Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, November 25, 2009

macam mana nak jadikan penantian itu menyeronokkan?

halo.. skarang jam kat handphone dah 9.40 malam..
untuk bunuh masa, mari kita taip apa2 yang kita suka..

gua skarang berada di kerusi yg sangat selesa berbanding kerusi ofis gua..
sedap gile sandar.. maklum la tempat orang..
lokasi gua hanya 5 tingkat lebih tinggi dari tmpt kerja, iaitu ofis kaka..
apa bikin kat ofis tak balik2?
kena tunggu encik suami habis kerja la, apa lagi..
kerja sampai tak ingat dunia.. ish ish ish..
mujur juga perut tak rasa lapar..

jadi di sini gua ingin kupaskan mengenai kerja lebih masa..
pelik juga tengok bos2 besar, kerja sampai lewat malam, kemudian awal pagi sambung semula..
tak ingat nak balik rumah kah?
macam mana dengan anak2, isteri?
tak teringin nak balik lepak2 depan tv layan CSI?
kalau tak minat, tengok la bola ke, cerekarama ke..
takkan tak ada langsung hal di rumah macam ada kenduri ke..
ajar anak buat matematik ke..

gaji memang tak dinafikan banyak gila..
tapi seronok ke kalau 24 jam masa di pejabat saja?
bila masa nak enjoy duit tu kalau asyik dengan meeting memanjang?

bagi gua, mungkin gua akan jadi workaholic gila kalau kerja tu best tahap gaban..
tapi ada ke kerja macam tu?
sampai satu tahap, akan jemu juga..
sampai satu tahap, akan tepu dan tak mampu nak jadi produktif macam sebelumnya..
mungkin kalau gua dapat kerja jadi manager Faizal Tahir gua kerja sampai tak mau balik..
hehehe..
tapi lama2 mesti ada benda yang tak kena.. hem..

itu kita cerita tentang orang yang bekerja lebih masa, tapi berbaloi dengan hasil yang dia terima..
macam mana pula dengan kuli macam kita?
kalau kerja rajin gila, pesen sama tak reti nak balik rumah pun..
boleh dapat bonus tiap2 bulan ke?
boleh cepat naik pangkat ke?
mungkin ada tempat macam tu tapi kebanyakannya mesti tak dapat..
yang dapat hanya penat, dan mungkin jika ikhlas bekerja kerana Allah, dapat pahala dan rezeki yang halal..
tapi kalau kerja buat, tapi mulut maki2 macam mana?
aduh... makin pikir makin kompleks..

nota kaki 1: dah habis ayat tadi, jam dah pukul 10 malam.. kaka masih tak habis lagi..

nota kaki 2: nasib baik kerusi sedap, kalo tak mesti dah lama mengamuk nak balik.. hehehe..

nota kaki 3: kerjalah anda sebelum anda dikerjakan.. ☺
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...