Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Thursday, September 30, 2010

mimpi oh mimpi!

semalam cik abang mimpi..

mimpi irfan dapat adik..
gua pulak nak rahsia, tak kasi mak tau..
sebab mak kata, biar irfan 2 tahun dulu baru boleh dapat adik..
nak pikir nama pon pening sebab dapat boy, nak nama mula dengan I jugak..
hahaha..

orang kata mimpi selalu terbalik..

terbalik kot sini --> lambat lagi la dapat adik tu..

terbalik kot sana --> adik irfan girl..

terbalik kot mana la agaknya.. hehehehe..

Wednesday, September 29, 2010

doaku untukmu

hati mana tak tersentuh jika lihat sengsaranya anak itu..

tak kira walau di mana, walau siapa..

sebagai manusia, sebagai ibu.. hati ini turut sama merintih..

ya Allah, semoga kau berikan kekuatan untuk mereka..

semoga Rayyan Ariff kembali ceria!

hanya dia ubatnya..

hari ni frust sangat..
frust dengan kehilangan barang berharga..
atau mungkin barang tu ada, tapi dah lupa mana letaknya..
selama ni assume ada disitu, tapi sebenarnya tak ada..
nak mencari taktau perlu mula dari mana, maklum la dah banyak kali pindah2..
sedihnyaaa!!!

untuk kurangkan sedih, mari cerita tentang bintang hati.. ☺

fakta tentang irfan:

1) suka gila dengan kunci, laptop, kucing, plastik, botol, dan paling minat tahap gaban -> handphone. bila dengar orang cakap telefon, tengah menyusu pon sibuk nak pusing.. dengar orang sembang kot..

2) suka garu, tenyeh muka.. selalu sangat luka2..

3) suka buat muka geram sampai terkeluar lidah.. lawak gila ok!

4) skill terbaru, berdiri dan melangkah sikit2 sambil tolak kerusi rotan bulat kecik kat umah..

5) sebelum ni jarang sangat poo-poo walaupun dah makan.. hari wajib adalah isnin dan selasa.. tapi start sabtu lepas sampai hari ni, tiap2 hari pulak..

6) kalau nampak gua je dia hulur tangan suruh ambik.. walid pon dia buat dek.. tapi kadang2 kalau ramai2 pegang, ummi sendiri pon dia lupa..

7) volume suara sangat nyaring.. senang je nak kasi itu suara keluar, jelir lidah depan dia..

8) perkara pertama orang akan tegur tentang irfan adalah bulu mata dan taik lalat.. mahal tu!




tengok apa kat tangan tu --> plastik & botol..



pose istimewa dari saya..



sangat terrer semua shortcut, dia tekan2 sampai terus hibernate..



pantang lepa, kunci mesti masuk mulut..

Saturday, September 25, 2010

27!

sebenarnya.. gua tak minat makan kek..

tapi kek sudah sinonim dengan hari lahir.. kan?

ape pun, terima kasih bang sebab belikan..

seronok tengok kek tu habis kawan2 makan..

kenapa tekak gua tak suka heh? at least, setahun sekali kena la makan!



Thursday, September 23, 2010

walker?

awek irfan (cewah, ada awek dah anak aku neh), alya dah naik walker..
umurnya muda sebulan aje..
dulu kecik2 pon semua pakai walker rasanya kan?

tapi kami decide walker takkan dibeli untuk irfan..
banyak artikel tulis tentang bahaya lebih banyak dari faedah..
terpaksa la kepung secara manual bila dia nak merayau satu rumah.. hehe



gigit jari sebab frust ke irfan? ala.. nanti ummi benda gadget lain ek.. ☻☻

Tuesday, September 21, 2010

house hunting

untuk mendapat sebuah rumahku syurgaku, bukan senang..

dah hampir 8 bulan hidup macam kaum nomad, sejak irfan lahir la kiranya..

skarang, setelah cukup haul dan boleh buat loan dengan company, pencarian rumah kini bermula!

tadi, baru usha sebijik..
rumah tinggi, hanya 8km dari pejabat..
sedang elok la dengan gua yang gelabah kalo kaka takde nak pegi keje macam mana..
tile semua dah pasang baru.. bilik air tengah repair.. cat pon baru..
tingkat 14, bukak tingkap angin sepoi2.. nyaman nyah!

boleh kata, dah jatuh cinta dengan rumah tu!

TAPI

jiran satu malaysia depan rumah..
campur dengan bau-bauan dan bunyi-bunyian..
sampai sekarang pening tak hilang..

bukan perkauman.. cuma.. risau nanti jadi rumahku nerakaku..

Monday, September 20, 2010

boleh jadi cover majalah Pa&Ma tak?



*cilok gambar fb kak ili.. thanks kak.. cantik gile gambar ni..*

fakta hari raya

* cuti 2 minggu nyah! memang meletop raya mak tahun ni..

* rasanya akan menjadi tradisi, raya pertama di Ipoh, kampung suami.. (lepas tu habiskan cuti kat kampung mak! pandai tak? hehe)

* seronok sangat sebab berjaya puasa penuh sebulan.. alhamdulillah..

* baju raya yang dibeli, saiz S pon gelebeh.. badan sudah shrink ke saiz XS.. (berat badan skarang macam zaman skolah dulu.. dukung Irfan pon macam nak tumbang kadang²..)

* ada resipi kuih raya baru tahun ni.. thanks cik ton sebab share.. sedap gile biskut Denmark tu.. ish.. kena buat lagi la, letak dalam balang ngap kat opis..

* duit raya Irfan lagi banyak dari kutipan gua masa kecik² dulu.. beruntung kamu.. (nanti masuk bank ok..)

* teringin nak 'buka rumah' tahun ni.. tapi malangnya rumah sendiri masih belum ada, baru dok cari secara serius.. tahun depan la..

Friday, September 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010



cuti 2 minggu dah nak sampai ke penghujung..
ucapan raya tak buat lagi..

selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat Islam..

nota kaki:

hari raya aidilfitri setahun sekali,
makan banyak tak henti-henti,
kalau ada yang buat open house jangan lupa jemput kami,
irfan seronok beraya nak collect angpau lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...