Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Monday, July 16, 2012

sayang adik

by default semua orang mesti sayang sibling kan..
tapi yang membuatkan hati ummi kembang ialah dengan perbuatan irfan yang menunjukkan kasih sayang dia tu..

di awal kelahiran irsyad, memang nampak cemburu dia..
penah cakar pipi adik sampai berdarah, pernah gigit tangan adik sampai berbekas.
waktu dia masih menyusu, selalu marah bila adik nak menyusu juga.
selalu tarik perhatian, supaya jangan tumpu pada irsyad saja.

sekarang, irfan dah besar.
dah bijak, banyak cakap, dah faham keadaan.

walaupun kadang2 bila naik kereta dia kat rumah dia akan cakap "langgar adik!" hahaha
selalu kalau naik kereta tu dia akan babai ummi dan cakap pegi keje. ☺ ☺

nak tau macam mana irfan tunjuk sayang?

i)kalau irsyad menangis, berlari dia datang dan cakap. "icad jangan nangis, irfan kan ada.." (selalu ummi betulkan ayat dia, "abang irfan kan ada.."

ii)kalau jumpa mainan (mainan mmg merata-rata), mesti ambik dan bagi pada adik. kadang2 kalau mainan baru dia akan bolot sendiri dulu. bila dah boring baru bagi. takpe la kan.. hehehe

iii)nangis kalau orang cakap nak ambik adik dia..

iv)kalau makan mesti nak kasi adik sikit. kalau yang adik boleh makan, ummi bagi irfan suapkan. kalau tak boleh, kita cakap adik kecik lagi dia akan faham.

harapnya kamceng la kamu berdua ye.. senang hati ummi.. ♥♥

Friday, July 13, 2012

bulan cinta



Bagi aku birthday, atau anniversary atau apa2 special occasion tak semestinya disertakan dengan hadiah. Kalau nak kasi, bila2 pon boleh kan..

Untuk ulang tahun perkahwinan ke-4 semalam, aku beli ini untuk dia. Kebetulan keluar Mid Valley (tanpa tuan badan) ada can la beli. Kebetulan juga jam tangan dia jahanam angkara kemalangan. Kalau bukan anniversary pon mmg rasa nak beli. ♥♥

Bahagia memikirkan jalan kehidupan yang Allah kurniakan. Alhamdulillah.

Hasil selepas 4 tahun:





Berbaloi-baloi! ♥♥♥♥

Thursday, July 5, 2012

from Tioman with L.O.V.E

Percutian Tioman yang menyeronokkan.
Konvoi kereta ke Jeti Mersing ke Salang Indah, Tioman.

Souvenir tak sempat beli langsung, cuma bawak balik sunburn.
Tapi yang bertukar warna hanya Irfan dan Walid. Ummi dgn Irsyad maintain sebab tak main panas. ☺☺


View jeti. Cantik kan?


Lagi pemandangan indah.


Tempat tidur agak kecik. Tapi takpe, acceptable. Kalau nak lebih selesa boleh naikkan budget.


Kegembiraan anak² adalah priceless!


Irfan mulanya agak keberatan nak mandi, "macin" katanya. Lama² taknak naik la pulak. Irsyad pon boleh tahan.. Suka gila berendam!


Group photo. Terima kasih kawan² yang sudi take turn pegang Irsyad ye. hehehe. Ada rezeki jom bercuti lagi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...