Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Monday, June 18, 2012

Friday, June 8, 2012

my two 'i's

sejak baik sakit, rasa macam banyak benda berubah.


untuk irsyad, stok susu yang penuh peti ais dulu dah tinggal peti ais je.
mujur dia dah makan dan susu yang ditinggal pon selalu tak abis.
so dapat la kumpul balik stok slow-slow.

irfan pulak dah besar sangat rasanya. tinggi bukan main.
kena shopping baju baru sebab banyak dah kecik. gonjeng je kalau pakai.
dia dah berhenti secara rasmi dari nenen. ada dekat sebulan kot.
dia kata taknak sebab ada susu. good. takyah susah2 sapu benda pelik2 kat situ..
tapi rasa agak sedih sebab selalu tak heran ummi dah.
kalau orang sekeliling dia ramai, ummi langsung tak cari.
ok, aku kena redha sampai bila nak kepit dia celah ketiak kan.
lagi besar nanti lagi la..

ada jugak sekali dua ummi syahdu nangis time nak tido. hahahaha.
di kala sedih tu teringat, nasib baik ada adik.
tapi nanti bila adik dah besar? kena ada adik lain lagi la nampaknya.. hehehe

Wednesday, June 6, 2012

kenangan



pengalaman patah jari.

pengalaman masuk dawai.

pengalaman cabut dawai.

ada lagi tambahan pengalaman patah tulang clavicle bahu. tapi besi punya penangan, semua macam elok tak ada apa². yang ada cuma parut. tapi kat kawasan yang tak sesuai diambil gambar.

sungguh menusuk kalbu.

Tuesday, June 5, 2012

Back to reality!

Kembali menjalankan tugas.
Selepas bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian selama 2 bulan.
Dah macam cuti bersalin. Dah 3 tahun berturut dah ni.. Bos pon geleng kepala..

Mode lemau masih kuat walaupun dah pukul 4 ptg.

Ya, datang pejabat naik kereta.Takmo bonceng² dah. Serik.
Kalau teringat kejadian mesti flashback seram beserta sound effect dan scene berdarah-darah datang.

Oh tidak.. ☻ ☻
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...