Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, April 21, 2010

rempit, tapi tak lentik

ganaz tak tajuk?

bukan apa, nak cerita pasal naik moto..

gua skarang dah start naik moto semula ke pejabat, setelah sekian lama..
bonceng la lebih tepat lagi..
rasanya sejak awal mengandung sampai skarang la..
moto yang sangat berjasa dibeli di sarawak itu dipindah milik pada adik ipar yang lebih memerlukan ketika itu..

skarang, berpindah tangan pada kami semula..
antara kebaikan bermotosikal:

1) tak perlu keluar rumah awal pagi untuk mengelak jam. pukul 8 pagi masih boleh main-main dengan irfan..

2) balik rumah, boleh sampai dalam masa 1/2 jam sahaja.. almaklum la, tak sabar nak jumpa budak bucuk itu!

3) perlu isi minyak 4 ke 5 ringgit sahaja sehari berbanding kereta, yang purata sehari 15-20 ringgit.. sungguh jimat!

disamping itu, ada juga perkara thrill yang dapat dilakukan.
hari tu, gua dengan laparnya pekena goreng pisang atas motor yang bergerak 100km/j..
cuba bayangkan, siap nak makan kerak2 lagi..
memang dalam segenggam, tak semua masuk mulut sbb abeh terbang. ☺☻

kadang2, waktu kami lalu merentasi kereta yang berderet-deret dalam kesesakan, kaka akan gelak jahat.. hehe..
cuma pesan gua dengan dia, 'gelak la, kang hujan kita yang padan muka!'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...