Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, August 29, 2012

Syawal 2012

Raya oh raya..
Yang seronoknya, dapat cuti lama dan gila mengira duit raya hero-heroku sekalian. ☺☺
Yang ruginya, tak dapat merasa ketupat dan rendang yang maha sedap hasil tangan nenek tercinta.
Kat Ipoh mana jumpa ketupat palas. Kalau ada pon tak sedap.
Irfan memang gila main bunga api. Tak habis² dengan Pop-pop dia tu. Siap tangan terpegang besi panas bunga api lagi. Tapi tidak serik disitu.
Irsyad pulak, masih tak mengerti apa itu hari raya. Orang kasi angpau masuk mulut. Itu je tau. ☻☻
Geng purple. Irsyad je kureng sikit sebab takde baju melayu. Takpe la adik kan? ☺☺


Raya pertama di Simpang Pulai. Geng 11 tak cukup sebab yang no 3 balik kampung suami di Pahang.
Jadi anak ke-3, menantu dan cucu takde dalam gambar.
Dan ops, walid juga tak kelihatan sebab jadi tukang ambik gambar.


Bila waktu freestyle, pegang anak membolehkan kita mempelbagaikan gaya. Hehe.


Gambar sebelum balik KL. Adik beradik tak ramai, 5 orang je.
Tapi tak cukup sorang jugak. Yang no 3 gigih bekerja di hari raya.
Oh ya, mak dengan ayah tak kelihatan sebab tak suka kamera. Rugi.. Rugi..

Akhir kata, Salam Aidilfitri.
Semoga dapat bertemu Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. ♥♥

Wednesday, August 15, 2012

shopping raya


Kalau tak ke sini rasa macam tak sah.
Pernah sekali dia punya jam tak hengat, cari parking payah, kitorang terus balik walaupun dah sampai.
Semalam, lepas kerja nekad naik kereta masuk dalam perut Kuala Lumpur ni.
Tak jam woo! 30 minit dah sampai dari office. Bertolak 4.45, 5.15 dah sampai.
Tapi hanya jumpa parking 30 minit kemudian. Adeh..

Takde beli apa sangat pon. Jumpa baju yang dicari kira mission accomplished la.
Dapat jalan tanpa berlaga bahu pon mission accomplished juga.
Seronok dapat jengah Jalan TAR tahun ni. Jumpa next year ok.
Lepas ni sambung shopping kat Sg Petani dengan Ipoh pulak.
Beli.. Jangan tak beli..

Tuesday, August 14, 2012

Red flag!

Nota untuk diri sendiri. Untuk rujukan masa hadapan kononnya.

Baru semangat nak bangun malam lepas dapat panduan dari Ustaz Muhammad bin Abdullah Al-Amin tentang 10 malam terakhir Ramadhan.

Tapi dia tak kasi can nampaknya.

Untuk kali ni, baik saja dia mari pada umur Irsyad 9 bulan 1 hari = 23 Ramadhan. Waktu Irfan dulu 11 bulan (hari tak ingat).

Untuk Irsyad, semoga awak sihat2 selalu walaupun asyik jatuh dan terhantuk sebab gila nak berdiri sangat. ♥♥




Thursday, August 9, 2012

Lasagna. Tak payah beli kat kedai dah.


Masyaallah.. Sakit mata tengok gambar ni. Blur gila. Tapi ini je seketul sempat snap.

Irsyad kacau nak rebut handphone. Sebab tu fokus ke laut.

Terima kasih Aishah share blog resipi. Berbuka semalam punya menu tambahan. Boleh dianggap lulus cemerlang, cuba kepingan lasagna perlu direbus lebih lama instead of aku just celur. Ada celur lama, ada celur kejap jadi jumpa la yang liat, yang keras.

Practice make perfect. Ahad ni nak buat 3 loyang jamu 15 orang makan. Hambik kau. ☺☺

Awet jangan tak awet

Awet muda. Anugerah la tu kan?

Tapi pada pandangan aku, ada juga sisi kurang best kepada benda alah awet muda ni.

Contoh:
1) Dalam meeting. Dengan group yang tak kenal siapa kita. Pendapat mungkin dipandang rendah oleh orang lain walaupun kau dah kerja 5-6 tahun. Banyak pengalaman, tapi muka nampak macam budak praktikal. Apa nak buat.. Nasib..

2) Cenderung untuk di'tekan' oleh jurujual. Alah, budak kecik apa dia tau. Kata orang itu dalam hati.

3) Masuk kedai branded silap2 tak di-entertain. Rupa student, mana ada duit. Padahal taktau cash kembung2 dalam purse.

Setakat hari ni, paling muda orang tegur umur aku ialah 23 tahun. Pergh. 6 tahun gap. Komen cakap aku anak dara pon banyak, tapi bila tengok wallpaper kat PC je tekejut anak mak dah 2. Hehe. Yang ni best sebab nampaknya aku berjaya sorok lemak kat perut. ☻☻

Sebab utama kenapa aku jenis tak malu mengaku umur ialah sebab ni. Honestly, aku kurang selesa orang anggap aku muda sangat. Entah kenapa..

Mungkin bila dah umur 40 baru menatang awet muda ni best kot.

Tuesday, August 7, 2012

Monday, August 6, 2012

pada zaman dahulu, ada seekor kancil.



nak berubah memang susah. kena kuat. kan?

sejak aksi stunt 4 bulan lepas, memang dah bertekad.
survey, survey, kebetulan ada tuah pulak dapat beli kereta company.
murah, tapi manual. banyak nak repair jugak ni.

dah try bawak. cuak. kelam kabut. lenguh.
memang perlu banyak praktis memandangkan dah tak pegang stereng lama sangat.
last tahun 2009 tu. sebelum irfan lahir. gila betul!

kata sepakat setakat ni, cik abang nak tukar enjin terus.
turbo L6 ke ape tah. aku takmo tau. yang aku tau, nanti boleh bawak auto. hahaha.
kita make-up kasi cun, tukar kulit, seat, tayar, rim. lawa la nanti tu.

nak sedapkan hati, sekarang kena keluar lebih sikit. nanti² penjimatan minyak berpanjangan kira berbaloi juga.
aku bukan reti bawak laju pon. lantak la turbo ke apa.
lagipon tak ada hutang.

mohon kekuatan dari Maha Esa.
alah bisa tegal biasa.

nota kaki: irfan dah banyak kali suruh ummi bawak jalan² naik kete kecik. tunggu la nak. untuk keselamatan kamu juga. ♥♥

Friday, August 3, 2012

Ramadhan 2012

Ramadhan dah hampir pertengahan, cepat betul masa berlalu.

Tentang menyusu Irsyad, pada mulanya tak risau sangat memandangkan dah ada pengalaman dengan Irfan. Dulu boleh aja survive.
Tapi sejak akhir-akhir ni nampak macam makin kurang production.
Macam nak tekan panic button pon ada ni.

Mungkin sebab kurang makan/minum kot waktu malam.
Entah kenapa, makan berbuka dan sahur sahaja. Sikit pulak tu.
Sikit bagi aku la sebab selalunya bab makan memang tak padan dengan saiz orang kata.
Pernah sekali ulang makan nasi dalam pukul 10 camtu, terus perut rasa lain macam.
Terkejut agaknya tetiba terima supply makanan lebih.

Harap2 susu cukup la untuk adik. Nanti ummi try makan extra ek.
Supplement pon tak ambik. Tawakal pada Allah sajalah..

Kalau masih tidak period juga, tahun ni akan masuk tahun ke-4 puasa penuh.
Best betul! Berdasarkan pengalaman, Irfan 11 bulan baru bendera merah mari.
Jadi ada can la kot tahun ni.

Sikit pasal hero-hero kesayangan:

Irfan:

Dah besar sangat rasanya. Makan dah boleh terima pedas2. Senang sikit.
Kalau datang angin sayang adik, kalau adik nangis boleh pujuk "Icad jangan nangis, main ipad nah!". Kalau datang angin kus2 pulak, "Icad ni kacau ar!" atau "Ummi jangan nenen Icad" sambil tolak2 kawan tu. Nasib la adik oi..

Irsyad:

Hero kecik ni nampak gaya takmau merangkak. Asyik nak berdiri aje. Bahaya kalau tinggal sorang2 ni. Asyik terhantuk je. Dia sekarang ni tengah fasa melekat dengan ummi macam magnet. Pantang nampak, kalau tak ambik mesti nangis. Layankan je la masa nak bermanja ni. Esok dah besar macam abang, ummi dia tak heran pon. Hehe..

Marilah kita menjalani ibadah puasa dengan bersungguh-sungguh. Semoga amalan kali ini lebih baik dari yang lepas2. ☺ ♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...