Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Monday, October 8, 2012

Drama Swasta

Hai anak.. Ummi teringin nak menyelami hati kamu, apa yang membuatkan anakanda takut sangat gunting rambut.. ☺
Sebelum ni dah lama pujuk, macam² cerita dongeng aku reka semata-mata nak yakinkan dia gunting rambut tu tak memudaratkan. Hahaha..

Semalam, nampak macam dia confident.

Kebetulan sebelum turn dia ada sorang budak lain. Lebih abang dari dia tapi still boleh dijadikan bahan rujukan. Siap dia sendiri cakap, abang tu gunting rambut tak nangis pon kan..

Ha ye lah sangat.
Sampai turn, duduk je atas bangku, tak sampai 2 minit dah nangis dan cakap nak balik.
Oh man, tak berjaya! Terpaksa la walid riba, baru calm down sikit walau masih sedih air hidung meleleh-leleh.
Gunting la ala kadar, tapi kurang smart sebab purely gunting, tak pakai mesin..
Ok, tunggu next time punya drama pulak.
Syukur la rambut jenis nipis, lama baru nak panjang..
Irsyad, sila jangan jadi macam abang awak ek.. ☺☺


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...