Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, September 18, 2012

Sayang adik tangan-tangankan?

Adik beradik bergaduh perkara biasa kan?
Aku kecik-kecik dulu pon kaki tangan semua naik kalau gaduh.
Adik no 2 lelaki, tapi tetap bertumbuk jugak. Geram punya pasal..
Tapi masa kecik je la. Bila dah besar, dah pandai fikir, aku pon jadi la kakak yang baik. Hahaha.

Sekarang, time anak-anak pulak bergaduh. Macam mana ni?
Kecik lagi dah nampak dah..
Maklum la adik tak pandai lawan lagi, Irfan bukan main buli.
Sampai satu tahap, tolak adik sampai jatuh "PANGGGGG!!!"
Punya kuat bunyi Irsyad terlentang, terkejut aku. Rasa macam kepala kena besi buai.
Tapi harap2 malaikat lindung la anak aku sorang tu..

Kalau ada barang yang sama kat tangan dua-dua pon, Irfan tetap rebut.
Dia tak faham kot erti kongsi. Dah puas explain.
Yang adik pon ke mana abang main, situ dia nak ikut. Mana tak kena lepuk.
Kalau adik jerit tiba-tiba tu tak lain mesti abang punya angkara. Adoiii la!

Tapi, dalam geram² tu jangan sapa-sapa ambik adik Irfan. Dia boleh menangis macam kena pukul tau.

Sayang, bukan tak sayang.. ye Irfan?  ☺☺
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...