Walaupun terpaksa korbankan waktu emas hujung minggu dengan putera-putera kesayangan.
Thursday, January 10, 2013
Tuesday, January 8, 2013
Mula bicara 2013
Masuk tahun baru biasanya aku akan rasa lebih bersemangat.
Contohnya excited nak mula tulis dalam diari baru. "Buku baru" akan mula dirasmikan dengan benda² menarik.
Tapi setakat hari ni, hidup aku masih hilang seri.
2012 akan diingati sebagai tahun sakit.
Tahun aku accident, patah tulang, pakai besi.
Pertengahan tahun aku berhijrah ke portfolio baru setelah hampir 5 tahun berada di comfort zone.
Tapi malangnya penghijrahan ini tidak memberi seperti yang aku harapkan.
Tahap lemas hampir kritikal. Mahu cari jalan keluar tapi tidak semudah itu.
Ketua sudah maklum, dan akan ada perubahan. Aku akan dapat tahu esok lusa.
Harapnya 2013 menjanjikan bahagia.
Harapan tidak terlalu tinggi sebenarnya.
Tak apa, aku akan cuba cari benda yang aku suka.
In shaa Allah, sekiranya berjaya dilaksana pastinya bermanfaat bakal hobi baru ni.
Aku perlu polish rohani agar lebih bersih. Mungkin sangkut disini jadi hidup seharian terjejas.
Moga 2013 tahun sihat untuk anak² dan seluruh keluarga.
Amin.
Tuesday, November 20, 2012
he's officially walking!
tahniah anakku.
irsyad dah berjalan lebih dari sepuluh langkah baru jatuh.
nampaknya kamu boleh berjalan awal sikit dari abang irfan.
tapi gigi masih 2 je. takpe.. nanti2 boleh tumbuh kan?
jom kita pegi cari kasut yang sesuai.
kurang penat la pegi jalan lepas ni sebab tak payah dukung dah.
8kg tu sekarang.. tercabut besi kat bahu! ☻☻

Monday, November 12, 2012
Happy Birthday Irsyad!
Happy birthday my baby Irsyad.
You are so lucky, having a beautiful date to celebrate every year.
Irsyad dah setahun, ummi yang emosi. Betapa cepat anak2 membesar.
Tak lama lagi mesti Irsyad dah boleh berjalan dengan cekap. Sekarang dah boleh setapak dua.
Dah boleh cakap dah, nah, nak. Nanti mesti banyak mulut macam abang..
Semoga awak jadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat.
♥♥ We love you sooooooo much! ♥♥

Wednesday, November 7, 2012
Tuesday, November 6, 2012
Travel Changing Diaper Pad/ Lapik Stroller
Dah terima 6 pelapik baby ni.. Sungguh berpuas hati! Memang sangat sesuai dibuat hadiah untuk kawan2 yang ramai nak bersalin hujung tahun ni.
Thank Aziyana!
Monday, October 8, 2012
Drama Swasta
Hai anak.. Ummi teringin nak menyelami hati kamu, apa yang membuatkan anakanda takut sangat gunting rambut.. ☺
Sebelum ni dah lama pujuk, macam² cerita dongeng aku reka semata-mata nak yakinkan dia gunting rambut tu tak memudaratkan. Hahaha..
Semalam, nampak macam dia confident.
Kebetulan sebelum turn dia ada sorang budak lain. Lebih abang dari dia tapi still boleh dijadikan bahan rujukan. Siap dia sendiri cakap, abang tu gunting rambut tak nangis pon kan..
Ha ye lah sangat.
Sampai turn, duduk je atas bangku, tak sampai 2 minit dah nangis dan cakap nak balik.
Oh man, tak berjaya! Terpaksa la walid riba, baru calm down sikit walau masih sedih air hidung meleleh-leleh.
Gunting la ala kadar, tapi kurang smart sebab purely gunting, tak pakai mesin..
Ok, tunggu next time punya drama pulak.
Syukur la rambut jenis nipis, lama baru nak panjang..
Irsyad, sila jangan jadi macam abang awak ek.. ☺☺

Wednesday, October 3, 2012
Woman driver.
Muka macam happy tapi boleh tahan stress sebab cikgu memandu garang sangat.
2nd time driving after 3 years. Harus la menerima kelemahan yang ada seadanya.
Will improve insyaallah.. Selagi tak kemik, tak pecah, tak langgar orang dikira succes ler tu. ☺☺
Tuesday, October 2, 2012
Smurfly Smurf!
Sejak kejadian dulu, ironiknya genap 3 tahun lepas, petang semalam baru aku pegang stereng semula.
Harapnya encik Smurf akan well behaved. Nak create connection dalaman ni supaya perjalanan lancar setiap kali. ☻☻
Harapnya encik Smurf akan well behaved. Nak create connection dalaman ni supaya perjalanan lancar setiap kali. ☻☻
Tuesday, September 25, 2012
25 September
Tarikh ini kembali lagi.
Gembira setiap kali ia datang.
Dapat dibayangkan bagaimana keadaan hari ini 29 tahun yang lalu.
Anak sulung lahir, pastinya penuh dengan kesyukuran.
Alhamdulillah. Aku masih dapat menikmati kehidupan selama ini.
Friday, September 21, 2012
great kiss
Atau sebenarnya memang pada umur 10 bulan itu kebolehan normal, serius tak ingat macam mana Irfan dulu. Cepat betul lupa padahal jarak umur budak 2 orang ni dekat.
Kalau mintak cium dia bagi.
Kalau sebut spiderman dia akan hulur tangan macam nak keluarkan web. Ini memang belajar dari abang yang memang obses dengan spiderman.
Kalau dengar lagu Gangnam Style dia goyang.
Akan toleh kalau panggil Irsyad atau Adik.
Oh my adikkkk!!
Tuesday, September 18, 2012
Showru Kelana Jaya
Susah tau nak ajak big boss makan luar.
Seboleh-boleh dia akan suruh masak. I malas lah u.. Fridge tu kalau penuh dengan barang nak masak takpe la jugak. Baru datang selera nak masak sedap²..
Kalau masak jugak menu yang asal ada tu, buat membazir je nanti. Tak habis, pastu buang!
Kesian makanan..
Selepas terpengaruh dengan Iqram Dinzly yang makan sedap dalam rancangan makan-makan tu..
Ahad lepas baru dapat merasa..
1- Kami order Fish and Chips - rating: biasa² aje. Ikan garing sangat kot.
2- Pizza apa tah nama, tengok dalam menu tulis recommended by chef - rating: Not bad.
3- Nasi goreng seafood - rating: sedap tapi pedas. Tak boleh suap budak².
4- Sup ekor - rating: terbaek. Big boss puji bukan main.
Nak order mushroom soup habis pulak. Irfan sekarang penyakit takmo makan. Kalau makan pon fast food/western aje.. Dia akan lebih berselera kalau makan pizza celup mushroom soup. Frust sikit.
Menu banyak lagi, tapi last² pilih menu common jugak.
Insyaallah kalau pegi lagi nak try dim sum pulak.

Sayang adik tangan-tangankan?
Adik beradik bergaduh perkara biasa kan?
Aku kecik-kecik dulu pon kaki tangan semua naik kalau gaduh.
Adik no 2 lelaki, tapi tetap bertumbuk jugak. Geram punya pasal..
Tapi masa kecik je la. Bila dah besar, dah pandai fikir, aku pon jadi la kakak yang baik. Hahaha.
Sekarang, time anak-anak pulak bergaduh. Macam mana ni?
Kecik lagi dah nampak dah..
Maklum la adik tak pandai lawan lagi, Irfan bukan main buli.
Sampai satu tahap, tolak adik sampai jatuh "PANGGGGG!!!"
Punya kuat bunyi Irsyad terlentang, terkejut aku. Rasa macam kepala kena besi buai.
Tapi harap2 malaikat lindung la anak aku sorang tu..
Kalau ada barang yang sama kat tangan dua-dua pon, Irfan tetap rebut.
Dia tak faham kot erti kongsi. Dah puas explain.
Yang adik pon ke mana abang main, situ dia nak ikut. Mana tak kena lepuk.
Kalau adik jerit tiba-tiba tu tak lain mesti abang punya angkara. Adoiii la!
Tapi, dalam geram² tu jangan sapa-sapa ambik adik Irfan. Dia boleh menangis macam kena pukul tau.
Sayang, bukan tak sayang.. ye Irfan? ☺☺

Friday, September 7, 2012
gambar kontroversi
Kecik² dah minum air kotak? Kencing manis la tu karang..
Sebenarnya bagi kotak kosong/hampir habis kat dia..
Dah macam besar sangat je Encik Irsyad kita ni.. Geram! ☺☺
Tuesday, September 4, 2012
Kriteria derma darah - mode gian!
Ya, aku gian nak derma darah. Awat oi? Awat?
Lain macam je ni.. hahaha..
Taktau la kenapa..
Bila nampak email Tenant Management tentang kempen ni memang aku jadi frust.
Walaupun tak dapat derma sebab alasan yang suci murni tapi tetap.. sentap!
Ada lagi 1 tahun 2 bulan untuk selesaikan misi.
Insyaallah.. Tak lari jarum dikejar. Kan? ☻☻

Monday, September 3, 2012
Pak Sheikh Irsyad
Rindu sama adik. Kakak ipar cakap kalau panggil Irsyad adik, nanti kalau dapat adik lagi macam mana?
Hehehe.. Disebabkan lambat lagi, adik pon adik la Irsyad ek..
Pagi tadi meraung sakan ummi tinggal nak pegi keje.
Penangan 3 hari berkepit.
Tak sabar nak balik tengok senyuman gatal di atas! ♥♥♥
Wednesday, August 29, 2012
Syawal 2012
Raya oh raya..
Yang seronoknya, dapat cuti lama dan gila mengira duit raya hero-heroku sekalian. ☺☺
Yang ruginya, tak dapat merasa ketupat dan rendang yang maha sedap hasil tangan nenek tercinta.
Kat Ipoh mana jumpa ketupat palas. Kalau ada pon tak sedap.
Irfan memang gila main bunga api. Tak habis² dengan Pop-pop dia tu. Siap tangan terpegang besi panas bunga api lagi. Tapi tidak serik disitu.
Irsyad pulak, masih tak mengerti apa itu hari raya. Orang kasi angpau masuk mulut. Itu je tau. ☻☻

Geng purple. Irsyad je kureng sikit sebab takde baju melayu. Takpe la adik kan? ☺☺
Raya pertama di Simpang Pulai. Geng 11 tak cukup sebab yang no 3 balik kampung suami di Pahang.
Jadi anak ke-3, menantu dan cucu takde dalam gambar.
Dan ops, walid juga tak kelihatan sebab jadi tukang ambik gambar.
Bila waktu freestyle, pegang anak membolehkan kita mempelbagaikan gaya. Hehe.
Gambar sebelum balik KL. Adik beradik tak ramai, 5 orang je.
Tapi tak cukup sorang jugak. Yang no 3 gigih bekerja di hari raya.
Oh ya, mak dengan ayah tak kelihatan sebab tak suka kamera. Rugi.. Rugi..
Akhir kata, Salam Aidilfitri.
Semoga dapat bertemu Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. ♥♥
Akhir kata, Salam Aidilfitri.
Semoga dapat bertemu Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. ♥♥
Wednesday, August 15, 2012
shopping raya
Kalau tak ke sini rasa macam tak sah.
Pernah sekali dia punya jam tak hengat, cari parking payah, kitorang terus balik walaupun dah sampai.
Semalam, lepas kerja nekad naik kereta masuk dalam perut Kuala Lumpur ni.
Tak jam woo! 30 minit dah sampai dari office. Bertolak 4.45, 5.15 dah sampai.
Tapi hanya jumpa parking 30 minit kemudian. Adeh..
Takde beli apa sangat pon. Jumpa baju yang dicari kira mission accomplished la.
Dapat jalan tanpa berlaga bahu pon mission accomplished juga.
Seronok dapat jengah Jalan TAR tahun ni. Jumpa next year ok.
Lepas ni sambung shopping kat Sg Petani dengan Ipoh pulak.
Beli.. Jangan tak beli..
Tuesday, August 14, 2012
Red flag!
Nota untuk diri sendiri. Untuk rujukan masa hadapan kononnya.
Baru semangat nak bangun malam lepas dapat panduan dari Ustaz Muhammad bin Abdullah Al-Amin tentang 10 malam terakhir Ramadhan.
Tapi dia tak kasi can nampaknya.
Untuk kali ni, baik saja dia mari pada umur Irsyad 9 bulan 1 hari = 23 Ramadhan. Waktu Irfan dulu 11 bulan (hari tak ingat).
Untuk Irsyad, semoga awak sihat2 selalu walaupun asyik jatuh dan terhantuk sebab gila nak berdiri sangat. ♥♥

Thursday, August 9, 2012
Lasagna. Tak payah beli kat kedai dah.
Masyaallah.. Sakit mata tengok gambar ni. Blur gila. Tapi ini je seketul sempat snap.
Irsyad kacau nak rebut handphone. Sebab tu fokus ke laut.
Terima kasih Aishah share blog resipi. Berbuka semalam punya menu tambahan. Boleh dianggap lulus cemerlang, cuba kepingan lasagna perlu direbus lebih lama instead of aku just celur. Ada celur lama, ada celur kejap jadi jumpa la yang liat, yang keras.
Practice make perfect. Ahad ni nak buat 3 loyang jamu 15 orang makan. Hambik kau. ☺☺
Subscribe to:
Posts (Atom)