Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, November 25, 2009

macam mana nak jadikan penantian itu menyeronokkan?

halo.. skarang jam kat handphone dah 9.40 malam..
untuk bunuh masa, mari kita taip apa2 yang kita suka..

gua skarang berada di kerusi yg sangat selesa berbanding kerusi ofis gua..
sedap gile sandar.. maklum la tempat orang..
lokasi gua hanya 5 tingkat lebih tinggi dari tmpt kerja, iaitu ofis kaka..
apa bikin kat ofis tak balik2?
kena tunggu encik suami habis kerja la, apa lagi..
kerja sampai tak ingat dunia.. ish ish ish..
mujur juga perut tak rasa lapar..

jadi di sini gua ingin kupaskan mengenai kerja lebih masa..
pelik juga tengok bos2 besar, kerja sampai lewat malam, kemudian awal pagi sambung semula..
tak ingat nak balik rumah kah?
macam mana dengan anak2, isteri?
tak teringin nak balik lepak2 depan tv layan CSI?
kalau tak minat, tengok la bola ke, cerekarama ke..
takkan tak ada langsung hal di rumah macam ada kenduri ke..
ajar anak buat matematik ke..

gaji memang tak dinafikan banyak gila..
tapi seronok ke kalau 24 jam masa di pejabat saja?
bila masa nak enjoy duit tu kalau asyik dengan meeting memanjang?

bagi gua, mungkin gua akan jadi workaholic gila kalau kerja tu best tahap gaban..
tapi ada ke kerja macam tu?
sampai satu tahap, akan jemu juga..
sampai satu tahap, akan tepu dan tak mampu nak jadi produktif macam sebelumnya..
mungkin kalau gua dapat kerja jadi manager Faizal Tahir gua kerja sampai tak mau balik..
hehehe..
tapi lama2 mesti ada benda yang tak kena.. hem..

itu kita cerita tentang orang yang bekerja lebih masa, tapi berbaloi dengan hasil yang dia terima..
macam mana pula dengan kuli macam kita?
kalau kerja rajin gila, pesen sama tak reti nak balik rumah pun..
boleh dapat bonus tiap2 bulan ke?
boleh cepat naik pangkat ke?
mungkin ada tempat macam tu tapi kebanyakannya mesti tak dapat..
yang dapat hanya penat, dan mungkin jika ikhlas bekerja kerana Allah, dapat pahala dan rezeki yang halal..
tapi kalau kerja buat, tapi mulut maki2 macam mana?
aduh... makin pikir makin kompleks..

nota kaki 1: dah habis ayat tadi, jam dah pukul 10 malam.. kaka masih tak habis lagi..

nota kaki 2: nasib baik kerusi sedap, kalo tak mesti dah lama mengamuk nak balik.. hehehe..

nota kaki 3: kerjalah anda sebelum anda dikerjakan.. ☺

Tuesday, November 24, 2009

gambar boyot gua..

gua mmg dari dulu tak suka ambik gambar..
rasanya kalau ada anugerah org yg paling tak fotogenik, mmg gua boleh bolot senang2..
tapi rasa rugi gak, kalo tak simpan gambar time tgh mengembang maksimum ni..
ye tak?



Description: Kenduri pertama pada gelombang kali ini.. masih banyak akan menyusul
Lokasi: Jengka 2, Pahang
Pengantin: Zharif & Zuraihan
Nota: Gua first time jejak kaki ke Pahang, caya tak? Selama ni pegi Genting je.. Yang tu tak kira.. hehehe.. Perjalanan melambung-lambung.. Gila siot, rasa macam nak terberanak!

Friday, November 20, 2009

How are you?

Hancur hati weh dengar orang lain nyanyi..
Suara dia terngiang-ngiang je kat telinga..

Aduh!!

tajuk apa sesuai ek?

Sapa sayang bos angkat tangan!!
Keje kat company besar ni mmg gua ada banyak bos.. (besar ke sangat? haha!)
Atas bos ada bos, atas bos kepada bos, ada bos lagi..
Tier banyak sangat..

Hari ni gua dapat tau bos yang 'paling gua sayang' kantoi mengular..
Seperti biasa, mesti dengan sahabat karib dia tu..
Jam kol 10.30 lebih kurang, dia dijumpai tengah sedap makan roti canai kat kedai mamak..
Kalo nak tau, kedai tu jauh sket dari opis, kena menapak la..
Ooo.. kalo makan kat kafe kang nampak terang-terangan lak..

Lain kali, kalo gua lak kene sound sbb turun makan, siap ko!
Saya bertindak mengikut teladan bos.. heheheh

Abang Superman, makan ubat ok..

Yay, petang ni family sampai dari kampung..
Pakcik gua jadi jugak nikah ahad ni..
Ingat boleh layan Separuh Akhir kat tv, tambah dengan komen mak yang kalah juri profesional..
Tengok2 En. Superman tak dapat perform pulak.. huwaa!!

Harap cepat sembuh ye..
Kalau Bencinta tak masuk final mmg gua sedey..
Shila, ko nyanyi elok2.. kalo takleh meh aku ganti! ☺☺☺

Wednesday, November 11, 2009

no komen


Source: Email Nazirah

Tuesday, November 10, 2009

gerak la banyak2, kalau diam ummi risau!

Aduh, tengah2 buat keje tiba² ada latihan taekwando secara live dalam perut..

Nota kaki: tak keluaq lagi pon macam dah tau pesen macam mana.. takpa, senang la gua nak kurus balik nanti.. kena ligan sana sini.. ☺☺

Friday, November 6, 2009

anak gua nanti kena bergayut kasi tinggi.. hehe..

masuk dalam lif.. biasa la kan..
sehari lebih kurang 7,8 kali gua turun naik..

tapi kalau kau dalam lif, lepas tu sorang mat saleh masuk..
tinggi dia sikit lagi nak dekat sampai bumbung..
dengan tinggi kau yang lebih rendah dari petite model antm cycle 13 tu..
tiba2 rasa macam nak bukak hikmat halimunan tak?

nota kaki: tiba2 rasa rendah diri yang amat sangat.. oh!

Tuesday, November 3, 2009

Sapa rajin urut blakang i!

Sabtu lepas, boring gile dok umah..
So kitorang pegi Rumah Pena..
Mmg tak dapat imagine langsung apa ada sana..
Sampai, hujan. Aduh, dalam gelap tu jalan pijak rumput, doa je tak jatuh tergolek..
Dengan contact lens tak pakai, hanya dapat mengendap ikut tingkap, dilindung oleh payung2, nampak sipi2 je.. Tiba2 dengar orang gelak, orang tepuk tangan..
Aku tak nampak ni wei!
Kat pintu selipar gila banyak, mesti dalam penuh.. Takpe la..
Aa.. aku nampak dila raden.. dia je yg aku kenal.. tapi sori la nak tegur.. nanti dia ingat dia glemer sangat lak.. hehehe..

Dengan keadaan perut yang tak mengizinkan.. Berdiri lama mana larat..
Sebelum pulang, kitorang beli la selai t-shirt sindiket tu..
Balik2 kaka pakai kecik, dapat kat gua la nampaknya.. ☺

Yang nak cerita ni, betapa terhadnya benda yang boleh gua buat skarang..
Berdiri tegak dengar lagu negaraku pon belum tentu habis satu lagu..
Nak berjalan, sakit gila beb tapak kaki.. Nak shopping lama2 kat Tesco pon dah tak mampu..
Separuh akhir juara lagu, kaka dah tak benarkan gua pegi, nanti anak2 terkinja-kinja.. huhu! Sedih jugak hati, meronta-ronta nak tengok abang superman perform.. takpe la.. anak punya pasal..
Duduk kat ofis, walaupun maintain tegak ikut bentuk kerusi, belakang masih sakit..
Jenuh gila nak sampai ke 5.30 waktu pulang..
Tidur, tak boleh terlentang dah.. Rasa macam kena cekik.. Kepala kena kasi tinggi.. Tak sedap tido wooii!
Hobi tidur seperti katak dah tak boleh dilakukan juga, penyek baby dalam perut..
Aduh.. Ni baru pengorbanan kecik.. Macam mana la mak kite dulu ek..

Nota kaki: Aku nak bagi cadangan kat company, kasi kerusi urut Ogawa kat ibu2 mengandung..
Baru boleh keje lebih produktip!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...