Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, August 29, 2012

Syawal 2012

Raya oh raya..
Yang seronoknya, dapat cuti lama dan gila mengira duit raya hero-heroku sekalian. ☺☺
Yang ruginya, tak dapat merasa ketupat dan rendang yang maha sedap hasil tangan nenek tercinta.
Kat Ipoh mana jumpa ketupat palas. Kalau ada pon tak sedap.
Irfan memang gila main bunga api. Tak habis² dengan Pop-pop dia tu. Siap tangan terpegang besi panas bunga api lagi. Tapi tidak serik disitu.
Irsyad pulak, masih tak mengerti apa itu hari raya. Orang kasi angpau masuk mulut. Itu je tau. ☻☻
Geng purple. Irsyad je kureng sikit sebab takde baju melayu. Takpe la adik kan? ☺☺


Raya pertama di Simpang Pulai. Geng 11 tak cukup sebab yang no 3 balik kampung suami di Pahang.
Jadi anak ke-3, menantu dan cucu takde dalam gambar.
Dan ops, walid juga tak kelihatan sebab jadi tukang ambik gambar.


Bila waktu freestyle, pegang anak membolehkan kita mempelbagaikan gaya. Hehe.


Gambar sebelum balik KL. Adik beradik tak ramai, 5 orang je.
Tapi tak cukup sorang jugak. Yang no 3 gigih bekerja di hari raya.
Oh ya, mak dengan ayah tak kelihatan sebab tak suka kamera. Rugi.. Rugi..

Akhir kata, Salam Aidilfitri.
Semoga dapat bertemu Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. ♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...