Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sunday, February 28, 2010

kisah kelahiran

dah lama nak tulis.. tapi takde masa..
ok, gua nak flashback balik kejadian 3 februari yang lalu..

pagi tu, bangun awal nak ke pejabat macam biasa..
dah bangun, tapi badan rasa lain macam..
tapi malas nak layan sangat sbb minggu sebelum tu pon rasa macam ni jugak..
sampai 5 hari mc, tapi takde apa2 yang jadi pon..
bagitau kaka, then decide nak pegi keje jugak sbb hari tu kaka pon masuk office..
kalau apa2 boleh terus rempit ke hospital..

kat office, ada keje nak kena siapkan..
sementara nak pulun siapkan tu, perut rasa lain macam..
kejap sakit, kejap hilang.. ala2 senggugut ringan gitu..
dalam hati, alamak! lain macam je ni..
kalau nak kira, kerap jugak la sakit tu..
member2 office pon dah suruh gua balik or pegi hospital..
katanya nampak lain macam..
keje tak sempat siap, gua ambik keputusan nak check kat hospital..
kalo takde apa2 balik je la ye dak?

sementara tu, kitorang sempat balik umah kejap..
saja nak bagi masa gua boleh analyze betul ke sakit nak bersalin ni?
sbb lapar, untuk lunch kami bedal mcD dulu..
lepas tu baru terus ke Ampang Puteri..

sampai hospital, gua rasa nak membuang..
jadi, masuk toilet dulu..
tengok2, mmg sah la ni.. ada tanda darah la pulek..
bgaitau kaka.. "bang, betul ke baby dah nak keluar ni? huwaaa.. takutttt..."

alamak, Irfan dah bangun..
nanti gua sambung lagi..

Sunday, February 14, 2010

fakta rawak lagi

1) cuaca di SP SANGAT PANAS. di ulang, PANAS SANGAT. kemarau nampaknya.. kesian Irfan, merah2 muka dia, berpeluh-peluh.. kat walid Irfan pon kesian.. nak buat macam mana sayang.. dugaan..

2) sekarang memang fully breastfeed.. penat jugak, tp puas tengok baby kenyang kat dada kita..

3) tentang makan, tak kisah sangat walau tak sedap.. lagipun selera tak berapa ada.. especially bila kaka balik kl.. rindu sangat dengan dia.. taktau kenapa la.. jadi makan sekadar mana mampu, kang kering pulak susu dalam badan..

4) ha, rasanya gua sedih & asyik rindu kaka sebab datang perasaan 'alone'.. rasa macam sedih kena handle Irfan sorang2 walaupun ada family.. kena pulak malam2 dia takmo tido..

5) gua dapat soalan bonus dari adik gua.. "kaklong, macam mana kaklong boh susu dalam badan? hahaha..

6) sekarang, hidup makin sempurna, tak sangka ini resultnya lepas 9 bulan menanti, selepas 13 jam dalam labour room.. cayangggg Irfan!!

nota kaki: apa yang paling gua bersyukur, dapat kaka sebagai suami.. he's the best husband and father in the world!!

Wednesday, February 10, 2010

rindu kamu!

hari ke-7 berpantang..
baru ada sedikit kelapangan..
hari2 sangat sibuk, tido pon tak cukup..

gua baru je balik dari hospital tadi..
oh ya, Irfan dah 3 hari di hospital.. jaundice..
esok rasanya dah boleh balik, tak sabar!

malam2 tido pon mengigau Irfan..
bau sarung tangan, sarung kaki dia, air mata mula turun.. hehe..
walaupun dia kat sana, gua masih breast feed..
dapat tengok aksi kelakar dia tido.. terubat sikit rindu..

tak sempat la nak tulis banyak.. nak memulakan aktiviti memerah ni..
jumpa lagi di lain rancangan.. :D





Permata hati kami..

Muhammad Irfan bin Muhamad Khairul Amir

Tarikh Lahir: 4 February 2010, 03:35 pagi
Berat: 2.85kg




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...