Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Monday, December 12, 2011

2, bukan 12..

beberapa hari lepas, tonton cerita Cheaper by the Dozen kat Astro..
sungguh meriah kalau anak ada 12.. fuh!
lebih kurang family hubby la, 11 orang..
soalan aku kat cik abang, mampu tak jaga irfan dengan irsyad sorang2 kalau ada takde..
jawapan dia, boleh. hantar klang la..

tu la dia orang lelaki kan.. hehe.. sama macam Steve Martin dalam cerita tu..
bila isteri takde, tunggang terbalik semua..

cabaran nak jaga 2 orang ni, hari2 tak sama..
ada hari senang, ada hari tension sampai menangis..
contohnya hari ni:

- alhamdulillah, berjaya breakfast walaupun sempat goreng nugget aje. makan berdua dengan irfan sambil layan Redah Kasi Pecah. ada harinya bila ada yg mengamuk nak masak apa pon tak sempat..

- aku dan irfan berjaya mandi di kala adik nyenyak tido. tipsnya, tarik buai letak depan pintu bilik air. apa2 senang.. hehe..

- time nak mandikan adik, nasib baik ada maharaja lawak kat tv. irfan leka tengok tv, aku boleh la jerang air, siapkan adik pulak kasi wangi..

- bila 2-2 mengantuk, macam mana? aku kena nenenkan abang, sambil tangan enjut buai adik. nak du du du pon suara kena kuatkan sikit, takut adik dalam buai tak dengar. :)

- sudahnya, pukul 3 baru masak nasik. lauk? ayam kicap je la.. petang sikit, baru masak betul2 cik abang balik kerja nak makan..

malam senang sikit sebab hubby ada. takpe la rumah bersepah sikit, baju banyak tak lipat, tak iron.. hehehe.. macam mana kalau anak ada 12 ek?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...