Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Friday, December 23, 2011

innalillah..

jumaat, penghulu segala hari.
aku dan irsyad berdua di rumah, irfan di rumah opah, suami di pejabat.
semua berjalan seperti biasa.

bersalah. sedih.

sepatutnya, kami pulang ke kampung.
tok wan menghembus nafasnya yang terakhir awal pagi tadi.
aku hanya dapat berita jam 8 pagi.
tok wan akan dikebumikan jam 11 pagi.

walaupun mak cakap tak perlu balik sebab pantang belum habis, rasa bersalah tetap ada.
tak dapat nak tengok wajah tok wan utk kali terakhir..
dia juga tak sempat tengok cicit kedua, muhammad irsyad..

semoga rohnya dicucuri rahmat..

Wednesday, December 14, 2011

Monday, December 12, 2011

2, bukan 12..

beberapa hari lepas, tonton cerita Cheaper by the Dozen kat Astro..
sungguh meriah kalau anak ada 12.. fuh!
lebih kurang family hubby la, 11 orang..
soalan aku kat cik abang, mampu tak jaga irfan dengan irsyad sorang2 kalau ada takde..
jawapan dia, boleh. hantar klang la..

tu la dia orang lelaki kan.. hehe.. sama macam Steve Martin dalam cerita tu..
bila isteri takde, tunggang terbalik semua..

cabaran nak jaga 2 orang ni, hari2 tak sama..
ada hari senang, ada hari tension sampai menangis..
contohnya hari ni:

- alhamdulillah, berjaya breakfast walaupun sempat goreng nugget aje. makan berdua dengan irfan sambil layan Redah Kasi Pecah. ada harinya bila ada yg mengamuk nak masak apa pon tak sempat..

- aku dan irfan berjaya mandi di kala adik nyenyak tido. tipsnya, tarik buai letak depan pintu bilik air. apa2 senang.. hehe..

- time nak mandikan adik, nasib baik ada maharaja lawak kat tv. irfan leka tengok tv, aku boleh la jerang air, siapkan adik pulak kasi wangi..

- bila 2-2 mengantuk, macam mana? aku kena nenenkan abang, sambil tangan enjut buai adik. nak du du du pon suara kena kuatkan sikit, takut adik dalam buai tak dengar. :)

- sudahnya, pukul 3 baru masak nasik. lauk? ayam kicap je la.. petang sikit, baru masak betul2 cik abang balik kerja nak makan..

malam senang sikit sebab hubby ada. takpe la rumah bersepah sikit, baju banyak tak lipat, tak iron.. hehehe.. macam mana kalau anak ada 12 ek?

Tuesday, December 6, 2011

day 25

sejak jumaat lepas, aku ada 2 orang pembantu.
import mai dari sungai petani tu.. maklum la cuti sekolah..
alhamdulillah, dapat jugak diorang main2 dengan irfan, bawak mandi pool..
dah banyak hari tak hantar ke umah opah..
so malam ni alang2 walid nak pegi tukar minyak hitam kete, tinggal la irfan sekejap kat sana..
tapi bila cik abang call, cakap dia nangis2 dalam kereta panggil ummi, sampai opah pegang pon nangis, sayunya hati..

kalau dikira, lagi 19 hari aku merdeka.
setakat hari ni, rasanya perhatian aku lebih kat irfan kot daripada irsyad..
tak tepat la kalau orang kata bila dah ada adik, abang tak boleh bermanja..
alhamdulillah, irsyad pon tak banyak kerenah..
cuma kalau keluar suara power dia tu, panik jugak dibuatnya..

overall, berpantang memang ala2 rock..
semua buat sendiri, so takde masa la nak baring2 berehat..
tidur jangan harap nak cukup, sorang tido, sorang lagi jaga.. jarang la dapat 2-2 tido serentak..
hasilnya, mata panda makin lama makin besar..

oh ya, ramai yang kata muka irsyad sebijik irfan dulu..
aku tengok pon memang sama.
tapi, betul la.. anak kedua dah kurang rajin nak ambik gambar..
camana tu? hehehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...