sejak jumaat lepas, aku ada 2 orang pembantu.
import mai dari sungai petani tu.. maklum la cuti sekolah..
alhamdulillah, dapat jugak diorang main2 dengan irfan, bawak mandi pool..
dah banyak hari tak hantar ke umah opah..
so malam ni alang2 walid nak pegi tukar minyak hitam kete, tinggal la irfan sekejap kat sana..
tapi bila cik abang call, cakap dia nangis2 dalam kereta panggil ummi, sampai opah pegang pon nangis, sayunya hati..
kalau dikira, lagi 19 hari aku merdeka.
setakat hari ni, rasanya perhatian aku lebih kat irfan kot daripada irsyad..
tak tepat la kalau orang kata bila dah ada adik, abang tak boleh bermanja..
alhamdulillah, irsyad pon tak banyak kerenah..
cuma kalau keluar suara power dia tu, panik jugak dibuatnya..
overall, berpantang memang ala2 rock..
semua buat sendiri, so takde masa la nak baring2 berehat..
tidur jangan harap nak cukup, sorang tido, sorang lagi jaga.. jarang la dapat 2-2 tido serentak..
hasilnya, mata panda makin lama makin besar..
oh ya, ramai yang kata muka irsyad sebijik irfan dulu..
aku tengok pon memang sama.
tapi, betul la.. anak kedua dah kurang rajin nak ambik gambar..
camana tu? hehehe..