Awet muda. Anugerah la tu kan?
Tapi pada pandangan aku, ada juga sisi kurang best kepada benda alah awet muda ni.
Contoh:
1) Dalam meeting. Dengan group yang tak kenal siapa kita. Pendapat mungkin dipandang rendah oleh orang lain walaupun kau dah kerja 5-6 tahun. Banyak pengalaman, tapi muka nampak macam budak praktikal. Apa nak buat.. Nasib..
2) Cenderung untuk di'tekan' oleh jurujual. Alah, budak kecik apa dia tau. Kata orang itu dalam hati.
3) Masuk kedai branded silap2 tak di-entertain. Rupa student, mana ada duit. Padahal taktau cash kembung2 dalam purse.
Setakat hari ni, paling muda orang tegur umur aku ialah 23 tahun. Pergh. 6 tahun gap. Komen cakap aku anak dara pon banyak, tapi bila tengok wallpaper kat PC je tekejut anak mak dah 2. Hehe. Yang ni best sebab nampaknya aku berjaya sorok lemak kat perut. ☻☻
Sebab utama kenapa aku jenis tak malu mengaku umur ialah sebab ni. Honestly, aku kurang selesa orang anggap aku muda sangat. Entah kenapa..
Mungkin bila dah umur 40 baru menatang awet muda ni best kot.