Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Friday, February 20, 2009

Penyakit lama sudah kembali..

Penyakit main game sampai lebam.. mesti semua org penah ada..
Aku rasa, penyakit tu dah nak menyerang aku semula..
Abeh la pinggan tak basuh, baju tak lipat ni kang! kui kui kui..

Papa pendapat aku, ada 2 kategori game:
1) Game perempuan: selalunya game yg mudah dan berwarna-warni.. hehe..
Contoh: Diner Dash, Dynomite, Bejeweled, Hangaroo dan lain2..

2) Game lelaki: aku mmg tak reti dan tak minat..
Contoh: Fifa, Need for Speed, game perang² tu.. isk.. ada byk tapi mesti la aku taktau sbb aku bukan lelaki.. ☻

Semalam baru je nak main balik game ni. Sangat addicted, masa kat U dulu mmg tak tido malam angkara khusyuk terlampau.. Bukan sbb study ok.. ahaha.. Memang teruk..

Tapi semalam dah install tapi takleh main.. Maybe ada crack kot..
Akan dicuba lagi malam ni.. tak sabar!! Mari membina keluarga!! Hoyeaahhh..


Friday, January 30, 2009

Sejuk, kaku, beku..

Sejuk sangat.. sampai nak menulis pon tak mampu..
Tapi menaip masih boleh.. ☻

Isnin cuti, yay!
Kerja hanya 2 hari minggu depan..
Tak sabar dengan trip ke Sabah yg kami rancangkan ni..
Honeymoon?
Bole dikatakan jugak..
Walaupun tak dapat nak repeat trip ke Redang..
Sabah pon apa kurangnya..
Tak sabar!!!!!

Thursday, January 15, 2009

Kisah Dato' hensem lagi..

Walaupun Dato' hensem yg bercakap..
Walaupun mata ni layann je dengan padangan yg cantik..
Tapi kalo ko cerita pasal financal ngan gua..
Sorry, gua tak layan..

Tambah sedap menguap ada arr!

Monday, January 5, 2009

Mimpi

Sehari lepas gua demam.. tentu masih belum mencapai tahap kesihatan maksimum..
Tido masih seperti bayi yang tak maunya 8 jam sahaja..
Maka tido bagai nak rak..

Dalam tido itu gua mimpi..
Mimpi berhempas pulas cari strategi macam mana nak tumpaskan seekor ular mutan..
Apa?
Ular? Mutan lak tu..

Gua dah kawin pon mimpi ular..

Sapa nak meminang lagi neh??

Wednesday, December 24, 2008

tag saya yang pertama

saya telah di tag oleh ayumi.

tag ini bertajuk, 16 perkara rawak.

syarat dan peraturannya adalah;

1. apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.
2. silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.
4. ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

.........................................................................

1. saya kipas susah mati faizal tahir. harap maklum.

2. walaupun saya tau husband saya pening dengan sifat fanatik itu, saya tidak peduli!! hihihi..

3. dulu saya tak suka Star LRT. sangat confusing!! tapi sekarang tidak lagi..

4. sangat gemar makan nasi kandaq. (oghang utagha kanz..) bila sebut saja sudah lapar tiba², oh no!!

5. kegemaran lain, karoke!! pantang dengar ada pertandingan sangat gedik nak masuk. pernah menang dulu. sudah lama. tapi kini saya menurut perintah suami. suara aurat. ☻

6. ratu air mata.

7. sangat seram + takut dengar lagu dari penjara, yg femes dlm youtube tu.. tak tau kenapa..

8. kalau tak jumpa faizal tahir, cakap pong pang pong pang. tapi bila ada depan mata terus jadi gagap, malu, pilu! bila dah berlalu, baru menyesal tak sudah. sangat hampeh!

9. sangat buta arah. jangan tanya jalan pada saya.. sungguh tidak ingat!

10. tak reti bawak kete manual. auto pon loqlaq, manual apatah lagi..

11. anak pertama dalam keluarga. sedih skarang sbb tinggal jauh dari keluarga.

12. tidak suka (ke takut sebenarnya..) dengan cerita² tahyul/seram/ganaz tahap gaban. sebab saya pencinta keamanan.

13. perangai tak senonoh saya - liat/malas mandi.. huhu!! air perlu dijimatkan..

14. ingin lihat britney spears jadi 'orang' semula dan lindsay lohan keluar dari kancah lesbonisme..

15. dah lama tak tgk cite hindustan.. hem.. kena tgk segera neh. bila tonton adegan menari-nari atas gunung tu rasa seperti dalam dunia khayalan saya.

16. teringin nak pakai contact lens kaler kali.. tp tidak mendapat keizinan.. huhu!

.........................................................................

16 orang yg dihasut:

1. adah
2. adah
3. adah
4. adah
5. zati
6. zati
7. zati
8. zati
9. kak ayu
10. kak ayu
11. kak ayu
12. kak ayu
13. nazirah
14. mommyloveu
15. liepan
16. kelambu

Nota kaki: Cukup, 16 dah! ☻

Monday, December 22, 2008

Budak shomel..


Gara² layan Transformers kat HBO semalam la neh..
Sikit info pasal dier.. (mmg sah gua takde keje..)

Date of Birth: 11 June 1986, Los Angeles, California, USA
Birth Name: Shia Saide LaBeouf
Height: 5' 9¼" (1.76 m)


Trivia
Named after his grandfather who is also a comedian.
His first name rhymes with "hiya."

Last name is pronounced "La-buff".
Wears a size-11 shoe.

Wears contact lenses.

Is an only child.

Parents are Shayna & Jeffrey (divorced).

Had only two days off between finishing the shooting of Disturbia (2007) and beginning that of Transformers (2007).

Was ranked #7 on Yahoo! List of 10 Most Popular Stars of 2007 on Yahoo! Movies.(2007).

Ranked #4 on interview magazines Hollywood faces to watch "future stars of tomorrow".

Was ranked #24 on Entertainment Weekly's '30 Under 30' the actors list. (2008).

Was ranked #6 on Moviefone's 'The 25 Hottest Actors Under 25'(2008).

Was arrested for driving under the influence after being involved in a car accident. [July 2008]

His car crash at the end of July 2008 left him with a damaged hand. He had to undergo extensive surgery that lasted for at least 4 hours. His injury will be written into Transformers: Revenge of the Fallen (2009) from which he had to take some time off after the crash.

[when asked about what type of girls he likes] I like the dark, mysterious, maybe even gothic type girls. They have to have a good personality, too. I'm very picky.

Filem² dia yg terkini:

Transformers (best gile tak hengat)
Disturbia (best jugak)
Indiana Jones (tak tgk pon)
Eagle Eye (pon tak tgk lagi.. akan cari..)



Kesimpulan: Budak ni shomel.. sekian..

Sunday, December 14, 2008

Geram siot..

Penah tak nampak rambut gatal orang tercacak dan mintak ditarik??
Uban lak tu..

Nota kaki: Apa akan jadi kalo dengan selamba tolong cabutkan?

Thursday, November 13, 2008

Betul ke??? Tiiidakkkkk!!!!

Terdengar kisah benar dari seorang kawan..
Katanya pegi tengok wayang, dan jumpa artis kegemaran saya..
Dapat bergambar bersama..

Saya: Ohhh tidakkkkk!!! jelesnyaaaa!!! (dengan muka sayu)

Dia dengan sorang artis ni..

Saya: Tak berapa kisah sgt, yg penting artis kegemaran saya saja!

Tapi mereka berdua, dan katanya artis kegemaran kamu itu dah bercerai..

Saya: (Mata agak terbeliak) Xtau ponnnn!!! Bila!!! Betul ke?? Tak caya laaaaaaa.....

*Memang teruk aku ni.. Mcm budak2 minat artis..*
*Tapi tulisan ini adalah versi dramatik.. Situasi sebenar, saya kool saja.. apadehal?? Ahak!*

Thursday, November 6, 2008

Ngigau..

Perkara memalukan kalo bila bgn tido ada org bgtau aku ngigau malam tu..
Adus.. kena gelak tak berenti.. asyik sebut je pasal tu selagi dia ingat..
Tahan je la..

Baru je semalam kejadian terbaru..
Adoi.. mana gua sedar beb..
Tah ape2 aku cakap..
Pastu apa lagi, Kaka sedap ar mengutuk..

Aku rasa mesti sbb dia ni..
Dulu mana ada aku ngigau sgt..
Skarang je kerap jadi..
Mmg takde reason lain la ni..

*ahak!!*

Wednesday, October 29, 2008

Sakitnya....

Kalau udah tau apa implikasinya makan daging..
Jadi kenapa kamu ambil juga??
Jadi, gi mana ni..

(baca dengan nada pelat indonesia)

Monday, October 20, 2008

Tiada tajuk..

1. Apa yg begitu rahsia hingga sudah tidak boleh lagi dibaca?
*Suka hati dia la!!*

2. Apa salahnya ikut beri padanya..
Walau hanya aku yg tergilakan karyanya..
Walau orang popular itu tidak kenal aku..
Selamat hari lahir kamu!

Friday, October 17, 2008

Apa yg best hari ni?

Saya jumpa dato' hensem di surau..
Makanan jamuan tetiba jadi bertambah sedap..

Sekian..

Thursday, October 16, 2008

Muzik apa anda suka?

Alkisahnya..

"Bapanya mahukannya jadi seorang askar,
Bukan cita-citanya,
Bukan impiannya.

Dia terlalu muda tuk tinggalkan keluarga,
Bila tiba masanya,
Rindu mulai terasa.

Berkecamuk hati,hatinya sendiri,
Persoalannya kini,sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?

Wowo,Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.

Beginikah selalunya cinta,
Diakhiri sengsara,
Setelah dicurahkan semua.

Cuba ku dalami,Sampai termimpi mimpi,
Namun apa yang ku jumpa,Semuanya sama.
Berkecamuk hati,hatinya sendiri,
Persoalannya kini,sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?

Wowo,Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.

Ini semua dugaan Nya"

* Menarik ar lirik ni.. tambah pulak penyanyi dia ni, nyanyi macam rilek gile..
tak besusah payah langsung.. nak tarik sana tarik sini ke..

Memang berbeza la dari lagu zaman dulu.. zaman rock kapak tu..
Aku selalu gak dengar, mula2 terpaksa, last2 terbiasa..
Sebabnya.. kaka peminat setia sinar fm.. carta fulamak mak mak mak.. hahaha
Dengar nama kumpulan pon dah sayu, scoin, spoon, success, scan... aih.. awat seme start ngan s neh..
Lirik lak tu seme sedih, kena tinggal kekasih, kekasih curang, pendek kata semuanya membawa mood sayu, pilu, hiba.. ohhhh!!

Cuba baca lirik kat atas, kalo tau nyanyi skali..
Simple, cite pasal dilema org yg kena paksa jadi askar..
Baru la tak sayu.. ^_^

Wednesday, October 15, 2008

sudah bukan zamannya..


tetiba muncul message ini..
nak berkenalan??

ohh tidak.. sangat tak berminat nak berkenalan cara camni..
skang bukan zaman skolah dulu key..

dulu gila mirc jangan kata la..

chatting sakan, padahal haram tak kenal sape tu.. siap join gathering seme.. adui, biasa la.. budak² baru nak naik.. huhu..

*nampak tak ayat yg aku bagi ni.. stok bengang je.. gila ke nak bekenalan ngan aku.. mao kena pukul?? hahahhahaha

Nikmat sebuah ice blended..

Huuuuiiiiihhh...
Nikmat tak terkata.. Ku sedut sambil pejam mata..
Lama tak pekena..
Sejak dengar nasihat kata tak bagus kafein ni, konon nak elak la..
Tp takleh tahan..
Tambah pulak jenis beli 1 percuma 1, murah sket la kalo share 2 org..
Kalau beli 1 percuma 3? Camana??
Mesti aku beli hari².. huhu!!
Punya takot cepat abeh, sedut sket2 je..
Jadinya, petangku hari ini lengkap..
Sambil layan kafein, sambil dengar lagu.. Ewah.. *Buat keje sambil goyang² kepala dan bahu.. aha.. aha..
P/S: Disertakan foto minuman ajaib berlatarbelakangkan meja opis yg selerak.. haih..

Sunday, October 12, 2008

Dimana budi bahasa orang Melayu?

Mahu tidur, tp keseorangan..
Jadi aku ingin bercerita tentang sesuatu..
Perkara telah agak lama berlaku, tetapi tiba2 teringat tentangnya..
Terjadi, ketika kami ke panggung ingin menonton Senario..
Pendapat ikhlasku, tidak menarik..
Tiada apa yg istimewa walaupun kali ini hasil tangan Ahmad Idham..
Sebenarnya aku tertanya-tanya dimana perginya budi bahasa?
Hanya lebih kurang 200 meter dari panggung wayang..
Sedang berjalan, terserempak seorang perempuan sedang dukung anaknya..
Tiba2 kasut si anak jatuh, tetapi si ibu tidak perasan..
Kami panggil si ibu beberapa kali, dan aku ambil kasut itu dan beri padanya..
Malangnya, dengan tidak memandang muka aku, dia ambil dengan kasar..
Sambil marah pada anaknya yg masih kecil, "lain kali pakai kasut!!"..
Aku terpinga-pinga dan terus naik marah..
Kenapa begitu??
Apa salahnya anak kecil itu?
Apa salah aku atas insiden itu?
..............................
Berbagai persoalan namun pokok pangkalnya hanya satu..
Budi bahasa orang Melayu..

Thursday, September 18, 2008

Riwayat pemandu motosikal..

Dah lama gua pikir nak cite pasal ni.. Tp tak start².. nape tah..
Kini kitorang pya pengangkutan utama ke pejabat -- sebiji Honda Ex5..

Kelebihan naik moto;
1) Minyak save
2) Bole mencelah
3) Nak p opis, takyah kuar awal.. Kejap je samp..
4) Bole mengeratkan hubungan ngan pemandu.. (haha!)
5) Jam free.. (cam sama ngan point 2, takpe la..)
6) Ada peluang dpt title minah rempit (tah hape²!)

Kekurangan naik moto;
1) Lebih terdedah kepada bahaya
2) Lebih terdedah kepada hujan
3) Lebih terdedah kepada road-block

Kesimpulannya, naik moto mmg sangat terdedah.. Ikut pengalaman gua la, yg paling ngeri part kat highway pastu lori kat seblah.. Ngeri siot tgk tayar dier.. Mengucap je gua..
Skarg ni, dah la baru dpt brita member kitorang accident samp patah bahu..
Tambah lagi kadar kecuakkan gua tu.. Macam biasa, kete yg langgar tu lari la.. dia guna konsep Touch & Go..
Kalo ujan lak, mmg gua teringat dialog Que Haidar dlm KL Menjerit 1.. "Macam ni la nasib penunggang motosikal, kalau jam kita lepas, kalau hujan.. sendiri mao ingat la!" (gua olah semula ikut sedap mulut..)

Tapi dari segi kebaikan, pagi² odw nak p opis tu syok la sbb bole melepasi deretan kete² yg sesak gile tak hengat kat jalan² utama KL neh..
Dari observation gua, 90% kete atas jalan pagi² seme hanya ada sorg didlmnya.. Cuba bayangkan kalo seme penduduk KL ni ada kete sorang sebijik, pastu seme kuar pada masa yg sama.. bole begerak ke??
So kitorang diantara manusia yg berusaha mengelak keadaan tu.. tp pg keje je la.. kuar time lain kete kuarkan ar dari frame.. hehe..

Lagi 1, sementara gua masih kurus bole la naik moto.. Nanti kalo dah gumok takleh.. (hahaha)
Lagi observation gua.. penunggang moto ni sebenarnya perlu ada skill yg hebat..
Ingat senang nak cilok gua, gua cilok lu? Tambah time jam padat gile, kete besimpang siur..
Kaka mmg hebat skill tu.. dia ada sikit darah rempit dalam badan..
Samp ada sorg bos kat opis ni pelik cane kitorang leh samp dlm 20 minit je dr umah.. dia pon dekat umah kitorng tp dia amik masa 40 minit.. maknanya dia tak cukup kadar rempit dlm badan la tu..

So, kesimpulannya naik kete ke moto ke kene bertimbang rasa atas jalan tol tak..
Kalo tgh traffic light ke, kalo bole kete jgn la dok tgh², lane kanan bukan lane kiri pon bukan..
kene bagi can kat kawan² yg terdedah pada segalanya ni..

p/s: Kaka ada kata nak beli moto baru, yg lagi laju dr Ex5.. Gulp!! (cuak gak neh..)

Tuesday, September 16, 2008

Lepak umah best woo...

Gua ni rupanya mmg kaki lepak umah.. ingatkan sindrom tu terjadi kalo balik umah bonda je..

Kalo dulu, time berchenta mmg nak je kuar..
Kadang² takde idea pon nak p mana, tp still nak ajak 'kaka' kuar..
Paling takde sgt pon buat alasan tingin nak makan nasi kandaq.. so bole la ajak kaka lepak Pelita.. (peberet gua..)

Tp skarg ni, mana dia pegi gua malas gileeee nak ikut..
Penyakit kuat tido gua pon dah mai balik.. Malam baru kol 8, tp gua dah nguap tahap takleh stop..
So, selalunya gua memilih utk layan bantal @ layan tv dari menemani kaka kuar..
Kdg2 gua pikir gua terlalu mementingkan tido..
Tp kalo tak cukup tido, dtg keje mmg gile lemau.. So cane?

Semalam gua kuatkan tekad dan semangat, ikut kaka pegi lepak NZ ngan sekutu² sekalian..
Jam 12.30 br gerak balik umah..
Samp je umah, 5 minit kemudian gua tros tido sbb kang kol 4 lebih nak bangun masak sahur..
Cuba kira bape jam je tu.. Adoi..
Hasilnya, hari ni kat opis mata layu nak mampos.. hehehe

So gua amik keputusan, bulan Ramadhan ni takyah ikut kuar kecuali weekend..
Bulan tak posa, insyaAllah ikut.. heheheh (mst kaka tak caya..) ♥♥♥

Saturday, September 13, 2008

Cuba teka sapa neh?

2 bulan berikutnya baru dpt gambar ni..
adoi.. tp takpe.. penantianku berbaloi!!

Friday, August 29, 2008

Balik kampong...

Minggu ni minggu rilek gua..

4 hari pertama pg training..

*Training bg gua ada 2 makna:
1)Kalo mmg gua apply, then gile semangat la nak menambah ilmu..
2)Ni jenis gua tak apply, training coordinator buat ke, smart oren ke.. ni namanya masa makan angin.. hahaha.. (kalo bos tau siap gua neh!)

Hari ke 5 siap dgn jamuan seme (abeh masa stengah hari makan je).. ptg mao balik kampong!!
hooray!!!!!!!

Gua nak citer ar ni perkara menarik berlaku spjg minggu nan indah ini..

*First day trening.. gile la gua sorang je pompuan.. yg len seme pakcik.. adui.. buhsan!
topik lak gile teknikal.. adoi.. takpe, sabar beb! nampaknya gua hanya mampu bg perhatian sejam stengah je.. lps tu gua mula conteng2 kertas, men game enset, layan sms ngan berangan..
gile gua tak paham.. walaupun puas perah otak, ttp takleh terima.. mmg takde kena mengena ngan keje aku.. patut pg yg overview je, adoiyai!!

Dipendekkan cite, gua blah awal walau pada hakikatnya kitorang dipaksa tunggu walau instructor takde.. apekah?? aku dgn semangat tun fatimahnya selamba blah balik.. buat pe buang masa, baik gua balik tido..

Ending cite ni, elok2 dah samp Cempaka dgn harapan leh tido, gua last2 silap naik bas.. tak pasal2 jadi tourist, pusing Ampang 1 pusingan penuh.. siot tol!! ni namanya tulah! org kata jgn ponteng, ko ponteng gak.. padan muko den!

*Last day trening di MMC, standard ar abis awal.. ni bukan gua ponteng ar.. mmg abeh kol 3 lebih.. so dengan bahagianya gua mao pulang.. selamat samp ke Masjid Jamek.. dlm tren menuju ke destinasi, tetiba gua dgr ada org kata "Apa khabar.." dgn slang ala².. aku pon toleh dgn muka serius.. waduh, ada sorg mamat negro tegur aku.. isk.. dgn hati yg masih trauma dgn insiden Pakistan satu masa dulu.. gua senyum gak la.. maklum la nak portray keramahan rakyat Malaysia.. last² dia ajak borak.. tp soklan2 general la.. dia ckp dia dr negara ape tah..
"i never heard of it, sorry..", kata aku..
"it was near france, in fact our main language is french..", kata dia sambil demo sket kat aku bahasa dia..
wah.. mmg sedap la dengar kan.. tp cam nak tegeliat lidah ar..
lagi, dia bgtau nama dia George.. aku malas nak tanya byk2.. takut la kan..
last2 bila samp stesen aku, aku mintak diri..

Kesimpulannya, apa2 pon kita kena berhati-hati.. tak sure la dia tu ada niat lain atau sekadar bertegur sapa.. jgn baik sgt la, sbb zaman skarang ni macam2 bole jadi.. tp nasib baik English gua baekk punya ari tu.. kalo tak malu la, macam iklan NSTP tu kan..

Yang penting ptg ni kitorang akan bergerak ke Utara, jumpa ibu bapa sanak saudara.. best siot.. belom nak balik raya lagi tu.. huhuhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...