wah.. lama betul tak update..
sejak balik ke kehidupan biasa, iaitu pada hari ke-45 bersalin, gua jaga irfan sendirian di rumah..
jangan kata nak update blog, nak mandi pon tak berapa nak sempat.. hehe..
walaupun sorang, tak susah rupanya..
anak sendiri, kebolehan semulajadi rasanya mmg dah ada pada semua ibu..
cuma kadang2 time management hura hara sikit..
nak masak makan sendiri terpaksa berlari-lari..
walaupun kadang2 irfan tido baekk punya, tp masih risau tak tentu hala..
mandi pon macam tu, terpaksa mengamalkan mandi koboi..
malam waktu kaka ada baru la mandi bunga sikit.. :D
pejam celik, pejam celik isnin ni gua dah terpaksa masuk kerja..
ikutkan hati mau aje ambik unpaid leave.. tapi apakan daya..
gua semestinya akan merindui saat2 tido tak kira masa bersama irfan..
maklum la, time menyusu baring dengan gua berlayar sekali..
time mandikan irfan paling best, sbb mamat tu tak takut air..
suka gila! pastu time nak pakaikan baju mula la bersembang sakan..
selesa agaknya dah wangi2..
takpe la.. kerja mesti kerja.. untuk irfan juga kan sayang..
nanti duduk dengan opah jangan meragam ye bucuk..
petang ummi balik kita gomol2 okes.. :D