Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, September 25, 2012

25 September

Tarikh ini kembali lagi.
Gembira setiap kali ia datang.
Dapat dibayangkan bagaimana keadaan hari ini 29 tahun yang lalu.
Anak sulung lahir, pastinya penuh dengan kesyukuran.
Alhamdulillah. Aku masih dapat menikmati kehidupan selama ini.

Friday, September 21, 2012

great kiss

Tak puas tengok gambar ni. Rasa macam Irsyad kecik lagi, jadi aku sangat kagum kebolehan dia faham apa kita cakap.
Atau sebenarnya memang pada umur 10 bulan itu kebolehan normal, serius tak ingat macam mana Irfan dulu. Cepat betul lupa padahal jarak umur budak 2 orang ni dekat.

Kalau mintak cium dia bagi.
Kalau sebut spiderman dia akan hulur tangan macam nak keluarkan web. Ini memang belajar dari abang yang memang obses dengan spiderman.
Kalau dengar lagu Gangnam Style dia goyang.
Akan toleh kalau panggil Irsyad atau Adik.
Oh my adikkkk!!


Tuesday, September 18, 2012

Showru Kelana Jaya

Susah tau nak ajak big boss makan luar.
Seboleh-boleh dia akan suruh masak. I malas lah u.. Fridge tu kalau penuh dengan barang nak masak takpe la jugak. Baru datang selera nak masak sedap²..
Kalau masak jugak menu yang asal ada tu, buat membazir je nanti. Tak habis, pastu buang!
Kesian makanan..

Selepas terpengaruh dengan Iqram Dinzly yang makan sedap dalam rancangan makan-makan tu..
Ahad lepas baru dapat merasa..


1- Kami order Fish and Chips - rating: biasa² aje. Ikan garing sangat kot.
2- Pizza apa tah nama, tengok dalam menu tulis recommended by chef - rating: Not bad.
3- Nasi goreng seafood - rating: sedap tapi pedas. Tak boleh suap budak².
4- Sup ekor - rating: terbaek. Big boss puji bukan main.

Nak order mushroom soup habis pulak. Irfan sekarang penyakit takmo makan. Kalau makan pon fast food/western aje.. Dia akan lebih berselera kalau makan pizza celup mushroom soup. Frust sikit.

Menu banyak lagi, tapi last² pilih menu common jugak.
Insyaallah kalau pegi lagi nak try dim sum pulak.


Sayang adik tangan-tangankan?

Adik beradik bergaduh perkara biasa kan?
Aku kecik-kecik dulu pon kaki tangan semua naik kalau gaduh.
Adik no 2 lelaki, tapi tetap bertumbuk jugak. Geram punya pasal..
Tapi masa kecik je la. Bila dah besar, dah pandai fikir, aku pon jadi la kakak yang baik. Hahaha.

Sekarang, time anak-anak pulak bergaduh. Macam mana ni?
Kecik lagi dah nampak dah..
Maklum la adik tak pandai lawan lagi, Irfan bukan main buli.
Sampai satu tahap, tolak adik sampai jatuh "PANGGGGG!!!"
Punya kuat bunyi Irsyad terlentang, terkejut aku. Rasa macam kepala kena besi buai.
Tapi harap2 malaikat lindung la anak aku sorang tu..

Kalau ada barang yang sama kat tangan dua-dua pon, Irfan tetap rebut.
Dia tak faham kot erti kongsi. Dah puas explain.
Yang adik pon ke mana abang main, situ dia nak ikut. Mana tak kena lepuk.
Kalau adik jerit tiba-tiba tu tak lain mesti abang punya angkara. Adoiii la!

Tapi, dalam geram² tu jangan sapa-sapa ambik adik Irfan. Dia boleh menangis macam kena pukul tau.

Sayang, bukan tak sayang.. ye Irfan?  ☺☺

Friday, September 7, 2012

gambar kontroversi


Kecik² dah minum air kotak? Kencing manis la tu karang..

Sebenarnya bagi kotak kosong/hampir habis kat dia..
Dah macam besar sangat je Encik Irsyad kita ni.. Geram! ☺☺

Tuesday, September 4, 2012

Kriteria derma darah - mode gian!

Ya, aku gian nak derma darah. Awat oi? Awat?
Lain macam je ni.. hahaha..

Taktau la kenapa..
Bila nampak email Tenant Management tentang kempen ni memang aku jadi frust.
Walaupun tak dapat derma sebab alasan yang suci murni tapi tetap.. sentap!

Ada lagi 1 tahun 2 bulan untuk selesaikan misi.
Insyaallah.. Tak lari jarum dikejar. Kan? ☻☻




Monday, September 3, 2012

Pak Sheikh Irsyad


Rindu sama adik. Kakak ipar cakap kalau panggil Irsyad adik, nanti kalau dapat adik lagi macam mana?
Hehehe.. Disebabkan lambat lagi, adik pon adik la Irsyad ek..

Pagi tadi meraung sakan ummi tinggal nak pegi keje.
Penangan 3 hari berkepit.
Tak sabar nak balik tengok senyuman gatal di atas! ♥♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...