Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label luahan perasaan. Show all posts
Showing posts with label luahan perasaan. Show all posts

Tuesday, January 13, 2009

Inilah tujuan blog aku..

Ada yg kata..
Sapa ada blog, orang tu yg takde keje..
Sapa ada blog, orang tu dahagakan perhatian..
Sapa ada blog, hanya nak sebarkan propaganda..

Tapi aku..

Sapa kata aku takde keje, nak kene pukul?
Sapa kata aku nak perhatian, ada ke orang baca pon..
Sapa kata.. Propaganda.. mana ada!!..

Tujuan aku hanya satu:

Ini diari aku..
Tempat aku luahkan perasaan..
Kerana.. ada perkara yg kau tau boleh ucapkan..
Lebih lega jika diluahkan disini.. so.. suka ati aku!

Buat masa skarang aku rasa muak, nyampah sama orang itu..
Please.. leave me alone!!!!!!!!!!
Rimas.. kang aku nyanyi lagu Ruffedge kang..

Nota kaki: Aku dapat tiket lagi.. yeehaa!!! kalo yg tu aku tak rimas.. awww!!

Friday, December 19, 2008

Bebelan ku.. vol 2

Nampaknya lepas karangan berjela sebelum ni, masih ada yg tak kena..
Kan biasa, kalau membebel mesti panjang dan tah ape² kan..

Masih ttg dia..
Pagi tadi, perasaan bersalah datang..
Sampai dia terpaksa hantar aku ke pejabat gara² lambat..
Bukan apa.. Ku pikirkan pukul 7 masih sempat utk aku seterika pakaian, mandi dan sediakan sarapan..
Kadang² aku fikirkan, aku hanya selalu menyusahkan..

Lagi, selalu aku rasa terharu dan terfikir apakah perkara baik yg telah aku lakukan sehingga dapat aku seorang lelaki sebaik dia..

Apakan tidak, terpaksa menahan karenah aku yg gilakan artis pujaan..
Yg masih kurang dgn ilmu² rumahtangga..
Dan pendek kata segala serba kekurangan..

Memang.. aku sangat moody sehari dua ini..
Cemburu dengan apa yg orang lain ada dan aku tidak ada..
Dem!

Sedangkan, aku tidak terkena tragedi tanah runtuh itu..
Jauh sekali terlibat dengan peperangan..
Aku bukannya artis, yg sentiasa terdedah dgn gosip yg tidak²..
Ahli keluarga semua sihat sejahtera..
Masih cukup makan dan pakai..

Jadi apa masalah sebenarnya?????

Thursday, December 18, 2008

Mendung lagi..

Permulaan hari sudah kurang baik..
Sedih + rasa ingin menangis, menjerit!!..
Perlukah aku pejam mata, supaya berita baik utk mereka itu aku tidak nampak..
Agar berita buruk aku hilang dari ingatan..

Aku perlukan sesuatu utk memulihkan rasa..
Tapi apa??

Thursday, November 27, 2008

Apa sudah jadi??

Dalam perbincangan santai dengan teman², aku sendiri mengkategorikan diri - umpama peminat mawi..
Aku bukan minat pada mawi, tp persis peminat mawi..??
Anda faham?
Sindromnya, walau hujan ribut, petir melanda aku tetap jadi pengikutnya.. *sigh*

Aku sudah muak, jemu utk bersesak-sesak..
Hampir sebulan barangkali itu menjadi rutin aku..
Aku tau, aku tidak layak utk merungut atau mempersoalkan..
Tapi........

Tuesday, November 18, 2008

Esok balik!!!!

Esok akan berakhirnya kesengsaraan minda yg menjadi penyebab jerawat besar gile kat dahi aku ni.. (alasan!)
Tapi disebalik kegembiraan utk pulang ke rumah, ke dalam dakapan suami (hahaha), masih ada rasa pening2 lalat memikirkan keje yg taktau macam mana nak catch up bila masok ofis nanti.. (mati la aku..)
Masihkah ada sinar utk aku dapatkan kerja yg seronok?
Yg boleh buat aku tak sabar nak pegi keje?
Yg akan buatkan aku keje dengan seikhlas hati dan se-efficient mungkin??

Monday, November 17, 2008

I'm tortured!!!!!!

Kalo ko memang nak torture aku, ko memang berjaya..
Ingat aku nak sangat pegi ke? adui..
Dah la rasa macam bodoh!
It's not fair!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...