Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, November 22, 2011

kisah kelahiran untuk dikenang

hari ni dah masuk 11 hari berpantang.
badan dah sihat banyak, alhamdulillah..
dah seminggu baru start makan ubat, dan badan terus kurang sakit sejak telan 2 biji yang pertama. memang jamu afiat ni mujarab gila kot..
tapi dos jamu tu mmg aku kurangkan separuh, takut effect irsyad pulak..

susu badan alhamdulillah, lebih banyak dari dulu.
selamba pam sebotol penuh waktu irsyad kena tahan hari tu.
waktu irfan dulu nak dapat 2oz je pon sampai menitik air mata..
tapi nenen memang share dengan abang irfan.
tak pelik pulak dia bila dah ada susu balik.
cuma kalau dia mintak tu, cakap kat dia ummi kasi adik dulu tau, lepas tu baru irfan..

sementara masih ingat, nak flashback balik kisah kelahiran Muhammad Irsyad:

* dah keluar tanda sejak 5hb Nov lagi.. berlarutan sampai 4 hari.. ingat boleh letak nama Adha dah.. hehe.. ada pegi check sekali kat DEMC, tapi belum ada bukaan.

* 9hb dah mula rasa period pain yang agak kuat masa nak tido malam.

*10hb sakit tu datang, dan datang lagi tapi takde tanda lain. irfan dah standby hantar kat opah. tengahari aku ke DEMC, tapi lepas pegi toilet sakit terus hilang. last2 balik camtu je lepas baca paper kat lobi. haha..

* sebelum balik rumah, sempat pegi Giant dulu. beli barang sikit dengan pekena Subway satu kali.

* balik rumah, tido2, lepak2, dan sakit datang balik. dah petang tu aku start catit time sakit datang. kejap 10 minit, kejap 1/2 jam, lepas tu 5 minit pulak..

* buat keputusan utk menyerah diri ke DEMC bila menjelang malam. masuk labour room pukul 9.30 dengan bukaan 4cm.

* lapar sebab tak makan malam, tapi tak lalu nak telan apa2. start hadap sakit yang TERAMAT mula pukul 12 tgh mlm sampai 2 pagi dan dah terbuka 10cm..

* start episod push2 yang memenatkan. kepala baby senget, jadi kena vacuum jugak. dan sangkaan aku 2nd baby lebih senang keluar memang salah. haha.. sama susahnya.. akhirnya Irsyad selamat dilahirkan pada pukul 2.25 pagi, tarikh terpacak 11.11.11.

* lain2 fakta pada hari kelahiran Irsyad, 14 orang booking DEMC utk deliver pada tarikh cantik tu. sedih sebab ada kematian ibu dan bayi akibat komplikasi pada hari yang sama.

alhamdulillah, Irsyad baby yang sihat dan setakat ni aku berjaya handle 2-2 hero malaya ni dengan bantuan mak ayah dan adik2.. tak sabar tunggu encik suami balik weekend ni.. miss u bang!

Wednesday, November 16, 2011

cerita bergambar





day 2: utk memastikan irsyad tido lena, kena letak dlm baby cot. kalau tak abang irfan suka geram2..



kena jaga betul2 ni.. bahaya.. hehe..



sayanggg adik..



day 4: booking hotel hospital pantai. jaundice tinggi - 20.8



sama macam abang irfan dulu..



day 5: kuning adik irsyad dah turun sampai 17. harapnya esok dah boleh balik.. amin!

Friday, November 11, 2011

hello world!

Introducing Muhammad Irsyad bin Muhamad Khairul Amir.

Setelah beberapa hari main cak2 dalam perut ummi, saya lahir pada 2.25 pagi, 11.11.11
Berat saya 2.83 kg, kurang 0.02 kg je dari Abang Irfan.. hehe..



nota ummi: tengok gambar je dah tau reaksi si abang macam mana.. harapnya abang irfan tak sedih2 selalu ek.. ummi sayang 2-2 sepenuh jiwa!

Tuesday, November 8, 2011

still standing

masih bekerja.
nampaknya adik hanya main cak²..

hari2 suruh abang irfan pujuk adik keluar. hehehe..
mentang2 kawan dah pandai cakap walaupun pelat..

Saturday, November 5, 2011

today or tomorrow or false alarm?

hari ni patut ke DEMC utk CTG.

bangun pagi untuk mandi, ops, ada brown spot.
rasa period pain sikit2.

done CTG, ada contraction every 12 minutes.
VE? tak buat. tak mau. hehe..

sekarang kat rumah.
irfan standby siap2 umah PIL.
taktau la hari ni, esok atau minggu depan irfan jadi along..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...