Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, November 30, 2010

training day 2

sesungguhnya kurus, eh kursus adalah seperti percutian ditaja. seronot!

*berdoa dapat balik awal macam semalam, senang dapat cab dan train lengang* ☺

Monday, November 29, 2010

training day 1

bersiaran dari tempat training.
training yang pakai pc mmg mak suka. u yeh! ♥♥

kerisauan mencari fridge utk simpan harta karun sudah tiada. hehe.
kafe kan ada.. jadi disebalik air kotak tu ada la ice pack gua. ahak!

yang lebih seronot, instructor cakap balik awal.
tapi hujan dah rintik², dan gua perlu cargas ke lrt untuk balik.
aduh. tak best disitu.

eh, nak mula training dah. bye!

Friday, November 26, 2010

kenduri, cuti, kenduri, cuti..

december dah makin hampir.
bulan 12 bermakna kenduri kenduri kenduri.
dan bila tengok planner tahun depan = cuti cuti cuti.

december, cuti lama balik kampung lagi.
januari, kenduri. ke sabah kami. tiket dah beli.
februari, ada cuti jugak, ke kampung lagi kah? belum tentu.
mac, special celebration. ke perhentian pulak. tiket dah beli.

bukan main berjalan nampaknya si irfan nanti.. ;)

Thursday, November 25, 2010

kesihatan = 100%. yahoo!

hari ni, dah 2 minggu sejak irfan kena warded.
so lepas kerja, mintak PIL bawak irfan ke DEMC utk appointment dengan dr. roliza.
ummi dengan walid, macam biasa rempit dalam hujan. jumpa kat sana.

doktor check, irfan OK.
selsema dengan batuk dah kurang. nasib la baik sendiri. tak payah bagi ubat pon.
cuma doktor ada kasi ubat batuk, selsema spare.
yang paling best ubat ni:



untuk cleanse hidung baby kalau tersumbat.
yay! boleh simpan, kalau emergency irfan mengamuk macam hari tu. maklum la hidung sumbat. nak tido pon tak boleh.

erm, tak lama lagi budak bucuk tu dah nak masuk 10 bulan.

skarang dah pandai tunjuk perasaan kalau apa dia nak tak dapat. adoi!
masih macam magnet kalo dengan ummi. walid dia ambik pon kadang nangis. apa la irfan ni..
makan dah berselera balik. best!
masa sakit hari tu berat 8.6kg, tadi timbang dah 8.9kg.
ummi pon nampaknya kena melantak banyak lagi sebab takut melelong dukung dia.

masa tengah tunggu jumpa doktor tadi borak dengan sorang mommy ni.
anak dia girl, nama damia.
nampak sama besar dengan irfan, tapi rupanya dah dekat setahun.
bila tanya berat, baru 7.2kg.
terasa berat gila anak gua.
tapi sebab girl kot, mesti la lebih slim.

takpe irfan, sila membesar bagai johan ok.
takmo sakit2 lagi.. :)

Tuesday, November 23, 2010

wallpaper baru..



hehe.. balik dari kampung sempat singgah the famous kedai pau yik mun..

irfan buat muka kiut ni sbb ada orang suap benda masam bukan makan pau.. hehe..

semalam tiba2 irfan batuk2 dan selsema, oh tidak!!
takkan sebab tu kot?
nak legakan selsema punya pasal, muka irfan kuning semalam sebab ummi tenyeh kunyit kat hidung.. ☺☺

Tuesday, November 16, 2010

ilsya hijab



tudung yang di-order dah sampai..
bukak bungkusan, terus tukar dan-dan tu jugak.. hehe.. (jenis tak sabaq ni)
lagi satu jakun sebab mana penah pakai tudung belit lilit bagai ni..
1st time try nyah!

kain sangat sejuk, sedap dan terletak..
boleh adjust ikut labuh mana suka..

takut balik ni cik abang dengan irfan tak kenal je.. hehe..

kalau sesapa teringin boleh usya² kat sini ye..

malam ni cek nak balik kampung..
salam aidiladha semua..

nota kaki: gambaq nampak double chin. muka bulat gila. takpe ni fesyen raya haji. ♥♥

Friday, November 12, 2010

Wednesday, November 10, 2010

sakit, cepat pergi!!

esok insyaallah boleh balik..
harap2 malam ni demam tak naik lagi..



masa ni kat kecemasan.. nampak sangat muka tak larat..
seksa betul nak cucuk, ummi nampak doktor geleng2 kepala cari urat tak jumpa.. aduh!!



2nd day..



3rd day.. seronok main dalam reading room..



boleh main sebelah tangan je.. cian baby..

Tuesday, November 9, 2010

ubat oh ubat..

dah berapa hari ek dok wad ni?
rasa macam dah lama..
erm.. baru 2 malam..

dalam masa 2 hari ni dah experience macam2..

dah 2 kali irfan kena mandi air sejuk sebab suhu 40.4..
sekali dekat Pantai Ayer Keroh, sekali kat DEMC ni..
sebab kuman dalam usus tu belum mati, maka demam masih on off..
kadang ok, tiba2 panas bukan main..
masa tengah bagi mandi tu, tahan je la dia nangis meraung melalak kau memang da bomb!
sambil tangan menggapai ummi mohon simpati.. ohh! menggugat kemachoan gua untuk tidak melalak sama2..

tu belum masuk part bagi ubat..
ubat demam ok kalau masuk bontot..
nak masuk ikut mulut memang sangat mencabar ok..
dalam 5 kali bagi, 4 kali muntah. camana nak baik?
belum masuk ubat cirit, ubat tahan muntah lagi..
nasib baik antibiotik bagi ikut drip..
oh anakku.. rasa macam mendera je bila terpaksa pegang kuat2 pastu picit mulut nak sumbat ubat..
tapi demi kesihatan sila tahan emosi ye ummi..

tak masuk lagi part bontot super merah dan melecet..
pastu nangis2 bila kena air.. waduh waduh..

tapi sekarang dia dah makin sihat..
insyaallah esok boleh balik kalau semua ok..
skarang jenuh nak jaga pulak sebab bila dah sihat, mula la nak merangkak sana sini..
katil dah la tinggi irfan oi.. tangan kena balut macam robocop lagi..

irfan, a brave boy he is.. :)

Monday, November 8, 2010

cepat sembuh anakku..



bersiaran dari DEMC..

mungkin kena tahan 2-3 hari..

si kecik tengah tido, cuma yang paling risau wayar drip tu.. (tido lasak la katakan..)

irfan, jangan tarik wayar tu tau.. kalau tarik tangan lagi sebelah pon kena bungkus..
kang tak boleh main belon.. :(

ya, irfan kena jangkitan kuman pada usus..
sebab tu berak berdarah..
doktor kata mungkin sebab botol kurang bersih.. :(

nota kaki: nurse baru bagi irfan makan ubat (ummi dgn walid cepat kesian, susah nak bagi makan sendiri). irfan dah bagi nurse tu hadiah. muntah. hehe..

Thursday, November 4, 2010

Tuesday, November 2, 2010

sakit dahi apa ubatnya..

irfan suka kerut dahi (mula cerita mesti cerita anak.. hehe)

perangai tu sangat perangai gua..

can't help it. jadi sendiri..
bila tersedar cepat2 relakskan dahi balik..

tapi tak ingat sejak bila (rasa dah lama)
area dahi gua sangat berat. sakit. tak selesa.
rasa macam ada pemberat.

skarang jugak google dengan kata kunci --> sakit dahi.
tapi internet slow sangat, aduh!

cuba nak relaks, dengar lagu maher zain pon tak jalan..
cuba pulak lagu beyonce (favourite tu!) tak jalan jugak..
skarang cuba lagu chris daughtry pulak, taktau camana..

mungkin stress kot.
sebabnya, setiap kali habis kerja, mesti sakit hilang!
apatah lagi bila balik rumah, nampak senyuman budak bucuk paling wangi tu! hehe..

kesimpulannya, work from home kah? ♥♥☺☺

Monday, November 1, 2010

seronok berjalan, sakit pun hilang..





sabtu - hari mengukur ikea. hehe..

irfan ok la ummi..

tinggal lagi separuh hari di pejabat..
hati memang tinggal kat umah hari ni.. rindu, risau kat kamu!

24 jam lepas jatuh, irfan nampak ok.. cuma..
kurang gigit barang (sbb bibir sakit kot) dan super duper manja!
pantang nampak ummi ke belakang mula nak nangis..
duduk main elok² pon tiba² panjat ummi sambil merengek..
kat walid takmo pulak tu..

tapi dia dah memang recover dah..
sabtu siap ukur sogo dgn ikea..
ahad ronda² taman permainan..

irfan kuat la! ♥♥

nota kaki: bibir sakit, tak boleh gigit barang tapi time nenen gigit ummi.. adoii!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...