Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, October 27, 2009

hujung tahun mmg waktu mengawan kot.. hehe




Berikut adalah semua jemputan perkahwinan yang kitorang dapat.
Semua kawan2 rapat, seboleh mungkin kena pegi. (lagipon kenduri kitorang semua datang ☺)

Dilema yang dihadapi:

1) kalau hari ni kenduri kat keramat, esok pula di kangar dan kuantan. macam mana? adakah gua masih boleh naik flight? atau inilah peluang keemasan utk gua dapat tiket penerbangan seumur hidup dengan syarikat berkenaan?

2) di kala perut sudah mencapai tahap 8 bulan, baju kurung sure dah tak muat. nampaknya gua kena borong banyak lagi baju maternity yang vouge. kenduri beb, kena la lawa2.

3) jika 6 minggu berturut-turut gua pekena nasi minyak, berapa kilo berat kah akan naik? tak pasal2 kena darah tinggi ke, kencing manis ke.. gua takmo beranak tak cukup bulan!!

Apa2 pon.. selamat pengantin baru kawan2.. Tahun depan mari sama2 kita kendong anak.. ☺☺

Monday, October 26, 2009

100 hari = 14 minggu 2 hari



100 hari je tinggal? Alamak!!

Friday, October 23, 2009

bola itu bulat

gua tak minat bola..

tapi kadang2 tengok jugak, walaupun pandangan memang tembus keluar skrin tv tu..
kalau kaka jerit gol atau frust pasukan lawan yang gol..
time tu je gua concentrate.. ooo... dah gol ek.. hhehehe

kalau kat berita announce result perlawanan, kaka paling hangin kalau diorang kata M.U menang tipis..
kalau 1-0 tu menang tipis ek..
kalau 3-2 tak tipis pulak kata dia..

gua rasa, menang is menang la..
tipis ke, nipis, tebal ke.. memang dah menang pon.. ye tak??

Wednesday, October 21, 2009

pengalaman pertama, mmg segala benda rasa nak share dengan dunia

di ambang alam ibu ni, at least ada sorang best friend lama yang boleh berkongsi cerita..
tapi antara kitorang, dia yang akan beranak dulu..
nasib baik dia dulu.. hehehe..
sama macam zaman skolah la, masa nak cucuk BCG tu tengah beratur pon boleh main tolak2..
hang la dulu, hang la dulu..

aku masih rilek ayam, barang baby ape pon tak beli..
rasa macam lama lagi, tp bila pikir balik pejam celik dah nak masuk tahun baru..
EL dah pilih hospital mana nak pergi, siap bayar deposit..
aku hospital pon tak sure lagi..

dalam SMS, aku pesan dia belajar push dari sekarang..
tapi katanya taknak pikir, sebab terbawa-bawa dalam mimpi..
siap nak pegi berak pon konfius, sakit perut ke sakit nak beranak..
takut lain teran lain yang keluar.. hehehe..
aku pon takot wehh..

hari tu baru tengok video dalam fb, pasal perkembangan bayi dalam perut..
katanya lebih kurang aku skarang, baby dah boleh mendengar dari luar..
jadi aku pon letak headphone kat perut, pasang ayat2 suci..
malu orang kata aku tak betul, siap tutup perut dengan bantal..
tapi mmg rasa tindak balas la.. dia dengar rasanya ni..
kaka kata, tak boleh dengar sangat dah lagu Faizal Tahir.. hehehehe

Anak kawan aku tu boy, sama la.. boleh lawan gusti nanti..
EL, kalo hang dah masuk hospital bagitau aku..
Kalo free nak pi melawat..
Tapi tak best, anak kita tak sama tahun..
Kalo tak boleh skolah sama-sama.. hehehe

Monday, October 19, 2009

rezeki masing2..

semalam berita kat tv gua tak tengok sangat..
ada cerita pasal student cemerlang ke ape tah..
tapi yang gua paling ingat bila orang tanya pasal tips kejayaan..
semua standard je..

"saya belajar secara konsisten"
"saya selalu berjumpa dengan pensyarah"
"saya sentiasa kekalkan hubungan baik dengan pensyarah"

boring la..
betul ke weh?
cuba la bagi jawapan yang cool sikit..

"saya tak belajar sangat pon, sebab saya memang pandai"

amacam? agak2 tv siarkan tak?

sekarang gua dah balik ke rumahku syurgaku..

tak kenal maka tak cinta..
mmg betul pon, tapi jangan tiba-tiba nak kenal suami gua pulak..
dengan dia orang lain tak boleh cinta.. hahaha..

bukan apa, sekarang gua mmg dah officially keluar dari rumah sewa..
dengan hanya 3 minggu gua dapat menambah koleksi kawan..
yang langsung tak kenal sebelum ni, dapat jadi agak rapat juga..
diorang mmg cool gua rasa, walaupun pada hari pertama gua malu kucing gila punya..
sampai hari last tu sedih pulak rasanya..

jadi, kena kenal dulu baru boleh tau orang tu macam mana..
meleset sama sekali pendapat gua masa mula2..
sebabnya, dalam telefon cakap sama mimi dengar macam jenis orang tak friendly..
sepatah gua tanya sepatah dia jawab..
last2 kitorang nak bayar duit sewa pon dia tak mau..
tapi kami sebagai manusia yg mengenang budi, bayar juga la..

ok, habis cerita pasal tu..
gua tak perlu lagi menapak ke pejabat.. maka terhenti la exercise hari2..
kena pikir cara lain utk bersenam ringan.. kasi baby senang keluar..

nota kaki: dengar radio pagi tadi, katanya ada seorang nenek pecah rekod berdengkur paling kuat. bunyi macam pesawat. rumah dia mesti bergegar ek.. ☺

Thursday, October 15, 2009

masa gua kecik dulu takde pon..



comel gile.. nanti ummi beli okay.. hihihi...

pegi open house takkan nak minum air je..

semalam gua pegi check-up..
baby semua ok.. tekanan darah ok.. tapi..
berat gua TAK OK!!!
doktor kata berat naik banyak sangat.. bahaya ni..
huwaaaaa!!!

bulan puasa hari tu berat turun, gua dah risau baby tak cukup zat..
tup2 lepas raya naik sampai 4.5 kg!!
kenaikan berat yang selamat hanya 2 kg aje..

so nak salahkan lemang dan open house ke ape?
hari ni ada makan2 kat ofis, esok kat menara..
takkan gua nak tgk je.. lapaq tau tak?
ada jugak cakap sbb obimin yg gua makan..
ada kena mengena ke?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...