Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, April 27, 2011

Tuesday, April 26, 2011

berbaloi subscribe astro mustika



terima kasih maharaja lawak.

disebabkan anda, aku bisa mengemas, memasak, dan lain-lain..

terpegun itu budak.. ☺☺

Monday, April 25, 2011

bersara sementara

hari ini, tanggal 25 April 2011 beg susu officially ditinggalkan di rumah.

gua bersara dari menjadi penghuni tetap bilik stor dan surau.

perasaan: biasa sahaja. lega kerana walaupun aktiviti dihentikan, anak di rumah tak kelaparan. ehehehe.

bertemu lagi kita di tahun hadapan. terima kasih beg susu, botol, ice pack, medela yang banyak berjasa. ☺☺

lymph nodes

dah lebih 2 minggu perasan ada biji kat belakang kepala irfan.
kanan ada 3, kiri ada 1. campur ada merah2 gatal..
tapi lama tangguh nak ke klinik, sebab dia nampak ok. sihat sepenuhnya.
kalau tekan biji tu pon dia rileks aje.. cuma sesekali dia garu..

jumaat lepas baru bawak ke klinik..
tapi sebab bukan pakar, doktor tak sure apa sebab jadi dapat surat untuk jumpa pakar DEMC.

sabtu, dapat jumpa Dr. Ahmad. Doktor Pakistan yang pandai cakap melayu. ☺

keputusan:

Alhamdulillah, takde apa yang serius.
based on apa yang aku faham, kat badan kita ni banyak lymph nodes.
cuma kalau ada infection, dia akan bengkak.
sebab saiz bengkak irfan kecik, <1cm jadi tak perlu risau.
yang bahaya kalau >2.5cm pelu buat ujian darah, ujian macam2 dan minor operation.
boleh ada kaitan dengan cancer jugak..

lega! kami bawak balik krim gatal je, dan ada follow up lagi 2 minggu.

Friday, April 22, 2011

salam jumaat..

apa cerita?
dah bersawang blog ni.. apa la yang busy sangat.. ☻☻

hari ni baru boleh menaip dengan tenang. semua kerja dah submit.
harapnya minggu depan relaks sikit.

macam mana cerita baby?

baby irfan, seperti biasa sentiasa menggembirakan hati ummi..
cabaran memulakan FM, mudah..
sekali try terus mau.. memang sayang dia lah!
kami cuba bagi Dumex, sebab ada anak member minum..
jadi kalau irfan reject tak la membazir susu tu..
tapi alhamdulillah, MIL kata takde masalah. minum dengan jayanya. yay!!

susu ummi? memang terlalu sikit.
walaupun dah malas nak pam tapi masih gagahkan diri pam sekali di pejabat.
waktu malam masih biarkan irfan melekat sebab nampak gaya bukan nak susu sangat pon.
ubat tidur dengan ubat manja dia aje..

cerita adik irfan pulak, rasa macam tak sabar nak tunggu gerakan.
sebabnya, baru rasa presence kalau macam tu kan..
sekarang baby bump pon belum ada, jadi rasa macam biasa aje.
cuma masalah lapar tak larat nak layan.
semalam pukul 1 pagi ketung ketang kat dapur nak masak bekal ke pejabat..
dan rasanya lepas ni kena selalu buat.. biar nampak nasi selalu depan mata baru boleh settle masalah lapar. hehehe.. kronik sungguh!
esok nak masak mee kari. yum!!
entah kenapa, tekak rasa nak makan masakan sendiri. kalau dulu masak tak larat campur malas! hehehe

dah dekat pukul 5, jom balik!
petang ni nak bawak irfan ke klinik sebab macam ada biji kat belakang kepala.
harap2 takde apa2..

Wednesday, April 13, 2011

perkataan pertama

bahasa yang keluar dari mulut irfan rasanya macam bunyi german sikit. haha
kalau tengok bola, orang cakap gol dia kata pang!
setiap kali tengok bola cakap pang, maknanya orang german cakap macam tu la kot. ☺☺

sebut mama, papa tu biasa. rasanya semua baby boleh sebut sebab senang.
ummi dengan walid susah nak pronounce kan. jadi tak pernah dengar bunyi yang hampir sama dari mulut dia.

cuma satu je setakat ni irfan sebut paling jelas.
Allah. atau lebih tepat awah..
kadang2 macam sebut Allahuakbar (dengan pelat dia la..)
memang sejuk hati dengar tau.
dia akan sebut setiap kali dengar azan/mengaji atau nampak sejadah.
kalau nampak sejadah mula la nak sujud. ikut suka je sujud. tapi sangat mengembang mekarkan hati seorang ibu.

seronok beb! ☺☺

Monday, April 4, 2011

4/4/2011 - 14 Months



wah, nampak dah besar irfan..

cuma sedikit sedih sebab mungkin tak teruskan bf sampai 2 tahun.

kalau google, banyak blog/forum cerita pasal tandem nursing.
apa2 pun kena tanya doktor dulu boleh tak teruskan.
setakat ni masih, cuma makin seksa sbb tut semakin sensitif.
gigi pulak nak tumbuh lagi 2. kena gigit memang nangis la!!

hari tu pegi klinik doktor bagi sample susu. anmum essential.
tak penah bagi lagi, tapi kalau la irfan suka yang ni. jenuh! punya la mahal harga dia..
sekarang ada jugak try bagi susu dutch lady macam aneen cakap.

cerita pasal perkembangan, irfan mula pandai jalan waktu 13 bulan.
sekarang dah pro jugak, tapi tak reti jalan kalau pakai kasut. kenapa tah.
kitorang plan nak belikan basikal sebab nampak minat sangat.
pantang nampak mainan masuk duit tu okeh.
kalau kat mall terpaksa jauhkan diri dari tempat tu kalau takde syiling.
minat sangat tengok raja lawak. siap gelak macam paham.
minat sangat jugak lagu ana raffali jangan pegang² tu.
minat tengok bola dan iklan.
pantang nampak vroom vroom. suka sangat naik moto.
pantang nampak air. rajin mandi tak macam ummi. hahaha.
banyak lagi la, tapi penat nak taip.

dah besar anak ummi.
tak sabar la nak balik cium dia la!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...