Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, February 22, 2012

Tuesday, February 21, 2012

my underweight toddler



berat irfan sekarang hanya 10.5 kg. elok selera makan banyak, tup2 demam.. dah tak lalu balik.. vitamin tambahan, hanya vitamin c tablet dia suka. susu? jenuh pujuk dan selalunya memang buang sebab dia tak sentuh langsung. harapkan susu ummi saja, itu pun ikut dia mintak.. macam mana nak gemukkan dia tak tau la..



berat adik pulak, 5.4kg dah. lenguh belakang kalau dukung. harap2 irsyad membesar bagai johan. :D

Monday, February 20, 2012

kesan media terhadap anak anda

pada satu hari, kami membawa anak-anak mandi kolam..
hari cuti, sudah tentu ramai kanak-kanak lain turut sama mandi manda..
pergh.. nak try ayat dalam buku cerita, dah jadi macam apa je.

cut short, irfan main2 dengan gembiranya.
irsyad, rendam sikit2 je sebab kawan tak berapa boleh handle air sejuk.

tiba2, irfan pegi dekat sorang budak perempuan ni, lepas tu pijak kaki dia.
aku pon tarik la irfan, yang pegi kacau anak dara orang tu kenapa..
tak lama lepas tu, dia pegi kat budak tu lagi dan pijak lagi.
kalo dengar je budak tu jerit, dah tau dah.. sah si irfan punya kerja..

persoalannya:
kenapa dia buat macam tu?

pikir punya pikir, last2 baru teringat.
irfan ikut macam cerita yang dia tengok.
dia memang minat sangat filem Real Steel.
tak abih2 nak tengok robot, nak tengok robot.

dalam filem tu, ada satu scene pijak kaki waktu si Atom lawan dengan robot Kingpin..
nasib baik tak ikut aksi tumbuk2 tu..

kesimpulannya, kita kena pantau apa yang anak kita tengok.
sebab banyak sangat sumber hiburan.. risau dia terikut-ikut benda tak baik..
mintak dijauhkan la ye.. ☺☺

Thursday, February 9, 2012

happy 2nd birthday!



pejam celik, pejam celik, dah besar anak aku tu..
Irfan, ummi doakan Irfan jadi anak yang soleh dan berakhlak baik..
ada rezeki lebih, kita celebrate lagi dengan kawan2 awak ek.. ☺☺

sedikit perkembangan budak 2 tahun..
1) kalau tido mesti nak dengar cerita 'pada satu hari' dulu. kejap cerita ayam, harimau, gajah, pendek kata semua cerita binatang la.

2) masih nak nenen lagi. kalau tak bagi dia punya sedih tak boleh handle!

3) banyak cakap ya rabbi! mengajuk orang cakap nombor 1. tapi huruf K jadi T, S jadi I. Contoh: kakak jadi tatak, air kotak jadi air totak, tikus jadi titui..

4) dia dengan adik, baik aje tapi kena berjaga-jaga juga. cuma sekali pipi adik luka sebab abang cakar. lepas kejadian tu pantauan memang ketat la. tak sanggup tengok adik sakit wooo..

5) ramai tegur rambut dah panjang. takpe la ala² anuar zain sekali skala, hahaha..
bukan senang nak panjang camtu tau, dah 2 tahun tak pernah sekali pon potong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...