi kot..



dan kalau memang tak sesuai, rasa macam nak try pil ASI pulak..
tapi ia kok jamu.. 5 biji 3 kali sehari..
macam tak yakin je boleh telan.. hehehe..



kalau semua tak berhasil, takpe.. yang penting takmo give up!
dengar kaka cerita, wife kawan kitorang mula2 bf..
tapi skarang dah kasi susu formula..
katanya susu kurang.. sebab takmo jadi macam tu la aku keep think positive dan mahu usaha terus..

aku tak mau special moment tu berakhir..
orang lain mana boleh ganti tempat aku skarang.. tu yang rasa special sgt!
kalau irfan mengamuk lapar, bagi susu sambil peluk dia sangat puas hati..
lepas tu terlena atas riba, dengan muka kiut tahap gaban..

priceless wa cakap lu!

mari balik kampung lagi..

cuaca kalau panas, memang panas sangat sekarang ni..
cuma kl macam kurang sikit, maybe sebab kalau kat office ada aircond..
tak terasa la sangat..

minggu mother's day yang lalu, kitorang balik kampung..
maklum la, mak nak buat operation jadi anak dan cucu mesti bagi semangat..

dia punya panas memang tahap gaban..
rumah mana ada aircond..
muka irfan memang sentiasa merah macam udang kena panggang la kalau siang..
malam pon tido berpeluh-peluh kepala..
sampai maktok cakap, balik lagi sekali dia pasang aircond.. yay!!

hai.. ni baru panas dunia..

jadi untuk mencari sejuk, kitorang bawak irfan ke taman tema - Karnival
tak la secanggih Sunway Lagoon, boleh la nak berendam..
tapi kalau nak tau, air pon suam ok..
kalau tau suam baik pegi Ulu Legong.. ☺☺



Sori lalink, i upload gambar u.. ☺



ini dia, lepas penat mandi tido tak bergerak..
macam kat spa kan? hehe..

Wednesday, May 12, 2010

GLEE

gua baru tau cite ni best..
baru abeh tengok sampai episode 13..

kesimpulannya, watak gua paling suka selain dari cikgu dia yang cool ialah yang dalam bulatan. hehe..

Tuesday, May 11, 2010

baby tak nangis time cucuk..

saja nak kongsi, kot2 ada yang taktau..
sebab gua pon baru je tau.. ☺

kitorang tiap kali nak bawak irfan cucuk, mmg nervous je..
padahal yang nak kena cucuk tu orang lain.. hehe..
bukan apa, sebab pertama kesian, sebab kedua kesian, sebab ketiga pon kesian..
part nangis tu yang tak tahan beb.. rasa cam nak nangis skali!

masa cucuk 3 bulan ari tu, kat kampung..
klinik azhar, tapi doktornya perempuan..
dia suggest, masa nak cucuk tu sumbat mulut dia..
bukan sumbat pakai kain macam orang kena kidnap tu..
sumbat nenen la senang cakap.. hehehe..

so, gua pon selak baju, breastfeed sama dia..
doktor pon cucuk.. result dia --> sedikit air mata pon tak keluar, ek pon tak, ok pon tak..
cool je dia macam takde ape².. yeehoo!!

cuma, kali ni paha ada sikit bengkak bekas cucuk tu..
bulan lepas² takde pon.. memang camtu ke?

Tuesday, May 4, 2010

nak biar ke tak?

mula² satu jari je..



lama² satu penumbuk..



oh anakku!! ☺☺

Monday, May 3, 2010

pimp my ride!

umur dah nak masuk 3 bulan baru nak beli..
sebelum ni? dukung la beb, sampai sakit pinggang gua..



tapi buat masa ni dia macam tak suka lepak dalam tu la..
boleh tahan time tido je, bila dah jaga kejap je mao diam..



dukung jugak akhirnya.. hehe..
takpe, kasi can kamu meng-adaptasi kenderaan baru ye..

Saturday, May 1, 2010

mak!!

nangis siot baca entri ni..

habis keluar air mata, air hidung..

rindu mak!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...