Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, March 9, 2010

kisah kelahiran part 2

dah 3cm, jadi confirm kena admit..
dengan rasminya, penantian gua akan berakhir tak lama lagi.. pheww!

baring atas katil, gua memang cuak setiap kali nurse masuk..
apa la ko nak buat kat aku ni.. hehe

mula2 kena tukar baju hospital..
lepas tu dia masuk ubat, kasi gua berak..
tak lama lepas tu, air ketuban nurse pecahkan..
katanya nak kasi bukaan lebih cepat..
sakit tak sangat masa ni.. senggugut gua tiap2 bulan lagi sakit..
tapi baring dah mula tak selesa sbb air tu kejap2 keluar..

maybe sebab progress tak memberangsangkan, gua kena induce..
rasanya lepas drip tu la sakit makin kerap dan makin kuat..
dan untuk kasi gua berehat, tido untuk kumpul tenaga, nurse jabbed ubat kat bontot..
lepas tu terus lalok, dan gua dapat tido dengan tenang..
best rasanya, nak angkat mata pon tak larat..

rasanya gua bangun dalam kol 9 malam kot..
dari masuk tadi kol 2.30 ptg, bukaan sikit je, lama betul..
skarang sakit makin gila.. makin kerap..
nurse kasi gua gas, katanya kalo tak tahan sedut.. jgn tak sedut..
nasib baik ada kekasih hati yang meneman..
setiap kali sakit datang, tangan dia jadi mangsa..
dan kaka la yang selalu ingatkan gua untuk ingat Allah, dan berdoa..
lagi satu method yang gua rasa menjadi untuk gua, tiap kali sakit tarik rambut sendiri..
hehe.. nasib baik takde yang tercabut..

tahan punya tahan punya tahan..
sakit yang taktau nak ceghita la macam mana..
akhirnya lebih kurang kol 3 pagi kot, bukaan baru 10cm..
bayangkan dari petang, makan langsung tak, harap minum air je..
punya la lama, baru diorang pasang tempat letak kaki tu kat katil..
dalam hati, fuhh lega.. boleh setelkan seme cepat.. tak larat nak tahan dah ni oii!!

mula2 tu nurse je yang memproses gua..
tah apa dia buat dengan tangan dia tu.. gua tak perasan..
sakit kat perut ni lagi power..
bila kepala baby dah crowning baru doktor datang..
dan bila rasa nak berak, baru diorang suruh gua teran..

susah gila nak teran rupanya..
tu la, masa mengandung tak pegi kelas.. tak belajar..
tiap kali gua teran diorang cakap salah.. gua teran kat muka, bukan kat tempat sepatutnya.. hehe..
rasanya dengan tenaga yang makin nak abeh, dan kualiti teran yang tak bagus..
akhirnya dengan bantuan vakum baru baby boleh keluar..

bila dah keluar, diorang terus letak baby atas badan..
perasaan Allah je yang tau..

sementara diorang bersihkan baby, gua punya azab tak abeh lagi..
kena tahan diorang keluarkan uri dan proses jahit menjahit pulak..
lama gile.. sakit jugak la.. lama sungguh nak setel semuanya..

alhamdulillah, semua selamat..
cuma baby kurang nangis masa baru keluar sebab dia lalok..
mana tak lalok, gua sedut gas tu tak hengat dunia..
dia pon effect sekali..

maka, secara rasminya gua sudah jadi ibu..
HOORAYYY!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...