Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Monday, February 16, 2009

Entri wajib..

Serangan Upin & Ipin di pawagam memanggil² jari ini utk taip sesuatu..
Semalam baru tgk..

Aku bukan nak cite kat korang.. Rileks..
Kalo aku cite pon confirm takkan jadi semenarik ceritanya..
Maka anda perlu menonton sendiri..
Ingat -- MESTI TONTON ok?

Aku hanya nak menceritakan pengalaman..
Serius, aku selaku org dewasa yg masih kelihatan seperti kanak-kanak..
Lebih excited dari kanak-kanak yg betul² kanak-kanak..
Hahahaha!!

Riang sungguh aku bila keluar panggung..
Aku kasi tabik spring sama mereka² yg membikinnya..
Bayangkan, cerita kartun kita yg bikin aku gelak tak ingat dunia..
Ingat ape ke.. baca Ujang dulu pon aku tak gelak..
Ada part sedih tu.. air mata aku dengan taktau malunya nak keluar jugak..
Adoi.. tak macho la tgk cite kartun nangis.. Tak pasal kena gelak dgn kaka kang!

Pendek kata..

Sapa takmo tonton cite "GENG" di panggung (termasuk orang² yg hanya tunggu VCD cetak rompak) mmg sudu!

Sunday, December 14, 2008

Cicakman pulak..


Rajin sungguh kami tgk wayang semenjak 2 menjak ni..
Cicakman pulak kali ni..

Komen Kaka senang je: "I expect more.." dengan "Cantik kan costume Tamara@Rrama.."

Gua:

Asyik mengingatkan diri bahawa, "bayangkan cerita ini seperti cerita komik". Macam kata Yusry dalam rancangan Ria Sentral tu..
Perhatian gua agak kureng pada permulaan cerita kerana distracted dengan bau makanan orang sebelah. adoi.. ganggu sehh!

Lagi observation ttg Cicakman II:

- Masa part Tamara lawan tu nampak sgt stuntman lelaki yg ganti.. Nampk sgt.. (Ke mmg sengaja nak kasi nampak?)
- Dialog AC jugak yg meng-gelak-kan aku. Best.
- Bangga gak dengan Yusry kerana hasilkan super hero Malaysia yg beriman. Nak mati mengucap dulu ok. (Tak mati beb, kalo tak, tak hero la namanya)

Yang lain? orait ar.. 3 1/2 bintang gua kasi..
Cicakman 1 lagi best..

Monday, December 8, 2008

Los dan Faun


Kami memang penyokong filem Malaysia..
Maka Malaysia harus bangga sama kami..

Los dan Faun menarik kawan2..
Saya rekemen anda utk pegi menuntun.. Dijamin puas hati..

Lakonan Ahmad Faun bin Dollah dan Carlos Rodrigo Goonting memang manthop!
Bagi gua, cite ni lebey kurang mcm cite Detektif Conan.. Menarik..

Nota kaki: Mungkin filem arahan Afdlin dgn Yusry KRU je yg gua akan nonton dilain kali.. Untuk mengelakkan makian yg tak terbendung ketika keluar panggung..

Sunday, November 30, 2008

Filem melayu, filem melayu..

Ari tu gua cakap nak tgk Antoo Fighter kan..
Tadi dah tgk.. adusss.. tu je la komen gua.. sekian..

Sunday, October 12, 2008

KAMI


Cite KAMI memang layan..
Sape yg lom tgk silakan.. gua bagi 4.5 bintang..
Walaupun tak penah tgk series die, tp disebabkan ada penterjemah kat seblah..
Tak lost la..
Org kata lagi layan kalo tau jalan cerita drama..
Tp don't worry, best la!
Cute lak tu mamat hero tu, Ali kot, ke Abu? Konpius..
Tp yg rambut kembang tu.. hehhehe..
Gua setuju.. "Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada.."

Wednesday, August 20, 2008

komentar ttg filem..

Dulu, masa zaman remaja gile gua mmg gile layan movie..
mesti kat panggung ar.. port ttp aku ngan hubby (dulu time berchenta, pakwe la kan..) mesti TGV KLCC..
maklumla dekat ngan kolej.. KLCC mmg umah nombot 2 la..
tak kisah cite apa, asal kuar tgk wayang, asal kuar tgk wayang..
siap kumpul tiket tu seme.. boleh kalah semua pengumpul stem berkaliber sekalipun..
sbb tiket wayang gua lagi byk..
yang pelik tu, mana dtg duit.. keje tak.. still blaja..
dapat duit pinjaman pon byk mana sgt la, kjp je abeh..
ooo... sumbernya sudah semestinya PA&MA.. time nak mintak call buat suara sedih..
"ayah.. mak.. cek tak cukup duit la, boh sket bole?"..
betapa skarg gua sedar gua dah byk susahkan mak bapak.. (tetiba sayu hati dan nak nangis.. huwaa!!! nak balik kampong!!!)

ok berbalik pada komentar filem kita..

habit aku skang, time lunch tapau nasi makan dpn pc..
so takkan nak makan sambil tatap je wallpaper faizal tahir tu kan..
skali2 bukak movie la sepam dua.. baru sdp makan nasik!

ari tu gua layan cite "Lelaki Seterika" atau bahasa omputehnya Iron Man..
fuh.. best gile, lagipon hero dia tu ensem sesangat! awww!!

antara scene² menarik yg gua suka:

*masa first dia sedar lps kena bom tu.. siap tarik wayar pjg gile dr idung dier.. aduii.. gua ngeri part ni.. dah la tgh makan.. ishhh!!
*pastu gua ske watak pakcik yg tolong dia build robot masa dlm tahanan tu.. kesian je tgk.. tp last² mati.. sedey gak ar..
*kan lepas dia dah berjaya lari dr geng jahat tu.. first thing yg dia mintak --> american cheese burger. tetiba gua tepikir, kalo la ter-stranded kat mana² lama gila, pastu dpt balik umah perkara pertama aku nak makan.. laksa buatan mak gua arr!!
*pastu part si seterika ni panggil pembantu dia.. soalan dia "how big is your hand"? ingat nak buat ape, rupanya suruh seluk lubang kat dada dia tu.. haiya.. nape aku pilih movie ni utk tgk samb makan..
*lagi.. masa tgh terbang tu siap boleh jawab call.. mmg gempak la talian telefon mudah alih die.. kat langit pon coverage baikk pya..

pendek kata, cite ni menghiburkan.. lagipon kalo cite tak best, tp hero dia ensem gua mesti ckp best, jgn risau.. huhuhu.. so sesapa yg lom tgk cite ni tgk ar.. layan..........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...