Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Monday, July 16, 2012

sayang adik

by default semua orang mesti sayang sibling kan..
tapi yang membuatkan hati ummi kembang ialah dengan perbuatan irfan yang menunjukkan kasih sayang dia tu..

di awal kelahiran irsyad, memang nampak cemburu dia..
penah cakar pipi adik sampai berdarah, pernah gigit tangan adik sampai berbekas.
waktu dia masih menyusu, selalu marah bila adik nak menyusu juga.
selalu tarik perhatian, supaya jangan tumpu pada irsyad saja.

sekarang, irfan dah besar.
dah bijak, banyak cakap, dah faham keadaan.

walaupun kadang2 bila naik kereta dia kat rumah dia akan cakap "langgar adik!" hahaha
selalu kalau naik kereta tu dia akan babai ummi dan cakap pegi keje. ☺ ☺

nak tau macam mana irfan tunjuk sayang?

i)kalau irsyad menangis, berlari dia datang dan cakap. "icad jangan nangis, irfan kan ada.." (selalu ummi betulkan ayat dia, "abang irfan kan ada.."

ii)kalau jumpa mainan (mainan mmg merata-rata), mesti ambik dan bagi pada adik. kadang2 kalau mainan baru dia akan bolot sendiri dulu. bila dah boring baru bagi. takpe la kan.. hehehe

iii)nangis kalau orang cakap nak ambik adik dia..

iv)kalau makan mesti nak kasi adik sikit. kalau yang adik boleh makan, ummi bagi irfan suapkan. kalau tak boleh, kita cakap adik kecik lagi dia akan faham.

harapnya kamceng la kamu berdua ye.. senang hati ummi.. ♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...