Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, February 28, 2010

kisah kelahiran

dah lama nak tulis.. tapi takde masa..
ok, gua nak flashback balik kejadian 3 februari yang lalu..

pagi tu, bangun awal nak ke pejabat macam biasa..
dah bangun, tapi badan rasa lain macam..
tapi malas nak layan sangat sbb minggu sebelum tu pon rasa macam ni jugak..
sampai 5 hari mc, tapi takde apa2 yang jadi pon..
bagitau kaka, then decide nak pegi keje jugak sbb hari tu kaka pon masuk office..
kalau apa2 boleh terus rempit ke hospital..

kat office, ada keje nak kena siapkan..
sementara nak pulun siapkan tu, perut rasa lain macam..
kejap sakit, kejap hilang.. ala2 senggugut ringan gitu..
dalam hati, alamak! lain macam je ni..
kalau nak kira, kerap jugak la sakit tu..
member2 office pon dah suruh gua balik or pegi hospital..
katanya nampak lain macam..
keje tak sempat siap, gua ambik keputusan nak check kat hospital..
kalo takde apa2 balik je la ye dak?

sementara tu, kitorang sempat balik umah kejap..
saja nak bagi masa gua boleh analyze betul ke sakit nak bersalin ni?
sbb lapar, untuk lunch kami bedal mcD dulu..
lepas tu baru terus ke Ampang Puteri..

sampai hospital, gua rasa nak membuang..
jadi, masuk toilet dulu..
tengok2, mmg sah la ni.. ada tanda darah la pulek..
bgaitau kaka.. "bang, betul ke baby dah nak keluar ni? huwaaa.. takutttt..."

alamak, Irfan dah bangun..
nanti gua sambung lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...