Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Friday, March 11, 2011

cerita angkasa raya

tajuk mesti gempak.

nak cerita pasal irfan naik flight sebenarnya.

setakat ni dia dah merasa terbang 5 kali.
1st time kami berdua sahaja, balik Penang. takde apa sangat, tido sepanjang sejam perjalanan.
2nd & 3rd time, perjalanan agak jauh, ke Sabah. tapi alhamdulillah tido dengan nyenyak pergi dan balik.
4th time, bertolak ke Kota Bharu. sejam jugak dia tido.

apa nak cerita sebenarnya ni? irfan asyik tido je..

nak cerita tentang kali ke - 5. pulang dari KB ke Subang naik Firefly.
sejam paling lama yang gua rasakan.

mana tidaknya, kali ni dia takmo tido, tapi asyik dok ngorat pramugari!
benar, mengorat okeh!
takmo duduk, nak berdiri atas paha gua je supaya pandangan lebih jelas ke belakang di mana awek berada.
mengekek ketawa dan buat gaya manja.
ada sekali siap nak turun, merangkak pegi belakang.
adoih!! dah nampak gaya2 romeo ni.. bahaya sungguh!

Thursday, March 10, 2011

rumahku syurgaku (part 5)





harga cat setin berapa? hehe..

Tuesday, March 8, 2011

jalan-jalan Pulau Perhentian (siri bergambar)


kalau takut dilambung ombak, sila naik bigger boat.


coral bay, perhentian kecil.


sunset mode.


warming up. testing ombak + pasir.


model huggies, little swimmers.


nasib baik ada itik ni.


the paper thin walls chalet.


mari sapedek!


long beach. memang kuat ombak kat sini.


geli ke apa ni?


ummi kenapa?


budak penat, mengantok.


pemandangan.


mandi last time. kejap lagi dah nak balik.


muka masing2 hitam. isk isk..

Sunday, March 6, 2011

jalan-jalan Pulau Perhentian (day 2)

apa yang dibaca dalam review tentang Senja Bay adalah benar mengenai "paper thin walls".
jiran sebelah kami adalah tourist dari Denmark, family of 4.
memang pening la kepala dengar bahasa tak paham tu.

makanan, bukan buffet tapi di masak setiap kali..
memang makan panas2, tapi ianya bukan pilihan anda ye.
menu telah siap dipilih, anda hanya perlu makan dan nasib la sekiranya lauk itu anda tidak suka.. itupun kalau ambik package + makan.
kalau tak sila pilih makanan dari menu.

pantai memang sangat dekat dengan pintu chalet. part ni memang seronok.
buka je pintu ada budak akan teruja nak keluar.
dua kali gua menjerit terkejut hari ni.
semua gara-gara ada budak makan pasir. aduih! awat la cek oi..
pasir lembik2 tu teringin nak rasa ke.. aduh, bikin heart attack tau!



nama tempat kami adalah Coral Bay.
memang banyak coral ye. nak mandi kena ke tengah sikit untuk mengelakkan sakit kaki pijak itu coral semua.
ombak tenang, sesuai untuk anak kecil mandi.

dari coral bay, kita boleh ke long beach. walking distance, tapi mak penat sebab takde stamina.
jalan kena panjat2 bukit sikit.
long beach lebih cantik, tapi ombak lebih kuat.
siap ada beach boys yang surfing kat situ.
tak boleh bawak irfan main air, nanti lemas. ngeri.

apa lagi nak tulis tentang Perhentian ni?
sebagai rumusan, Pulau Perhentian gua bagi rating 3 daripada 5.
mungkin sebab kami dah menjejakkan kaki ke Pulau Redang yang lebih cantik dan best tebaboww!!

Saturday, March 5, 2011

jalan-jalan Pulau Perhentian (day 1)

bersiaran dari Senja Bay Resort Perhentian Kecil.

wifi sini laju ok. berbaloi upgrade ke bilik beach front.
dekat gile dengan reception counter, harus la wifi laju!
dapat update sambil dengar deruman ombak. pergh, layan! hahaha

quick update.

bertolak dengan Firefly jam 9.45am.
sampai Kota Bharu 10.45am.
bergerak ke jeti Kuala Besut dengan Airport Taxi dan sampai lebih kurang 1 jam.
bergerak dengan speed boat lebih kurang jam 2.00pm ke Senja Bay.

memang laju teramat la sampai melambung-lambung. nama pon bot laju.
ngeri jugak, memang gua peluk irfan kuat2..
tapi hero gua selamba, mengantuk punya pasal bot bising + melambung pon dia bantai tido.
dalam bot semua mat/minah saleh. kitorang je local.

jauh juga nak sampai chalet. ada tempat yang takde jeti.
tapi chalet kami ada jeti, cuma nak menapak jauh ya ampun.
terasa lebih jauh sbb beg berat campur dukung budak yang sangat ringan tu. adeh!

sekarang tengah tunggu teduh sikit, mau main pasir.
dah siap dengan persediaan pampers little swimmers, pelampung itik dengan jentolak.
can't wait!

Friday, March 4, 2011

rumahku syurgaku (part 4)

baru dapat call dari ex-owner, diorang dah pindah!! woot! woot!!

boleh jumpa utk ambik kunci, tapi kami hanya boleh ambik lepas balik dari cuti²..

cerita tambahan, akak tu mintak kami sambung guna P1 wimax sebab kalau dia terminate kena charge..
tapi oh no.. ada un-written law. kami tidak boleh pakai lain selain company punya service. hihi..

mana boleh pakai P1, tak bunkface la macam ni.. (unifi! laju dowwh!) ☻☻

Wednesday, March 2, 2011

waktu itu

tengah urusan dengan si med.ela tadi, boring2 tengok gambar dalam phone.
biasa la, 99% semua gambar irfan. haha.

maklum la anak sorang, gambar gelak, nangis, muncung semua ambik.
tak masuk gambar tido lagi tu, terlentang, mengiring, menonggek, semua la!

sampai kat gambar ni ter-stop sebab sedih.



masa ni irfan tengah sakit.
tengah tunggu GL yang terhegeh-hegeh lambat tu.
tanpa benda tu kami tak boleh proceed ke ward..
dah la tempat emergency DEMC ni sejuk.
irfan dah lemah sangat, terpaksa gua letak baring atas kerusi je.

aduh, sedihnya kalau diingat balik..

sekarang, setiap kali dia over lasak dan terasa tak larat nak layan, gua akan ingatkan diri tentang waktu ni..
biar seaktif mana anak, biar asalkan dia sihat.
kalau dah terbaring, panggil nama pon tak larat nak menyahut sapa yang risau? kan?

cerita caca marba

makan angin.
sabtu ni dah nak bertolak ke Kelantan, lepas tu shoot ke Perhentian..
tapi, hari ni dah rabu, masih belum decide nak stay kat mana..
boleh macam tu? kalau berdua takpe la main redah je.. haih..
the only preparation yang kitorang buat ialah beli jentolak utk irfan korek pasir. hahaha..
ummi yang lebih nak main nampaknya ni!
pelampung pon macam nak beli juga. tapi takut tak sempat la!

susu.
sekarang gua mempunyai kerajinan tahap gaban untuk pam.
sebabnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
kalau tak pulun alamatnya tak cukup untuk esok.
key to solve the problem --> pam sampai takde apa boleh pam. haha..
satu keajaiban dunia juga telah berlaku, weekend ari tu gua berjaya dapat 3 botol.
pergh, memang tak percaya sebab azam nak pam weekend tak pernah tercapai.

rumah baru.
tak sabar nak mop, tak sabar nak sapu, tak sabar nak susun barang.
tak sabar jugak nak beli ikan nemo untuk bela.
tapi belum google sama ada ikan tu senang bela atau senang mati.
banyak sangat barang belum ada - katil, peti ais, meja makan, rak tv, bla bla bla.
teringin sangat nak laju macam bunkface (Unifi!) tapi belum ada staff package. deng!

irfan.
rumah baru mesti pasang astro cepat2, sebab si kecik sukaaaaa gilaaaaa channel astro sport.
tengok bola macam peminat tegar. siap sorak² bagai.
hebat, nanti boleh ikut walid p tengok bola kat stadium bukit jalil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...