Hari ke-6 selepas accident. Rasa much better tapi masih dalam keterbatasan.
Secara jujur, aku rasa ini pengajaran diatas kealpaan kami selama ini. Padan muka sendiri ye!
.
Memang susah patah2 ni rupanya. Nak bukak tudung botol pon tak mampu, tolak pintu berat pon takut terjatuh bahu.
Maknanya, dalam sebulan akan datang ni, tak dapat la mak nak dukung irsyad. Kesian si kecik.. :(
Terima kasih tak terhingga kepada both parents yang sangat2 banyak membantu.
Nak tau apa lagi keterbatasan orang patah?
1) mandi. Dapat mandi sehari sekali pon cukup baik. Luka lutut yang ganas tu perlu ditutup dengan plastik takut basah balik. Ibu jari kiri yang patah pon perlu diplastik, doktor tak kasi kena air. Plaster tutup besi kat bahu pon sama juga. Pendek kata berjam-jam dalam bilik air. Dan, kena orang mandikan. Mak takleh buat sendiri..
2) berjalan. Aku jalan dah macam robot akibat seksa nak bengkok lutut.
3) disebabkab kehilangan upaya guna 2-2 tangan, nak buat apa pon semua kena mintak tolong orang. Kesian anak2 aku..
4) menyusu. Kalau menyu sambil baring memang nak nangis kalau lama. Tambah nak layan abang irfan yang nak nenen jugak. Rindu agaknya 4 hari tinggal dia waktu kami di hospital. Nak position irsyad pon perlu bantuan..
Rasa macam nak share x-ray kami kat sini sebagai kenangan tapi camana ek?
Alhamdulillah la kerana kami masih lagi bernyawa. Terima kasih kepada semua yang datang melawat. Ramai sungguh!
Terima kasih juga kepada dr. Mahamod yang cantum tulang kami semula. Ngeri betul kena jumpa dia hujung bulan ni utk cabut dawai kat jari.
Kepada nurse2 yang baik kat DEMC, padan la bil 2 orang sampai 20k. Tq company kesayangan.. Hehe..
Dan ya, pakar bius DEMC sangat hensem! Sampai hari ni teringat-ingat. Hahahaha
Abang ambulan yg baik hati dan hensem juga diucapkan terima kasih.
Tingkatkan prestasi yer hospital ampuan rahimah. Bukan takmo terima rawatan kat sana, tapi kami bernasib baik company boleh tampung kos perubatan.
Terpaksa la aku dan suami terperap di rumah takleh ke mana..
Semoga pengajaran yang kami terima ni dapat merubah kami ke arah kebaikan.. Peace!
Nota kaki: pening nak habiskan taip entri ni pakai ipad. Mabuk.. Mabuk..