Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Friday, June 26, 2009

Bye² Black & White..

LOS ANGELES - Michael Jackson, the sensationally gifted child star who rose to become the "King of Pop" and the biggest celebrity in the world only to fall from his throne in a freakish series of scandals, died Thursday. He was 50. Jackson died at UCLA Medical Center in Los Angeles.

Secara zahirnya, memang En. Michael dah lama tak ada..

Cuma aku, dengan berita ini rasa perasaan luar biasa..

Waktu kecik dulu, dia la idola.. Tapi, masa tu aku paling takut video clip yang dia jadi hantu.. Thriller ek..

Dan aku paling suka, lagu yang video clipnya main gendang ramai².. Tak ingat la tajuk apa..

Macam mana pun, ajalnya sudah tiba.. Bye² King of Pop..

Thursday, June 25, 2009

pertolongan diperlukan!

Ada sesuatu yang berpusing-pusing disekeliling aku..

Kalau nyamuk mmg sudah lama penyek..
Kalau lipas mmg sudah lama aku pijak..

Pendek kata, walau apa makhluk sekalipun, pasti ada cara untuk menghentikan pusingan demi pusingan yang dilakukan itu, kecuali makhluk ini.
Sesungguhnya, kau membuat aku pening, mabuk, jengkel!

Jadi, walaupun aku pening..
Walaupun aku mabuk..
Walaupun aku jengkel..
Dia pasti akan tetap berpusing kerana, makhluk pelik itu manusia..

Wednesday, June 24, 2009

Diet seimbang untuk ibu?


Semua makanan yang 'sihat' ni aku dapat dari manusia sekeliling.
Nak bagi 'the unborn' + aku ni jadi obesiti ke?

Monday, June 22, 2009

1+1=2

Penah pegi Eagle Ranch PD?
Cantik gak ar.. Tapi jauh dari pantai..
Bilik dier best.. Macam ni:

Masa BBQ siap ada Red Indian bagai..
Dan gua dengan penuh bergaya menang hadiah nombot 2..
Ala, pertandingan karaoke kategori sapa menggigil lebih.. ☻☻
Dan hadiahnya adalah - DVD Player cap LG, sebagai hadiah rasmi sempena Hari Bapa..
Nota kaki: Mak dok masuk pertandingan nyanyi, mintak2 anak lahir nanti pandai mengaji. ☻

Tuesday, June 16, 2009

Nampak apa yang sepatutnya anda nampak?


Ya, gambar ni memang senget.
Terima kasih.

Surabaya - (update versi malas)


Perjalanan 2 jam 40 minit kot, dihabiskan dengan buat taik mata..


Kami di Hotel Bromo Permai. Semua jakun sbb sejuk, cakap mulut keluar asap.
Tak guna, pemanas air bilik gua tak menjadi, sejuk gila gaban nak mandi.
Tapi mandi jugak, sambil menjerit nyanyi lagu Negaraku.


Pemandangan Gunung Bromo. Gunung berapi tu kawan2..


Pemandangan lagi, cantik woo.. (walaupun gua pon hanya tgk gambar sahaja, sedih!)


Jeles gua tak dapat pegi wei!!.. huwaaa!


Matahari terbit, gua tengah membuta masa ni..


Memang gua jeles, tapi tido pon best gak!


Semua seronok berposing. Nampak kuda kat bawah tu?
Tu sebabnya gua tak dapek nak ikut..

Ya, kuda itu gua tak dapat naik. Terima kasih.


Orang kata ni gambar super impose. Mana ada, real neh!!


Boleh buat wallpaper ni..


Ni pon boleh..


Ini dia yang dinamakan Suroboyo.
Tempat lain gua malas nak cerita, yang paling best Gunung Bromo tu je..
Tapi gua jeles tak dapat ikut, jadi malas nak update yang lain.
Chow!

Monday, June 15, 2009

Kau start puasa umur berapa?

Sedar2 dah pertengahan bulan June..
Giler la.. tak lama lagi nak puasa..
Puasa ganti belum habis (belum mula, hehe)..
Huwaaa!!

Hari ni gua start ganti..

Lapar lain macam.. Muka toya, pucat.. Badan lemah..
Maklum la satu dua menjak ni polar pemakanan gua memang luar biasa..

Mata asyik jeling jam..
Bape jam lagi, bape jam lagi..

Malam ni gua nak makan banyak2!!

Tuesday, June 9, 2009

Hutang emas boleh dibayar.

DESPITE OUR NUMEROUS REMINDERS AND TELEPHONE CALLS TO YOU, WE HAVE YET TO RECEIVE ANY PAYMENTS FOR YOUR ACCOUNT. WE URGE TOU TO REMIT RM100.00 TO RECTIFY THIS SITUATION.

Kau baca sakit hati tak?
Dengan huruf besar dia tu..
Penipu, takde pon call aku ke ape..
Aku tau kena bayar pon check sendiri dalam website..
Sebab aku tak guna, sbb tu malas sikit nak bayar..
Annual fee la, insuran bodoh tu pon dah terminate..
Yang kau charge aku lagi kenapa??

Nota kaki:

RM100 pon berkira!

Monday, June 8, 2009

Memang tepat pilihan gua..

Balik kerja gua selalu pening+mengantuk macam telan pil tidur+badan lemah macam orang demam.
Semenjak dua menjak ni je baru jadi..
Gua suspek pembawakan, tapi kadang2 sangsi juga..
Betul ke memang gua tak larat atau secara indirectnya buat2 tak larat..
Kalau gua buat2 pon mana ada orang berani syak, kiranya mmg alasan kukuh teramat..
Masa tengah baring tadi pon, gua sibuk analyze kondisi badan..
Tapi secara jujurnya, gua bukan sengaja buat2 macam tu..
Ish.. complicated sungguh!

Baju selonggok, lepas balik Surabaya cuba dikemas.. tapi akibatnya muka gua jadi pucat selepas cubaan melipat tu..
Kenapa?? Kenapa??
Jadi, gua pon terpaksa melayan badan yang lembik dengan tidur..

Tapi yang paling menyentuh kalbu tahap tertinggi..
Tiba2 gua terjaga, kaka kat sebelah..
Pusing je badan, baju yang banyak gile tu dia dah lipat..
Hadoiiii.... rasa macam nak nangis terharu la kiranya!
Selama ni dia tak pernah buat kerja tu..
Dan gua faham, lelaki kerjanya macam mana..

Memang confirm pilihan gua tepat!!

Apa khabar?

Selamat pulang ke negara tercinta..
Alhamdulillah, semua ok..

Kepala sekarang tengah pening, asyik lapar beb..
Semua makanan nampak sedap, serius!
Hahahaha..
Taktau la memang betul lapar ke perasan lapar je..

Semalam dah beli sandal yang lebih selamat ok..
Kat sana jalan asyik terpelecok, bahaya wo..
Walaupun tak sedap mata aku memandang, tapi terpaksa pakai juga..
Safety first ya anak²..

Ok, gambar Surabaya akan menyusul..
Tunggu..

Monday, June 1, 2009

Betul ke, tolong cubit gua cepat!

Masih tak percaya..
Betul ke ni??

Kalau doktor pon salah macam mana?
Kalau dia buat prank kat aku mmg dasar israel..
Kejam woo bergurau benda² macam ni..

Sejak dapat tau, kepala mula mengada pening²..
Kalau taktau ok je..
Mindset je kot semua ni.. ☺

Lagi satu, risau dengan trip ke Surabaya..
Risau keselamatan, tapi tak boleh cancel..

Doakan aku!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...