Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Saturday, December 25, 2010

cerita terbang

alhamdulillah, selamat sampai ke pulau pinang lebih kurang 8 pagi krismas ini..

lega yang teramat sangat, sebab berjaya harung cabaran hebat. penat mak!

dah la sampai airport lambat, patut sejam sebelum kan..
jenuh rushing ke kaunter utk boarding pass. kalo awal boleh pakai kiosk je, senang.
dah dapat boarding pass, dengar pengumuman cakap panggilan terakhir utk penerbangan tu.
pergh, cuak la kejap. salam dengan kaka pon tak sempat.

rempit masuk dalam, scan beg, sedia nak mengatur langkah ke gate pelepasan.
mak datok, gate yang paling hujung la pulak.
dengan dukung budak 9kg, campur beg dan handbag, terkengkang2 gua.
tunjuk boarding pass, encek tu cakap cepat sikit ye.

berat tak hengat dah ni.
nak ke tempat masuk flight tu, jugak yang paling hujung ok. diulang, paling hujung.
tangan sesungguhnya rasa nak tercabut.
sebab tak tahan sangat, gua dengan tak malunya mintak tolong sorang mamat ni angkat beg.
nampak macam askar je. gua sempat tanya, nak ke miri katanya.
dah sampai dan ucap terima kasih, kena la angkat beg naik tangga flight pulak.
sampai atas pramugari ambik beg, dan gua selamat ke tempat duduk.
lega ya ampun!! seperti biasa tempat duduk mesti kat sayap.
dan time tu la gua perasan, sweater irfan yang baru beli tu tercicir. sayangnya!!!

nak take off dah tak lama sebab gua masuk pon dah lewat.
alhamdulillah, irfan ok. kasi nenen tido la dia.
duduk tak lama, tiba2 dah announce flight nak landing.
cepat gila rasanya. tak sabar gua nak turun. tapi terfikir dem, nak kena angkut beg keluar pulak.
lenguh tangan tak hilang lagi.

agak lengang sikit gua letak irfan duduk kejap, gua bangun cari beg.
pastu nasib baik ada couple ni nampak gua dukung anak dorang offer nak angkatkan beg.
semua nyiru gua cepat2 tadahkan. memang penyelamat la korang berdua ni!
irfan pulak buat muka comel, asyik pandang je penyelamat kami tu.
dorang pon seronok dan puji2 irfan comel, tanya umur berapa, nama apa semua..
dan bila dah keluar gua memang rasa macam nak peluk je minah tu. pakwe dia tak la.. hehe..
sangat berterima kasih tak terhingga! semoga Tuhan merahmati kamu berdua.
pertolongan tu memang gua akan kenang sampai bila2..

dan seterusnya, paklang gua sampai dan selamat sampai rumah dorang sementara tunggu mak ayah ambik petang sikit..

sebenarnya ada lagi.
nak menambahkan thrill perjalanan hari ni, sebenarnya dari lcct lagi gua rasa nak memerut.
punya la berdoa jangan datang angin tak tahan tu.
dah la kalut, nak p toilet macam mana. adoih!
nasib baik tak terjadi perkara tak diingini. hehe..

sekarang, gua dah boleh bersuka ria kat kampung tercinta.
irfan dah tido kepenatan. kejap lagi gua nak join.

cuma yang ralat, tak sempat langsung nak keluar kamera ambik gambar irfan dengan kapal terbang. first time ni! dengan ummi sorang pulak tu! sampai senget2 ummi terpaksa dukung dia lagi! hihi!

Friday, December 24, 2010

jom cuti!

almost 3pm.. lengang.. almaklum mood cuti bermaharajalela..

pam dah 2 kali, tp down sikit. erm, emosi kacau betul sejak kes semalam.

jadi mood seronok nak balik kampung jatuh berguling-guling.
tak sabar nak abis kerja. balik rumah tengok tangan putera gua yang sakit tu.
malam ni kena kemas barang. ish, bukan senang nak bawak 1 beg je. adeh!

naik flight, sampai memang cepat.
tapi rasa macam kurang best sebab nanti mesti banyak soalan.
malas nak panjang cerita pasal kemalangan tu.

yang paling tak best, mesti ada yang ingat gua tak pandai jaga anak.
contoh hari tu, irfan menangis kuat gila sebab jatuh katil.
gua agak jauh dari tempat kejadian. tak sempat nak sambut sebab harap orang lain tolong tengokkan..
tiba² jiran selang 3,4 buah rumah datang sambil tanya "mak dia buat apa?" deng!
dah la risau anak jadi apa², tambah sakit hati lagi..

harap² cuti kali ni jauh dari sakit²..
mak, ayah tunggu anakandamu pulang.. hehe!

Tuhan, aku mohon buang sakit itu dari anakku..

his hand was 'fine'. i think.

but my heart..

it broke into million pieces...

Tuesday, December 21, 2010

irfan, jom terbang!

minggu ni last keje.. next week cuti seminggu dan sudah pasti anak ayah ni nak balik kampung.
rindu wo!! nak buat macam mana, gua ni kira merantau ke ek? ☺

tapi kali ni gua terpaksa balik dulu, cik abang kemudian.
kalau duit terlampau banyak boleh la dia hantar, patah balik, balik kedah semula, pastu abeh cuti balik kl balik. adoih!
gua naik bas? 5 jam lebih pegang anak sorang² tu.. kalau dia mengamuk macam mana? adoih lagi!

check tiket air asia murah jugak.
tapi gua sorang ni. taktau macam mana irfan agaknya atas kayangan tu nanti.
tapi lebih kurang 45minit je. gua kena pack barang sepadat mungkin, 1 beg sahaja.
senang nak bawak kanan anak kiri beg.
jimat masa sampai penang beb.. uih, eksaited!

macam mana ni..
rasanya ada budak tu perlu dibiarkan mengantuk tahap gaban kot..

Monday, December 20, 2010

serabut

cuba google gambar serabut.
tapi tak menepati imej serabut dalam kepala gua.

bila dapat tau amaun yg perlu dibayar pada tuan loyer. somput den!

nasib baik ada encek kwsp, dapek jugak bantu bayar 10% kek tuan tanah..

belum lagi pikir berapa gaji tinggal bila dah kena mula bayar.. aduh, heart attack!

bil lagi.. er.. walaupun bukan bayar sorang2, tp totap den somput! adeh!

Thursday, December 16, 2010

vroom vroom!

kebelakangan ni rasanya dah malas nak beli mainan utk anak teruna gua ni..
sebabnya, dia macam tak reti main pon..
semuanya nak campak je.. macam rugi la pulak kan..

tapi tiba2 macam gila stereng pulak..



inilah stereng yang dimaksudkan.. hehe.. (thanks to maklong irfan, save duit ummi)

dah lama ada ni.. tapi irfan macam tak minat..
tekan2 keluar muzik tu pon dia buat dek.. main sikit2 la..

tapi tah macam mana, tiba2 seronok pulak dia tolak benda tu..
melangkah bukan main laju lagi..
tolak pon laju sampai bontot tertinggal.. maklum la, mana cekap jalan pon..
satu rumah nak round. bila terjumpa obstacle, langgar. huih, ganaih!

takpe irfan, practice make perfect.
balik kampung nanti ummi bawak balik, ronda umah maktok pulak ok..

nota kaki: nak snap gambar dia in action tp payah. mana nak jaga dia, nak pegang kamera. dapat snap pon ada gambar orang sekeliling yang tak sesuai nak upload. driver baru dapat lesen memang loqlaq sikit. :D

lady bird?



gambar dah rosak akibat letak merata-rata..
tu la.. sapa suruh tak scan awal2..
tapi takpe la, gambar free je ni..
tapi dibayar dengan masa menunggu yg saaaaaaangat lama.. haih..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...