Ramadhan dah hampir pertengahan, cepat betul masa berlalu.
Tentang menyusu Irsyad, pada mulanya tak risau sangat memandangkan dah ada pengalaman dengan Irfan. Dulu boleh aja survive.
Tapi sejak akhir-akhir ni nampak macam makin kurang production.
Macam nak tekan panic button pon ada ni.
Mungkin sebab kurang makan/minum kot waktu malam.
Entah kenapa, makan berbuka dan sahur sahaja. Sikit pulak tu.
Sikit bagi aku la sebab selalunya bab makan memang tak padan dengan saiz orang kata.
Pernah sekali ulang makan nasi dalam pukul 10 camtu, terus perut rasa lain macam.
Terkejut agaknya tetiba terima supply makanan lebih.
Harap2 susu cukup la untuk adik. Nanti ummi try makan extra ek.
Supplement pon tak ambik. Tawakal pada Allah sajalah..
Kalau masih tidak period juga, tahun ni akan masuk tahun ke-4 puasa penuh.
Best betul! Berdasarkan pengalaman, Irfan 11 bulan baru bendera merah mari.
Jadi ada can la kot tahun ni.
Sikit pasal hero-hero kesayangan:
Irfan:
Dah besar sangat rasanya. Makan dah boleh terima pedas2. Senang sikit.
Kalau datang angin sayang adik, kalau adik nangis boleh pujuk "Icad jangan nangis, main ipad nah!". Kalau datang angin kus2 pulak, "Icad ni kacau ar!" atau "Ummi jangan nenen Icad" sambil tolak2 kawan tu. Nasib la adik oi..
Irsyad:
Hero kecik ni nampak gaya takmau merangkak. Asyik nak berdiri aje. Bahaya kalau tinggal sorang2 ni. Asyik terhantuk je. Dia sekarang ni tengah fasa melekat dengan ummi macam magnet. Pantang nampak, kalau tak ambik mesti nangis. Layankan je la masa nak bermanja ni. Esok dah besar macam abang, ummi dia tak heran pon. Hehe..
Marilah kita menjalani ibadah puasa dengan bersungguh-sungguh. Semoga amalan kali ini lebih baik dari yang lepas2. ☺ ♥