Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, April 10, 2012

Gatal!

Hari ke 8.
Tempat luka kering dah start gatal2.
Celah jari yang berbalut pon naik gatal2 jugak.
Pendek kata mode merenyam satu badan!

Sunday, April 8, 2012

Day 6

Hari ke-6 selepas accident. Rasa much better tapi masih dalam keterbatasan.
Secara jujur, aku rasa ini pengajaran diatas kealpaan kami selama ini. Padan muka sendiri ye!
.
Memang susah patah2 ni rupanya. Nak bukak tudung botol pon tak mampu, tolak pintu berat pon takut terjatuh bahu.
Maknanya, dalam sebulan akan datang ni, tak dapat la mak nak dukung irsyad. Kesian si kecik.. :(
Terima kasih tak terhingga kepada both parents yang sangat2 banyak membantu.

Nak tau apa lagi keterbatasan orang patah?
1) mandi. Dapat mandi sehari sekali pon cukup baik. Luka lutut yang ganas tu perlu ditutup dengan plastik takut basah balik. Ibu jari kiri yang patah pon perlu diplastik, doktor tak kasi kena air. Plaster tutup besi kat bahu pon sama juga. Pendek kata berjam-jam dalam bilik air. Dan, kena orang mandikan. Mak takleh buat sendiri..

2) berjalan. Aku jalan dah macam robot akibat seksa nak bengkok lutut.

3) disebabkab kehilangan upaya guna 2-2 tangan, nak buat apa pon semua kena mintak tolong orang. Kesian anak2 aku..

4) menyusu. Kalau menyu sambil baring memang nak nangis kalau lama. Tambah nak layan abang irfan yang nak nenen jugak. Rindu agaknya 4 hari tinggal dia waktu kami di hospital. Nak position irsyad pon perlu bantuan..

Rasa macam nak share x-ray kami kat sini sebagai kenangan tapi camana ek?

Alhamdulillah la kerana kami masih lagi bernyawa. Terima kasih kepada semua yang datang melawat. Ramai sungguh!
Terima kasih juga kepada dr. Mahamod yang cantum tulang kami semula. Ngeri betul kena jumpa dia hujung bulan ni utk cabut dawai kat jari.
Kepada nurse2 yang baik kat DEMC, padan la bil 2 orang sampai 20k. Tq company kesayangan.. Hehe..
Dan ya, pakar bius DEMC sangat hensem! Sampai hari ni teringat-ingat. Hahahaha
Abang ambulan yg baik hati dan hensem juga diucapkan terima kasih.
Tingkatkan prestasi yer hospital ampuan rahimah. Bukan takmo terima rawatan kat sana, tapi kami bernasib baik company boleh tampung kos perubatan.
Terpaksa la aku dan suami terperap di rumah takleh ke mana..
Semoga pengajaran yang kami terima ni dapat merubah kami ke arah kebaikan.. Peace!


Nota kaki: pening nak habiskan taip entri ni pakai ipad. Mabuk.. Mabuk..

Saturday, April 7, 2012

ujian dari Allah



satu badan sakit. 2 tempat patah. dah jadi robocop, masuk besi + dawai. hari ni hari ke-5. satu je ubat paling mujarab sekarang --> masa. ngam 3 minggu, tarik keluar dawai. besi je biar permanent kat dalam..

Thursday, March 29, 2012

anak susuan

ini sepupu saya. nama dia Shafy. dia lahir sebulan awal dari saya. dulu dia keciiikk aje. ummi kata dia lahir tak cukup bulan, sebab tu dia kecik dari saya.



ummi kata shafy dengan saya macam adik beradik sebab rasanya dah lebih 5 kali shafy minum susu ummi. jadinya adik beradik susuan la. tak sabar nak membesar, lepas tu main2 kapal terbang sama2 dengan shafy dan abang irfan. ☺☺

Wednesday, March 28, 2012

merapu di petang hari

kalau diikutkan kata-kata orang, mulai April aku akan mula buat kerja baru, di bawah bos baru. tapi surat official tak dapat lagi..
kali ni, kalau orang tanya "buat apa sekarang?" tak la malu sangat mengaku takde perubahan. yeaa!!

hari ni azam nak start buat handover notes. tapi dah pukul 4, notes ke mana apa ke mana..
dalam kepala asyik teringat pasal pagi tadi - jumpa kereta abang superman parking kat bangunan rumah i.
walaupun tau abang superman ke UK, tapi still. rasa dekaattt sangat.
entah bila angan2 nak jadi kenyataan.. haihhh..

Monday, March 26, 2012

ala² JJCM - Geylang Kopitiam

kalau teringin nak makan sup tulang merah atau sup ketuk boleh pergi restoran ni.
terliur tengok kat tv, tapi tak ingat rancangan apa. JJCM la kot.



restoran sangat cantik, banyak barangan antik. makan dengan best sebab dialunkan lagu2 P.Ramlee dan Saloma. irfan suka sebab ada akuarium. untuk anak, nasi goreng cina kat sana sangat sedap! mak budak pon asyik menyuap makanan anak je. hehehe.. banyak lagi menu, tapi belum try.

terletak di TTDI Jaya. tak reti nak bagi direction, tapi macam senang je nak cari kot. hehehe..

first hair cut

rambut irfan dah panjang.
ada juga yang selalu tersilap, ingatkan girl.
jadi ummi pon dah geram. plan asal nak trim sendiri.
tapi setelah berfikir secara rasional, untuk tidak menggonjengkan anak, jom bawa dia ke kedai mamak.

alkisah lawatan ke kedai mamak:

ummi menanti di rumah dengan debaran. (macam anak pegi perang je gamaknya)
dengar bunyi pintu dibuka dan ya, dengan tangisan syahdu sekali.
ummi pon dukung, peluk2 bawak dia pergi mandi.
reda tangisan, pakai baju, bedak wangi2, ummi pon interview.

ummi: irfan pegi gunting rambut kat kedai mamak?

irfan: kedai mamak..

ummi: mamak tu garang tak?

irfan: tak..

ummi: gunting rambut sakit ke?

irfan: tak..

ummi: abis tu kenapa irfan nangis?

irfan: ifan datal.. lepas tu ifan nanes.. (pelat beb.. hehe)

hahahha.. tak larat nak gelak sebenarnya. dia nangis sebab gatal. rambut banyak la cucuk2 bahu sebab tak nak pakai kain hitam tu.. dalam hati aku dah risau kalau botak terus. dah la nak tunggu panjang mak datuk punya lama.. nasib baik orait juga hasilnya walaupun ada bahagian yang tak sama.. irfan.. irfan..


Monday, March 19, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...