Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, January 27, 2010

suka gambaq ni, sbb tu upload..



nota kaki: dapat mc 4 hari.. boring dok umah, tapi tak beranak2 jugak..

nota kaki 2: nak dapatkan aura super-mom, kegunaan di kemudian hari..

Friday, January 22, 2010

saya belum nak keluar la..

satu perkara baru, kalau terjadi pasti akan terasa sangat istimewa..
tak menjurus pada apa², secara umum sahaja..

tapi kalau dah selalu sangat, muak akan mula datang..
dan kalau selaluuuuu sangat.. boleh bikin naik darah.. ye tak?

satu benda ni, tak sampai nak naik darah lagi, baru muak tahap manja²..

"aik, ada lagi.. ingatkan dah cuti or ingatkan dah beranak.."
"ha, nasib baik angkat call.. ingat dah cuti or ingat dah meletop.."
"bila awak nak cuti ni?"
..... dan yang sewaktu dengannya..

itu juga salah satu sebab kenapa MALAS itu makin membiak..

lagi satu masalah, gua dah tak ada baju mau ke pejabat..
dulu, walaupun dah masuk bulan ke 8 pakai baju kurung takde hal..
kain tak boleh kancing tu biasa la, tp still boleh pakai..
tapi sekarang tidak lagi..

baju khas tu gua ada 8 helai saja..
taktau la kenapa tak beli banyak..
sudahnya ulang, ulang, ulang, itu saja..
tambah dengan perangai biasa pompuan, malu ar asyik ulang² baju..
tah sape yg perasan baju gua entah.. tapi bab ni tak boleh jadi selamba macam golongan adam..

ok la, stop dulu..

nak sambung baca blog orang.. ☺

Thursday, January 21, 2010

tak sabar lihat kamu

salah satu sebabnya hati, minda dan fizikal rasanya separuh saja ke pejabat setiap hari..
macam mana tu? malas la senang cerita..

2-3 hari ni macam² kecederaan ringan berlaku..
agaknya warm-up sebelum luka serius kot.. ☺☺

hari tu terhiris jari..
semalam nak buat nasi goreng, tumbuk cili dengan bawang..
sekali terbang melekat kat mata kiri..
pergh... manthop!

sudahnya teruskan masakan sambil nangis dan mata sebelah takleh bukak..
nampak tak nampak je kuali tu..

tapi hasilnya terbaek..
nasi goreng cukup rasa dimakan bersama seekor ikan talapia yang masa beli tadi masih hidup goreng garing.. hihi..

nota kaki:

masa menahan pedih cili padi tu ada motivasi lain..
sakit ni maybe 1% je kalau nak banding sakit tu..
yerrr... bilakah semua ini akan berakhir??

Sunday, January 17, 2010

37w4d

kalau diikutkan hari ni dah masuk 9 bulan 11 hari..
ada belas2 hari lagi sebelum due..
hari ni rasa nak minum ayaq warna putih tapi yg ada perisa punya.. ehehe
tak kisah la 100 plus ke, 7-up ke, revive isotonik ke, aiskrim soda ke..
tengah tunggu kaka balik ni.. taktau mana 1 dia beli..

semalam p check kat ampang puteri..
baru tau CTG tu ape.. jakun siot..

lebih kurang macam lying detector kot, tapi letak kat perut..
baring atas katil 30 minit, pastu keluar graf bacaan heartbeat dengan contraction..
heartbeat baby ok, pastu nurse cakap aku ada contraction every 10 minutes..
ye ke? tak rasa apa2 pon.. cuma katanya perut mengeras tu contraction la..
OooOoOoooOoooo...

next week pegi lagi.. ada test yg dia nak buat tapi aku ngeri..
owh no!!!

Wednesday, January 13, 2010

ouch!

hari selasa kami tak perlu susah pikir mau makan di mana.. (dinner)
pasar malam dekat rumah ada..
maklum la sekarang dah jarang masak..

jalan2, tempat orang jual daging, nampak macam best je kalau buat kari.. kata kaka..
daging yang part tulang2 tu.. isi pon banyak juga..
jadi setuju untuk beli dan masak kari la gua semalam..

baik punya masak, tinggal part nak masuk daging, garam, gula je..
tiba2 zass!! jari manis tangan kiri dihiris dengan brutal sekali..
hehe.. macam gempak..
gua nak hiris daging terakhir.. kebetulan part yg ada lemak2 tu.. liat la sikit..
hasilnya, siap kulit terangkat lagi, dah nampak darah banyak gile, kulit lak cenggitu, gua jerit la sekuat hati.. Abang!!!!!!!!!!!!!!

kaka ingat nak aku beranak dah.. hehehe..

well.. gua nangis gile..
nape tah.. sakit takde la macam jari putus pon.. tp sedih lain macam..

jadi, ada satu kemusykilan kat kitorang semalam..
baru luka sikit dah nangis macam ni, nak beranak nanti macam mana????

terus gua takleh tido pikir itu hal..

Tuesday, January 12, 2010

what the??

Gua dapat sms macam ni:

[Mesej ini percuma] Sila balas FREE dan dapatkan pelbagai RAHSIA video rakaman 3GP file yang belum dilancarkan! Umur 18 Keatas Shj! Percuma hingga 31/01/2010

Kurang belacan! Dia pakai nombot 019 lak tu.. Boleh trace sape anta neh!

Friday, January 8, 2010

pesanan penaja

pesanan secara rohani kepada the unborn..

baby, jangan keluar lagi tau.. banyak sangat keje nak siapkan ni..
baru diorang tau betapa pentingnya ummi kat ofis.. kelam kabut kalau ummi takde.. ha..
dok kat dalam elok2 tau.. hujung bulan baru keluar ek.. hehe..

nota kaki: dengar radio pagi tadi, katanya harga enjin kapal terbang 300,000 je..
boleh la simpan duit nak beli.. ☺☺ boleh kasi baby main.. kui kui kui

Wednesday, January 6, 2010

jalan-jalan Kedah

Cuti krismas, kitorang balik kampung dengan jayanya..
Jaya disini bermaksud tidak langsung menempuh kesesakan jalan raya dan selamat pergi dan pulang.. Alhamdulillah..

Cuaca di sana sangatlah terik..
Dengan keadaan badan yang gemok, dan asyik panas walaupun orang lain rilek je.. Memang agak menduga iman..
Walaubagaimanapun, cuaca begitu amat sesuai untuk kenduri kendara..

Saja je nak share ngan korang tempat2 menarik yang gua pegi..
Macam pelancong beb!

Jadi, jika anda ingin menyejukkan badan dengan sumber semulajadi..
Jom pi Lata Bayu.. Sila google untuk info lebih lanjut.. nak tunjuk gambar je ni.. ☺☺
Uishh.. sejuk gila ayaq weh.. layan gila kalo berendam..




Selain dari itu, ni nak habaq tempat pekena char kuey tiaw yang power..
Member dari kl ni semua tambah 2 kali (masa kaka bawak depa hari tu..)
Nama kedai, Zam Char Kuey Tiaw..
Lokasi: sebelah Tesco baru SP..

Pinggan di depan tu char kuey tiaw special, kuey tiaw lebih, udang lebih dan ada teloq mata..

Pinggan yang lebih kecil dalam gambar, dia goreng sama jugak, tp udang saja.. pergh!!
memang layan!!!



Gambar di bawah pulak, kolam air panas Ulu Legong..
Lokasi: Baling, Kedah..
Pon hangpa boleh try.. ok la.. gua tak masuk air pon, keadaan tak mengizinkan.. cuma celup kaki je..
Boleh tahan suam2 jugak kolam no. 1 ni.. kalo naik dari air siap boleh nampak baju berasap..
Semua ada 3 kolam, yang paling panas sekali jangan la gatai nak mandi.. Rebuih teloq boleh.. hehehe.. tapi siap ada pagar, jangan risau tersilap masuk je kawan2..



Selain dari tu, sebenarnya banyak trip lagi berjalan-jalan ronda utara..
Alang2 ramai2 konvoi datang kenduri kawin member, bila lagi kan..
Tapi tak semua gua ikut.. Kaka siap pegi Padang Besaq, siap masuk Haatyai lagi tu..

Ok, apa lagi.. jom pi Kedah! hehehe

Tuesday, January 5, 2010

bukan nak tulis pasal azam..

tahun baru mesti ada azam ke?
kalo takde takleh ek.. ☺

ada jugak la dalam fikiran.. tapi takmo bagitau.. rahsia.. hehehe..

dalam minda sedar mahupun tidak, skarang aim nak selesaikan benda ni dengan selamat je..
harap2 settle dalam bulan januari.. jangan lama sangat ek.. ehhee

tak sabaq dah nih!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...