hari ni dah masuk 11 hari berpantang.
badan dah sihat banyak, alhamdulillah..
dah seminggu baru start makan ubat, dan badan terus kurang sakit sejak telan 2 biji yang pertama. memang jamu afiat ni mujarab gila kot..
tapi dos jamu tu mmg aku kurangkan separuh, takut effect irsyad pulak..
susu badan alhamdulillah, lebih banyak dari dulu.
selamba pam sebotol penuh waktu irsyad kena tahan hari tu.
waktu irfan dulu nak dapat 2oz je pon sampai menitik air mata..
tapi nenen memang share dengan abang irfan.
tak pelik pulak dia bila dah ada susu balik.
cuma kalau dia mintak tu, cakap kat dia ummi kasi adik dulu tau, lepas tu baru irfan..
sementara masih ingat, nak flashback balik kisah kelahiran Muhammad Irsyad:
* dah keluar tanda sejak 5hb Nov lagi.. berlarutan sampai 4 hari.. ingat boleh letak nama Adha dah.. hehe.. ada pegi check sekali kat DEMC, tapi belum ada bukaan.
* 9hb dah mula rasa period pain yang agak kuat masa nak tido malam.
*10hb sakit tu datang, dan datang lagi tapi takde tanda lain. irfan dah standby hantar kat opah. tengahari aku ke DEMC, tapi lepas pegi toilet sakit terus hilang. last2 balik camtu je lepas baca paper kat lobi. haha..
* sebelum balik rumah, sempat pegi Giant dulu. beli barang sikit dengan pekena Subway satu kali.
* balik rumah, tido2, lepak2, dan sakit datang balik. dah petang tu aku start catit time sakit datang. kejap 10 minit, kejap 1/2 jam, lepas tu 5 minit pulak..
* buat keputusan utk menyerah diri ke DEMC bila menjelang malam. masuk labour room pukul 9.30 dengan bukaan 4cm.
* lapar sebab tak makan malam, tapi tak lalu nak telan apa2. start hadap sakit yang TERAMAT mula pukul 12 tgh mlm sampai 2 pagi dan dah terbuka 10cm..
* start episod push2 yang memenatkan. kepala baby senget, jadi kena vacuum jugak. dan sangkaan aku 2nd baby lebih senang keluar memang salah. haha.. sama susahnya.. akhirnya Irsyad selamat dilahirkan pada pukul 2.25 pagi, tarikh terpacak 11.11.11.
* lain2 fakta pada hari kelahiran Irsyad, 14 orang booking DEMC utk deliver pada tarikh cantik tu. sedih sebab ada kematian ibu dan bayi akibat komplikasi pada hari yang sama.
alhamdulillah, Irsyad baby yang sihat dan setakat ni aku berjaya handle 2-2 hero malaya ni dengan bantuan mak ayah dan adik2.. tak sabar tunggu encik suami balik weekend ni.. miss u bang!