Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, October 4, 2011

irfan - 20 bulan

sekejap je masa berlalu, dah 20 bulan anak ummi. kalau orang tanya sekarang dah boleh buat apa, jawapannya tentu la macam². yang paling best boleh bersembang dengan dia.

antara kesukaan anak bujang aku:

1) gila nabil - rasanya kalau jumpa kat mana² mau dia tegur kot. sehari suntuk boleh repeat tengok clip nabil main piano minggu ke-3 maharaja lawak. siap boleh tiru nyanyi sikit² plus gaya sekali. bukan tu je, semua cerita ada muka nabil dia minat. bila iklan, mengamuk sekejap. sampai ada orang cakap, letak nama adik nabil la senang.. hehe..



2) gila piano - bila dah seronok tengok nabil main piano tu, pantang la tengok mainan piano. pegi rumah orang, sapa ada mainan ni mesti nak main. dah berebut dengan tuan punya pulak.. basikal yang kitorang belikan pon ada piano kat handle. asalkan puas hati nak oi..

3) sayang kucing - perangai ni memang bukan turun temurun dari kedah. (mak, mak sedara, nenek semua penakut kucing.) suka sangat angkat² kucing tu, sampai satu hari balik rumah muka banyak kesan cakar. haih..



4) minat hikayat putera shazlan - suka tengok drama agaknya anak aku ni. layan putera shazlan lebih kusyuk dari spongebob.

5) banyak bercakap - part ni paling menarik. walaupun tak pandai buat ayat lagi, tapi semua orang cakap dia ajuk. bunyi yang sangat comel. ishhh geram!!

6) suka muzik - badan mesti goyang dengar lagu rancak. lagu slow dia suruh tukar ok. lagu kegemaran - grenade, lazy song dengan party rock anthem.

7) kurang makan - part ni susah sikit. makan ikut mood. susah hati je selalu kalau suap makan takmau.. sebab tu tak kurus je badan.

ingat nak genapkan sampai 10, tapi dah takde idea. stop terus kat sini, hehe..
semoga kamu sihat sentiasa dan selalu menjadi penghibur kepada kami.. ☻☻
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...