akibat tidur 9 jam semalam, jentera yang diperlukan untuk melakukan tugas pejabat jadi lemau.
seronok lain macam tidur rumah sendiri rupanya.. ☺☺
tapi biasa la, terpaksa tahan beberapa perkara kalau dah duduk rumah tinggi..
i) hidung, kepala kena tahan bau dan tahan pening bila jiran bawah rumah hari-hari kari. HARI-HARI ok! yang peliknya budak2 bujang, lelaki pulak tu. Entah apa jenis rempah dia pakai pon taktau.. aduiii... kalau terlupa tutup pintu belakang memang pengsan!
ii) yang ni tak tau dari mana, tapi ada jenis jiran yang kalau tumbuk sambal tak reti nak lapik lesung batu. jangan roboh sudah la kak oi!
iii) sila bertolak ansur juga bila ada orang mengetuk-ngetuk atau drill² dinding pada waktu yang tak dibenarkan. sebab kitorang pon penah buat. hehehe
iv) TBP memang ramai student. macam hostel pon ada. pagi dan petang akan nampak banyak gerombolan mahasiswa-mahasiswi. pagi, kalau lambat keluar mmg lif takkan berhenti sebab dari atas dah penuh. sila menapak turun tangga ke tempat parking. nasib baik tingkat 4 je!
v) jangan la tertinggal barang dalam kereta. kesian ada orang jadi mangsa turun ambik barang..
apa2 pon, TBP best! ☺