Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, October 11, 2011

35 minggu ++

tengok tarikh hari ni, cantik - 11.10.11
terdetik dalam hati, sapa bersalin hari ni senang ingat tarikhnya.. (macam lahir hari lain susah sangat nak ingat kan..)
tapi untuk diri sendiri, berdoa baby jangan keluar awal.
tiap2 hari imaginasi liar kacau.
macam mana kalau tengah tunggu lif kat lobi tetiba ketuban pecah? atau pecah masa kat surau? hahaha..
ni semua gara² kak yang, adik ipar aku yang bersalin sangat awal tu..

sekarang, check-up every week kat DEMC. kami pilih sabtu sebab tak payah ambik cuti..
sabtu akan datang, kena buat CTG dulu sebelum jumpa doktor..
nervous gila rasanya, kenapa tah.
harapnya biarlah baby keluar pada EDD, sebab banyak sangat kerja nak disiapkan.
macam penting sangat la kat office tu kan..
tapi segala handover notes kena siapkan supaya tak diganggu sewaktu pantang nanti..

weekend lepas, baru basuh baby cot.
baju irfan yang kecik² tak banyak la.. maklum la kawan tu badan kurus. semua baju pakai lama gila sampai lunyai.
sekarang, banyak je baju 6-12 bulan dia boleh pakai lagi.
banyak jugak kot kena shopping baju, untuk irfan dan adik sekali.
beg standby masih takde dalam bonet, car seat belum beli, apa lagi ek..
sungguh tak prepare..

apa pun, yang paling penting baby adik sihat, air ketuban ok, uri ok.
berat dah 2.2kg. kitorang teka, adik mesti lahir lebih berat dari abang irfan.. ☺☺
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...