Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, April 28, 2010

mari exercise..



ok, ni pembakar semangat gua..
bukan senang nak teruskan kalau dengar suara² sumbang sumbing keliling..

pencapaian terbaik 27 april 2010 setakat ni..

sebelum ni tak penah dapat itu macam ok..
nampaknya prestasi makin baik hari ke hari..

teruskan 'exercise' anda ye sabrina!
walaupun terpaksa exercise sambil pejam mata sebab kol 4-5 pagi..
budak bucuk itu punya pasal, apa sahaja! ☺☺

Monday, April 26, 2010

stop texting while driving!

ya, setuju dengan ini. sangat bahaya..
kadang2 partner sebelah gua pon buat, tapi gua tak berapa tegas menghalang..
takkan biar lagi lepas ni.. (janji pada diri sendiri)..

tanya soalan lain boleh?

semalam, beli barang kat The Store..
dengan baju kurung, sebab baru balik dari kenduri..
dengan aksesori tambahan di lengan, yang dah 5 kilo lebih tu.. hehe..

tiba2 mamat seberang tu datang sambil pegang air laici kotak di tangan..
dia tanya gua, "yang dingin di mana?" sambil tunjuk air kotak dia tu..

kot ye pon dia mengamalkan sikap 'malu bertanya sesat jalan'..
tapi lu silap orang bro!
ingat gua keje sini ke?

sentap seh!

Friday, April 23, 2010

tangan terseliuh boleh kasi mc seminggu tak? hehe..

gua selalu pegi klinik kalau demam je..
iaitu penyakit yang senang detect.. pegang panas, ha, demam la neh!

tapi kalau sakit yang tak nampak pada mata kasar camana ek?
rasa macam tak cukup sakit sampai nak jumpa doktor..
walaupun hakikatnya memang gua sakit!

jadi, bertahan ye wahai tangan..
kalau betul kau bermasalah, sila tunjukan lebam atau sebarang tanda..
baru kita jumpa doktot okay!

Wednesday, April 21, 2010

masih kipas susah mati




rempit, tapi tak lentik

ganaz tak tajuk?

bukan apa, nak cerita pasal naik moto..

gua skarang dah start naik moto semula ke pejabat, setelah sekian lama..
bonceng la lebih tepat lagi..
rasanya sejak awal mengandung sampai skarang la..
moto yang sangat berjasa dibeli di sarawak itu dipindah milik pada adik ipar yang lebih memerlukan ketika itu..

skarang, berpindah tangan pada kami semula..
antara kebaikan bermotosikal:

1) tak perlu keluar rumah awal pagi untuk mengelak jam. pukul 8 pagi masih boleh main-main dengan irfan..

2) balik rumah, boleh sampai dalam masa 1/2 jam sahaja.. almaklum la, tak sabar nak jumpa budak bucuk itu!

3) perlu isi minyak 4 ke 5 ringgit sahaja sehari berbanding kereta, yang purata sehari 15-20 ringgit.. sungguh jimat!

disamping itu, ada juga perkara thrill yang dapat dilakukan.
hari tu, gua dengan laparnya pekena goreng pisang atas motor yang bergerak 100km/j..
cuba bayangkan, siap nak makan kerak2 lagi..
memang dalam segenggam, tak semua masuk mulut sbb abeh terbang. ☺☻

kadang2, waktu kami lalu merentasi kereta yang berderet-deret dalam kesesakan, kaka akan gelak jahat.. hehe..
cuma pesan gua dengan dia, 'gelak la, kang hujan kita yang padan muka!'

Saturday, April 17, 2010

tak lama lagi mata gua boleh sama macam panda..

sabtu, seronoknya lepak kat rumah tak boleh nak cerita..
maklum la irfan depan mata..

cabaran mula kerja semula, dengan jayanya diharungi..
cabaran tidak menyusukan irfan dengan susu lembu juga.. masih kental!

gua gila mengepam sekarang ni..
kerana memang berkesan untuk menambah susu..
kat office 3 kali, kat umah cuba 3 kali, ditambah dengan direct feeding..
hasil memang makin memberangsangkan..
alhamdulillah, cukup utk irfan setiap hari..

cuma istilah tido nyenyak sudah tiada lagi.. huwaa!!

Monday, April 12, 2010

hari pertama

rasa macam budak sekolah masuk darjah 1..
taktau apa nak expect..

rasa macam nak masuk dewan ambik periksa SPM..
takut tak boleh jawab soalan..

rasa macam masa sekolah rendah, dapat buku hijau untuk cabut gigi..
takut doktor cabut kasar, sakit!

sama macam aku hari ni..
hari pertama..

duhai masa, cepatlah berlalu..

Tuesday, April 6, 2010

best? tak best?

apa yang best?

1) berat badan gua dah kembali seperti sebelum mengandung! yippi!!
2) setakat ni irfan masih minum susu dari badan gua tanpa dicampur susu lembu. kalau la dapat sampai 2 tahun.. amin!
3) gua ada bantal bucuk kecik yang montel! sampai kadang2 lupa bantal peluk yang lagi satu.. sori sayang! hehe..
4) irfan mewarisi lesung macam gua jugak.. boleh ganti fizz fairuz bile besar okay! haha!

yang tak best plak?

1) terpaksa meninggalkan si kecik di siang hari.. oh syahdu! (klise)
2) weekdays tinggal di klang, weekend di rumah, agak kelam kabut okay..
3) walaupun irfan anak yang baik, tak meragam dari dalam perut hatta bila dia dah keluar, tapi gua dapat hadiah baekk punya dari dia --> strecth mark teruk tahap gaban.

Sunday, April 4, 2010

kerja, oh kerja!

hari ni Irfan genap 2 bulan.. dan maknanya dah cukup 60 hari..
dan maknanya lagi, esok gua dah kene keje..
dan macam semua ibu-ibu lain yang bekerja, gua rasa tak sanggup yang teramat..

maka gua ambik keputusan untuk tambah cuti lagi seminggu.. weehoo!!
bos, nanti saya apply dalam sistem ok.. :D

bukan apa, risau Irfan demam sebab tadi baru cucuk..
dari balik petang tadi, dia tido je.. bgn kejap, bagi susu tido lagi..
tak larat agaknya.. kesian anak ummi..
tapi dia hero, kena cucuk nangis sikit je.. macam takde ape2.. cayalah!

sebagai persediaan ke pejabat nanti, gua dah beli cooler bag untuk simpan susu..
RM125, brand Mom's Little Ones..
tapi, hanya akan guna minggu depan.. hehehe..
harap2 susu banyak la.. amin!

Friday, April 2, 2010

sleeping cutie contest

menarik la, nak join jugak!!

contest dari papamama zakwan..



Nama: Muhammad Irfan bin Muhamad Khairul Amir
Tarikh Lahir: 4 Februari 2010
Email: minatgiler02@yahoo.com

kalau lagu dodoi takde boleh? hehe..
Irfan senang tido, dan umminya ni malas nak pikir lagu.. hehe..

Gambarnya:

gambar2 kesukaan i!



tido senyum ni yg ummi geram neh!



tido tak senyum pon geram gak! haha..



huwaaaaaaa!!! orang nangis pon nak ambik gambar ke??



irfan dengan walidnya..



muncung nampak..

cepat sungguh masa berlalu..

wah.. lama betul tak update..

sejak balik ke kehidupan biasa, iaitu pada hari ke-45 bersalin, gua jaga irfan sendirian di rumah..
jangan kata nak update blog, nak mandi pon tak berapa nak sempat.. hehe..

walaupun sorang, tak susah rupanya..
anak sendiri, kebolehan semulajadi rasanya mmg dah ada pada semua ibu..
cuma kadang2 time management hura hara sikit..

nak masak makan sendiri terpaksa berlari-lari..
walaupun kadang2 irfan tido baekk punya, tp masih risau tak tentu hala..
mandi pon macam tu, terpaksa mengamalkan mandi koboi..
malam waktu kaka ada baru la mandi bunga sikit.. :D

pejam celik, pejam celik isnin ni gua dah terpaksa masuk kerja..
ikutkan hati mau aje ambik unpaid leave.. tapi apakan daya..
gua semestinya akan merindui saat2 tido tak kira masa bersama irfan..
maklum la, time menyusu baring dengan gua berlayar sekali..
time mandikan irfan paling best, sbb mamat tu tak takut air..
suka gila! pastu time nak pakaikan baju mula la bersembang sakan..
selesa agaknya dah wangi2..

takpe la.. kerja mesti kerja.. untuk irfan juga kan sayang..
nanti duduk dengan opah jangan meragam ye bucuk..
petang ummi balik kita gomol2 okes.. :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...