Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, October 27, 2011

37w, 4d

jam sudah hampir 5.30. hampir waktu pulang. yay!
sudah tak ada hati nak bekerja. member cakap ko jangan, nanti perangai turun kat anak. hehe..
rasa macam nak ambik mc, sampai hari bersalin.
sungguh mak malas nak kerja! dush! dush!!

weekend lepas, selamat balik kedah untuk attend wedding.
ahad malam selamat sampai kl semula.
isnin, cuti. lepak dengan irfan kat rumah sebab cik abang kena kerja.
selasa, hari melawat binatang dan singgah tengok newborn baby. due date patut 11.11, tapi 25.10 dah lahir. bestnya!
rabu, deepavali - round ikea dan makan2 rumah member sampai lewat malam.
khamis - hari ni. kerja. boring!!!!
jumaat - esok. pun kerja. boring lagi!!

ada orang cakap nampak baby dah turun. tapi every week buat CTG memang takde contraction langsung.
kena tunggu 15hb jugak kot..

takpe, mari menanti dengan sabar.

mari upload gambar irfan tengok binatang.


excited. tengok binatang siap panggil woi! woi!


eh, dia analyze pokok pulak..




khusyuk tengok apa tah..


ummi, haus. minum dulu!


abaikan si gemuk.


mari pulang!!

Friday, October 21, 2011

36 minggu, 5 hari.

menunggu hari.
kalau berdasarkan perasaan dan kondisi badan sendiri, rasanya bukan dalam masa terdekat.
begitu juga pendapat orang² keliling di pejabat. katanya belum 'turun' lagi. hehe..
agaknya adik nak ikut jejak langkah abang irfan kot, tunggu ngam² 40 minggu baru nak tengok dunia..

malam ni akan pulang ke kampung.
kenduri punya pasal mesti ambik peluang untuk balik walaupun lepas ni akan menghabiskan masa berpantang di rumah mak tentunya.
untuk memastikan semua ok, kejap lagi akan ke DEMC untuk CTG.
lepas tu boleh rocket mode ke kedah tanpa was². ☺☺

ucapan utk bakal pengantin pon nak selit kat sini.
tahniah Raimi & Raimi. best betul nama korang sama. hahaha
terimalah hadiah yang tak seberapa dari kami.


*pengantin pon tak tengok lagi, mak dah upload dulu. hihi*

Monday, October 17, 2011

car seat - checked!

car seat - baru kali ni beli sebab mustahil ummi boleh pegang 2 sekali kan..
ada ke orang beli, tapi anak taknak duduk?
irfan, nak duduk kejap je.
mula2 jalan ok, nampak seperti sedang mengadaptasi..
tapi tak sempat nak masuk highway lagi dah meronta nak bebas.
kalau dia, mungkin sebab tak pernah ajar la kot.
adik, kalau letak dari newborn boleh kot ek..



kesian, budak demam.

celik kembali

ya, encik sony dah celik kembali.
ajaib sungguh.
tak hantar repair pon.
5 hari lepas kecelakaan, on balik hidup pulak..

tahniah kepada pihak pembuat telefon.
sebelum ni gua asyik komplen model ni tak best sebab bateri cepat habis.
tapi dengan tahap ketahanan yang tinggi iaitu boleh survive jatuh 4 tingkat, gua ganti rungutan dengan pujian yang melambung.
*tepuk tepuk tepuk*

Thursday, October 13, 2011

irfan dengan mittennya..

terima kasih walid sebab part basuh baju dia memang sangat sangat sangat rajin. ♥♥
setelah dikorek-korek, mitten & booties je banyak jumpa.
baju irfan lama banyak dah buruk jadi babai, ummi nak beli baru..



kelakar betul bila tengok irfan pelik apa benda yang bersangkut tu..
try kasi pakai tengok..



eh.. mana jari irfan ni?

Tuesday, October 11, 2011

35 minggu ++

tengok tarikh hari ni, cantik - 11.10.11
terdetik dalam hati, sapa bersalin hari ni senang ingat tarikhnya.. (macam lahir hari lain susah sangat nak ingat kan..)
tapi untuk diri sendiri, berdoa baby jangan keluar awal.
tiap2 hari imaginasi liar kacau.
macam mana kalau tengah tunggu lif kat lobi tetiba ketuban pecah? atau pecah masa kat surau? hahaha..
ni semua gara² kak yang, adik ipar aku yang bersalin sangat awal tu..

sekarang, check-up every week kat DEMC. kami pilih sabtu sebab tak payah ambik cuti..
sabtu akan datang, kena buat CTG dulu sebelum jumpa doktor..
nervous gila rasanya, kenapa tah.
harapnya biarlah baby keluar pada EDD, sebab banyak sangat kerja nak disiapkan.
macam penting sangat la kat office tu kan..
tapi segala handover notes kena siapkan supaya tak diganggu sewaktu pantang nanti..

weekend lepas, baru basuh baby cot.
baju irfan yang kecik² tak banyak la.. maklum la kawan tu badan kurus. semua baju pakai lama gila sampai lunyai.
sekarang, banyak je baju 6-12 bulan dia boleh pakai lagi.
banyak jugak kot kena shopping baju, untuk irfan dan adik sekali.
beg standby masih takde dalam bonet, car seat belum beli, apa lagi ek..
sungguh tak prepare..

apa pun, yang paling penting baby adik sihat, air ketuban ok, uri ok.
berat dah 2.2kg. kitorang teka, adik mesti lahir lebih berat dari abang irfan.. ☺☺

handphone buta

dah 2 hari handphone aku buta.
sebenarnya tak risau sangat pon sebab handphone ni memang jarang bunyi.
takde sapa nak call.. hehe.. kesian..

alkisah encek sony jadi buta sebab anakanda baling keluar tingkap.
ya keluar tingkap.
tingkap rumah tingkat 4 ye.

pada masa kejadian, memang dah nampak dia ambik dan nampak gaya nak baling.
tapi mak tak sempat nak tahan. jadi, selamat la ke bawah.

hubby turun pegi ambik, tekan² la apa yang patut.
yang rosak adalah skrin. hitam je. entah on ke tidak taktau..
tapi nasib baik masih boleh terima call. nak call keluar pulak mana ingat semua nombor.
jadi la ia handphone buta.

dalam masa terdekat takde selera nak beli handphone baru.
lepas bersalin, habis pantang nanti la kot. boleh gitu.. hahaha..

Tuesday, October 4, 2011

irfan - 20 bulan

sekejap je masa berlalu, dah 20 bulan anak ummi. kalau orang tanya sekarang dah boleh buat apa, jawapannya tentu la macam². yang paling best boleh bersembang dengan dia.

antara kesukaan anak bujang aku:

1) gila nabil - rasanya kalau jumpa kat mana² mau dia tegur kot. sehari suntuk boleh repeat tengok clip nabil main piano minggu ke-3 maharaja lawak. siap boleh tiru nyanyi sikit² plus gaya sekali. bukan tu je, semua cerita ada muka nabil dia minat. bila iklan, mengamuk sekejap. sampai ada orang cakap, letak nama adik nabil la senang.. hehe..



2) gila piano - bila dah seronok tengok nabil main piano tu, pantang la tengok mainan piano. pegi rumah orang, sapa ada mainan ni mesti nak main. dah berebut dengan tuan punya pulak.. basikal yang kitorang belikan pon ada piano kat handle. asalkan puas hati nak oi..

3) sayang kucing - perangai ni memang bukan turun temurun dari kedah. (mak, mak sedara, nenek semua penakut kucing.) suka sangat angkat² kucing tu, sampai satu hari balik rumah muka banyak kesan cakar. haih..



4) minat hikayat putera shazlan - suka tengok drama agaknya anak aku ni. layan putera shazlan lebih kusyuk dari spongebob.

5) banyak bercakap - part ni paling menarik. walaupun tak pandai buat ayat lagi, tapi semua orang cakap dia ajuk. bunyi yang sangat comel. ishhh geram!!

6) suka muzik - badan mesti goyang dengar lagu rancak. lagu slow dia suruh tukar ok. lagu kegemaran - grenade, lazy song dengan party rock anthem.

7) kurang makan - part ni susah sikit. makan ikut mood. susah hati je selalu kalau suap makan takmau.. sebab tu tak kurus je badan.

ingat nak genapkan sampai 10, tapi dah takde idea. stop terus kat sini, hehe..
semoga kamu sihat sentiasa dan selalu menjadi penghibur kepada kami.. ☻☻

Monday, October 3, 2011

welcome to the world baby!



PIL akan terima 2 orang lagi cucu tahun ni.
introducing, my nephew. he was born on 2nd Oct 2011 at 27 weeks.

patutnya adik ipar bersalin awal januari, tapi dah ditakdirkan tarikh lahir baby ni awal kan..
hanya doa dapat kami panjatkan supaya dia sihat dan membesar dengan baik.
tunggu sepupu awak pulak bulan depan ye.. :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...